Pages

Saturday, August 28, 2010

18 ramadhan: melalut tak kira

heyp dudes!


sekarang dah pagi.tak de la pagi sangat.matahari dah memacak kat luar tu.tapi bilik ni masih sunyi.semua masih tidur.just bunyi laptop aku saja.ketak..ketuk..ketak..ketuk..bunyi orang menaip kan,haruslah begini.aku baru bangun tidur since setengah jam lepas.itu pun sebab usus kecil aku meronta-meronta mahu keluarkan hasil kerja dia secepat mungkin.padahnya,after ke toilet,aku dah tak boleh tidur.benci!

mata dah macam panda.kalau orang tengok ni,mesti rasa nak campak aku kat luar.macam budak comot je.pagi tadi nana ajak teman hantar roomates dia kat terminal.tiket bas pukul 1 pagi.tak de orang nak teman dia,aku volunteer teman.kesian pulak.on way back,aku drive.sebenarnya mata aku dah tertutup dah masa drive nasib baik selamat lagi.hahahaha.lampu merah ke,hijau ke,kuning ke,aku main langgar je.arrggghhhhh..pukul 245 pagi tadi baru aku sampai.mengantuk lagi ni.

bangun pagi.tengok encik asus.rasa nak sepak je baca online kosmo.SM NASARUDIN DAH NAK KAHWIN DENGAN MARION!ok.saja je nak tulis besar-besar.geram.geram.huhuhu.takpe.dah sampai jodoh kan.but..................nasarudin ni lupa janji dia nak belikan aku ferrari putih.huh!owh.mula-mula dulu aku pun tak kenal makhluk ni.but,member baik aku punya kakak kerja kat NAZA.kira,betul-betul office NAZA la kan.aku memang rapat dengan family member baik aku ni.al-kisahnya,kakak dia ni bukan kerja biasa-biasa saja tapi ada la something position kat NAZA tu.kadang-kadang dia selalu jumpa dengan adik-beradik NAZA ni.wow!kacak belaka.kereta semua besar belaka.kaya belaka.ni bukan aku cakap tau.kakak dia la yang cakap..hihi.but....sampai satu tahap,dia fall in love gila dengan bos sendiri.apa kes?tak de kes apa.kakak dia cakap,adik-adik beradik NAZA ni memang baik belaka.wah..bertuah dapat kerja kat situ kan?aku jamin kakak kawan aku sedang frust tergolek-golek.hahahaha..aku pun suka jugak dengan mamat ni tapi tak de la dahsyat sangat.biasa-biasa saja.hihi.*i admit*

sebut pasal lelaki kaya,kacak,sopan ni,aku akan terus pandang ke arah perempuan.bukan nak menafikan tapi nak membetulkan.aku selalu dengar orang cakap,"perempuan sekarang beli dengan duit saja".wah......hebat-hebat.dulu beli ikan,ayam,kambing,itik dengan duit.sekarang ni,dengan perempuan sekali boleh beli kan?anehnya..tak ada apa yang aneh.perempuan sekarang almost macam tu.

aku memang terasa nak ketawa.bila dengar para wanita ni memilih pasangan hidup.betul.memang betul.kita perlu lelaki yang MAMPU menyenangkan diri kita tapi bukan sampai tahap MENGIKIS duit lelaki tu.wah..seronok kan bila tiap kali jumpa dapat handbag,dapat kasut,dapat baju.seronok.wah..kau mana layan barang pasar malam.

nak lelaki yang kacak-kacak tapi tak sedar tahap muka kita ni macam mana.kadang-kadang meluat dengan perempuan macam ni.adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.tergedik sana.tergedik sini.aku pernah kenal seorang perempuan ni.wah..tinggi.kulit pun hitam manis.manis tuh tahap mana,aku pun tak tau.tapi manis la kot.gelak depan perempuan macam nak keluar dah anak tekak.bukan anak tekak je,kalau boleh,gigi dia pun nak tercabut sekali.*eh..hyper pulak*memang gelak tu macam dia sorang je ada suara.bila ada lelaki lalu,tiba-tiba dia gelak sopan.sampai takde suara.gigi dia yang nak terkeluar pun boleh termasuk dalam mulut balik.mata terus pandang lantai.siap betul-betulkan tudung,betulkan baju.cakap pun slow-slow.yang paling tak menahan tu,mata dia sempat usha lelaki yang lalu tadi.alahai.....meluat mak,nyahhhhhhhh...meluat!malas la kawan dengan orang macam tu.hipokrit tak bertempat.

aku yang jadi perempuan ni pun malu dengan kaum sendiri.badan dah solid.muka pun cantik.licin je.tak de jerawat.tak macam aku.dah macam permukaan bulan dah.tapi dia memang cantik.aku mengaku.tapi............tang mulut tu aku tak menahan.adeh.kang kejap-kejap mencarut aneh-aneh.esok mencarut lagi.lusa mencarut lagi.asyik nak memaki orang je.tau tak..kadang-kadang perempuan lagi sayang kawan dia dari boifren dia tau.so,kalau kawan buat hal,dia cool je.tapi..kalau boifren buat hal,semua pertkataan carutan keluar.takkan missed punya la!aku?tak gemar.tak semua insan harus terima apa yang kita cakap.

serious la.kalau niat kau pun dah salah,relation tu tak ke mana.ikhlaskan hati,terima dan senyum.

tiba-tiba aku rasa aku patut berhenti menaip.kang lagi banyak aku bercerita.ssssshhhhhhhh




takde kene mengena dengan entry.



No comments: