heyp dudes!
hihi.maaf.sejak akhir-akhir neh aku malas nak update blog.idea dah ada.berlambak-lambak aku nak tulis.cuma masa tuh yang tak de.busy dengan online facebook saja.hihi.ENTAH.aku malas nak layan perasaan sangat.WANITA ITU KUATNYA DI HATI.BUKAN DI BISEPS.hihi.ok.bangun pagi saja,perut dah melalak macam minta disusukan.owh.aku dah tak nak minum susu kambing tuh.hampir muntah.ingat entry pasal aku kurang kesihatan tuh?ha...MA tuh pesan minum susu kambing kan.but..still tak jalan jugak.perut aku kebal kottt...
tadi,kat hostel aku decide mahu balik KL.bukan apa.buku semester lepas still guna lagi la.dengan assignment lagi.adesssss...aku balik on the spot je.nama pon KL kan.haruslah yakin tiket di terminal kuantan tuh selalu ada.umi tolong hantar aku tadi.mekaseh ya!
owh.sampai je dalam pukul 12pm.diulangi....12pm.at noon.gila panas.gila lapar.gila letih.gila rindu.oppsss...itu abaikan.haha.dah la plan baik gila dengan siti nur aju tuh.mahu balik ke arah KL bersama but lain arah tujuan.mahu pulang ke pangkal jalan.hihihi.tak payah bebel panjang.ketiak dan belakang baju berpeluh-peluh haruslah diabaikan sebab perut berbunyik harus disenyapkan.aku jalan sambil pegang lengan siti nur aju.romantik kan?haha.geli.tak..mana la tau ada orang nak kidnap ke,nak buat flying kiss ke,nak mintak nombor telefeon ke,at least ada aju.my best defender tuhhh.hihi.ok.tak lawak.
paling sengal,aju memang teserlah kesengalan dia.ada ke patot dia bukak puasa sebab tak menahan aku order nasi goreng kampung kat terminal tuh?mereng betul.tapi dia kata nak puasa hari ini.we'll see.cehh..ok.anda haruslah dimaklumkan yang makanan kat terminal tuh memang best.gerai nombor 10.memang superb la.tapi anak lelaki dia macam kerek-kerek sikit..meluat.aku bukan nak cakap apa la.aku memang meluat tahap cipan la kalau aku jumpa lelaki macam tuh.bajet hensem saje.ambil order pon tak nak pandang muka.siap cebik-cebik bibir.ingat comel sangat kotttt..piiirrraaahhh..
sedang sedap meng"order",aku baru perasan duit tinggal rm3 saja.gila la.order pulak nasi goreng 2,air lagi,telur dadar lagi,tomyam lagi,sizziling lagi.ahh...itu tipu.aku order nasi goreng dengan air saja.but..but..duit tak macam sikit pulak kan.tak de la sikit sangat.ada la dalam RM3.kau nak bayar apa dengan duit banyak tuh..aarrgghhh..duit yuran aku dah bayar cash semalam.abah salleh ada bagi duit lebih sikit kat bank.duit tiket lagi...owhh...migrain.aku tinggalkan siti nur aju kat gerai makcik nombor 10 tuh kejap.
ok.aku decide nak keluarkan duit dari bank.atm memang ada kat terminal kuantan but only for CIMB users la.adoiii..dah la aku punya kad tuh bank islam.atm tuh memang tak de bankcard ke,meps ke,giro ke,plus ke..semua tak de.tak lain tak bukan,aku memang kena pergi bank islam.seberang terminal.kau ingat bank tuh sebelah kaki je?kau kena merangkak jalan terkedek-kedek dalam 2 km makcik...2 km okeyhh.aku dah macam iron man pulak bila terpaksa jalan kan.memang peluh-peluh tuh kau abaikan la.hampir lenjun dah bahagian belakang badan.kau bayangkan dengan panas terik macam tuh.dugaan besar sangat.ya allah~
MASALAHNYA,aku dah la kejar masa.tinggal 30 menet lagi aku punye bas nak gerak.dengan lapar lagi.dengan bank islam jauh gila.aku buat keputusan weyh.aku nekad.kat tengah-tengah kuantan tuh aku lari secepat mungkin.kalau kau nampak ada budak perempuan lari anak macam anak itik gayanya,kau buat lupa sudah.aahhhh....persetankan mata memandang.yang penting bas tak tinggal.kang kalau bas tinggal aku,kau nak bayar tiket ke......
after 10 minit aku lari dengan semangatnya,aku beratur terus kat atm tuh.fuh..masuk tempat aircond kan.sumpah heaven gila.badan peluh-peluh tadi,dah terkering sendiri.wahh.best.busuk ke,tak busuk ke,belakang kira.haha.depan aku tuh,ada seorang makcik.tak de la berumur sangat.dalam late 40's la kan.aku pon tak tau la dia nak buat apa kat atm tuh.aku fikir menda baik je.maybe dia nak KELUARKAN DUIT kottt...makcik neh pulak,punya pelik bila dia duduk depan atm tuh dalam 10 menet.tet..tet..tet..bunyik dia tekan atm.lepas tuh tekan lagi.tet..tet..tet..memang banyak kali jugak dia picit butang atm.aku dah panas neh.kalau tertinggal bas,aku suruh makcik neh hantar sampai KL.aku dah tak kira.tak de kompromi.
selang 2 minit,aku dah tak tahan dah.aku terus tegur makcik dengan suara volume 1.
aku: makcik..makcik ok?ada apa-apa yang tak kena dengan mesin atm neh?
makcik: tak..makcik nak transfer duit kat anak makcik.tapi dari tadi atm neh tak mau terima kad bank makcik.apasal ye?
*ehhh..apasal kad bank dia kaler kuning neh?apasal kad bank tuh ada gambar harimau pulak neh?ke gambar kambing ke.cimpanzi ke.ke kad bank islam yang baru?ehhhhhh....*aku tenung lama-lama kad bank kat tangan makcik..aku dah confirm neh..tuh kad MAYBANK!
aku: makcik...itu bukan kad maybank ke.memang la tak boleh transfer dari maybank ke bank islam.tak de system macam tuh.lagi pon,kad makcik neh just ada "meps" saja.memang sah-sah la atm bank islam neh tolak kad makcik.hihi.memang sampai esok pon tak boleh.so,makcik kena keluarkan duit cash dari maybank and guna atm cash deposit.ha...baru betul.
makcik: ehhh..betul ke tak boleh guna?makcik ingat bolllllleeeeehhhhh..
aku: *hampir nak gigit baju sendiri*NAK TRANSFER DUIT DARI BANK ISLAM TAPI GUNA KAD MAYBANK.adesssss
nasib baik dia guna kad MAYBANK.kang dibantainya guna kad matrik,tak lagi naya ke..aku dah hampir nak tepuk dahi sendiri tadi.cehhhh..YA ALLAH..dugaanmu betul-betul uji diri aku..haiisshh.but,yang penting senyum weyh.cuba membayangkan kalau makcik tuh macam mak aku.boeh sentap neh.redha saja~
p/s: jalan kaki laju-laju sambil teringat nasi goreng kampung teminal kuantan.sedappp.

bacteria_guard on the right path
2 comments:
YARABBI!!!!!
cuba la maraton pg Bank Islam dkt ECM jak.. adushhhh.. pg sana lari2 5 min jak kot?! hhahahahahaahhahahahahahahahahaha
ya allah..zila oiii...g ecm lah tuh..peluh tauuu....huhuhu
Post a Comment