Pages

Sunday, July 25, 2010

tak seseram mana


heyp dudes!






takde cerita yang best.bangun tidur,dah lambat.lambat sidai kain,mak aloha dah mula nak berleter.but aku kan anak yang best.kenalah pandai ambil hati mak kan.tak payah susah-susah.tak payah cuci muka,tak payah berus gigi,terus aku menonong jalan sidai kain.haha.tuh hati mak sendiri.hati mak mertua kena pandai jugak weyyyhh..bodek-bodek tak main ye.ini semua kita main cara halus.tarik rambut pelan-pelan,jangan sampai kutu pon nampak.ehhh....aku tahu salah.abaikan2.tak..maksudnya,hidup ini kena pandai bawak diri..bak kata orang,biar dalam batu pon boleh hidup.baru ummpphh!

hihi.tengok alysha semalam dah pandai jalan laju-laju weyh.dia jumpa aku,dia peluk aku.baik sekejap je.lepas tuh aku dengan dia bergaduh.kecik-kecik pon dah pandai bergaduh tuh.baru umur 1 tahun lebih.setahun jagung la katakan.tak de la sejagung mana.aku rasa tuh dah tahap ubi kayu tuh..opssss...

aku ingat nak buat assgnment.aku ulang balik.A.S.S.I.G.N.M.E.N.T..aku sangat tak suka benda neh.terasa hidup asyik dikacau saja.hahaha.but,bila tak de assignment,rindu pulak kann.ehh..sebut rindu neh,aku rindu duduk hostel lama aku tuh.blok c15401.huhu.rindu.dah la blok paling hujung.paling tinggi.bilik pon paling hujung.dekat dengan masjid.haissh.seronok.time bulan puasa,lagi seronok.ambil air sembahyang saja,terus berlari pergi masjid.besssttt

ehh..teringat pulak kenangan duduk kat sana.malam-malam dulu selalu stay up kalau nak dekat exam je la.tak de la stay up mana pon.duduk guling-guling atas lantai.sanggup tak nak tidur atas katil.takot tak terjaga weyh!gila kan?bangun pagi je dah sengal-sengal badan.memang sengal~

ok.blok neh mula-mula orang kata scary la konon.honestly,tak percaya even kalau orang bercerita, bulu telinga tak macam berdiri pulak kan.ahh..tak nak layan perasaan.hihi.blok neh sebelah masjid.but,belakang tuh hutan.nama pon gambang kan..takkan tak berhutan pulak.huhu.

fiil aku pulak,aku takot gila nak tutup lampu.means,kalau aku orang terakhir yang tidur la kan.aku memang seram sejuk kot..entah.lain macam la.rasa macam orang perhatikan aku saja.meja study pulak sebelah tingkap.kadang-kadang kalau solat pon terasa macam ada orang kat belakang.allahuakbar!ya allah.seram sejuk dah.lantak la.roomate susah nak tidur ke apa.aku memang tak nak tutup lampu.never!

puncanya,senang saja.dulu,aku selalu tidur lambat.bukan buat apa-apa.online saja.hihi.and then,salah seorang roomate tuh,jarang gila shut down laptop.maka,laptop still ternganga la kan.time tuh,semua roomates sudah tidur.aku pulak rabun jauh.means,dah la gelap,susah sikit nak nampak.tiap-tiap malam dengar bunyik orang main keyboard laptop.ketak..ketuk..ketak..ketuk..ha kauuu..aku ingat roomate aku yang tekan-tekan keyboard.rupanya tak de sesiapa!yang paling best,diorang kata bunyik tuh datang dari laptop aku.lalala.lama kot menda tuh jadi.dekat dua semester aku kena.ok.tak payah takut.

kalau aku stay up ke apa,since dari matrik,mesti aku yang kena paling teruk.dengar orang tarik-tarik kerusi la.tarik meja la.takkan la tiap-tiap pukul 3 pagi orang nak tarik meja kan.siap ada orang baling batu dari luar la.dengar orang jalan depan bilik siap pakai loceng la.orang ketuk pintu tapi bukak takde orang la..entah.malas pikir.

owh ya!yang agak best,roomate aku tak boleh solat.and then,malam pertama kitorang dapat bilik neh,dia dengar ada perempuan panggil nama dia.betul-betul belakang katil.time tuh,lampu dah padam ok.dia pulak hadap dinding and terasa macam bahang kat belakang dia.tak berapa nak seram kan?


aku tidur pukul 4 pagi.bajet macam nak study la kan.mata dah tak larat,aku tutup lampu.kitorang katil double decker.aku tidur atas.dia tidur katil bawah.katil sebelah pon double decker.means,ada dua double decker la kan.time aku dah naik katil,aku terus tidur.dah separuh koma dah.member yang tidur sekatil denganaku cakap,dengar bunyi tangga katil double decker sebelah gegar-gegar dalam 10 minit NON STOP.macam ada orang goyangkan.ha kauuuu...tak rasa macam nak gugur taik mata neh kannn...takde masa nak toleh dah weyh.tengok dinding je dah cukup bahagia!

semester lepas,aku beli beg plastik yang besar.yang besar tuh.macam kotak.boleh simpan-simpan barang.letak pulak kat meja study.malam-malam dengar bunyik orang main keronyok-keronyok beg plastik.bunyik macam tuh kan bising.bunyik orang masukkan barang dalam beg plastik tuh.kruk..kruk..kruk..best kan?and..beg plastik tuh ada zip.roomate aku dengar orang main zip beg tuh.main buka-tutup zip la kan.takkan nak kata lipas pandai bukak zip beg kannnn..hihi.badan tak macam peluh-peluh pulak bila dengar kan.

aku kena neh tak de la se "hot" mana.masa aku baru nak pejam mata,ada budak lelaki duduk betul-betul kat tengah bilik.da**.tuh paling seram la.still case sama la.aku orang terakhir yang tidur.time tuh aku tak pakai spect tapi,color badan budak tuh lagi gelap dari bilik aku yang gelap.seolah-olah dia tengah duduk atas meja study..tak takot sangat kan?

aku duduk sorang-sorang dalam bilik pukul 10.tengah khusyuk buat assgnment,ada orang tepuk bahu aku.padahal roomate aku sekor pon tak de.tak payah cakap banyak la.aku terus call mykonfaizel.rasa macam nak bunuh diri je.lepas tuh aku buat bodoh je dengan assignment aku.haha.

that's why semester lepas aku selalu balik KL.tekanan kot.bila malam je,mesti takot.aku tak main-main.terpulang la nak percaya ke tak.aku pon tak tau la nak cakap macam mana.kemungkinan besar,sebab-sebab aku selalu kena tuh,mungkin sebab meja study aku dekat dengan tingkap kot.so,dengan sesuka hatinya aktiviti-aktiviti aneh tuh jadi kot.ehh..entah.hurrmm..now,aku taip neh pon aku dah seram-seram dah.kain tak lipat lagi tuh.sekarang pon dah pukul 330am.jom tidur~

4 comments:

Anonymous said...

mata aku naik juling bce post ko nih.
hehehe
terbaekkkk!
;p

miss aieen said...

ehhh..nape weyh?x paham aku

ainaaamira. said...

ohohoi~ ko x seram. tapi aku yg duk seram sejuk bace. hahahahaa. adehhh.

miss aieen said...

hahaha..