Pages

Sunday, August 1, 2010

makcik berseleng putih


heyp dudes!

aku memang tak cukup tidur hari neh.pagi tadi tidur pukul 430pagi.but..bangun pukul 8 pagi.adesss..subuh ter"burn" macam tuh saja.haissh..*qada' balik* puncanya,siti nur aju call aku on that time.suruh ambil beliau pulak kat times square.ada masalah sikit.aku?okay saja lah.kang dia sesat pulak kat KL tuh,lagi naya...

bangun pagi,turun bawah tengok alysha dah bangun tidur.aku dah tak sedap hati neh.budak kecik degil macam ubi kayu neh tak leh caya.ada je menda dia nak sepahkan rumah.aarrggghh...tapi..tadi,aku golek-golek tepi dia.cubit hidung.gigit pipi.gigit tangan dia.ok.lepas tuh dia menangis.best kan?hahaha.umur baru 1 tahun 4 bulan.aku nak pujuk dia,aku ambil buku PA&MA.entah bulan berapa punya edisi pon aku tak tahu.majalah kanak-kanak kan..most of the pictures,credit to babies.BABIES.saja highlightkan.stylo kan?hahaha.tetiba,aku dengar alysha cakap:


berenang la kat dalam bilik guna pelampung tuhhh

BABY!!BABY!!BABY!!.

ah sudah..dah pandai baca dah dia neh.but..bila dia banyak kali sebut,dah jadi lain dah.dah macam nyebut binatang haram tuh je.OK.tak pe.proses pembelajaran.kalau tak,mahu jugak kena titik dengan aku tuhhh.sebut la banyak kali.BABY!hahaha.

dah puas aku golek-golek dengan anak buah,along ajak breakfast kat pasar selayang.memang best jugak makan kat sana.aku suka mee bandung muar saja.suka!so,aku dengan bestnya merempit dengan along sambil diikuti oleh alysha.eehhh..sebok je budak neh.ceh

aku sampai saja,terserempak pulak dengan mak aloha dan abah salleh pulak.neh peluang best neh.mata aku pulak tak dapat nak lari.depan mak aloha ada MEE BANDUNG!!!ok..tak excited.belakang meja kitorang pulak,ada 4 orang lelaki.tak perasan kacak sangat ke apa but yang aku perasan semua bajet kacak kotttt...nak pergi pasar pon pakai kasut nike,bergelang-gelang pulak tangan tuh.selekeh!konon urban kot.pooddaaahhh.muka tak macam riak pulak kan.huh!
busu and alysha.ok.nakal.BABY!

tiba-tiba:

from: siti nur aju
messages: aku dah sampai times square.

ahhhh..mati dah selera aku.cepat betul budak neh sampai.aku kat pasar lagi la.ahhh..ok.mee bandung dah selamat masuk dalam perut.alkisahnya,datang pulak seorang makcik neh.lebih kurang umur macam mak aku jugak.pakai baju putih,selendang putih but...pakai kain batik biru cair.alarrr...tak best.kalau tak,mesti korang ingat kuntilanak kan?hahahaha.ok.tak lawak.lalalala.ok.macam biasa saja.dia seorang peminta sedekah.but along main peranan penting.

makcik selendang putih: *tunjuk tangan minta mahu duit*

along: kalau makcik nak makanan,saya boleh bagi.kalau nak duit,saya tak boleh bagi.lebih baik dapat makanan dari duit. *along neh..kang dia nak pizza kang,kau pergi cari sorang-sorang!*

makcik selendang putih: *geleng kepala sambil jalan kat budak lelaki 4 orang tuhh*

aku dah malas nak amek port lagi.biarlah along setelkan.aku dah ambil helmet.kendong helmet kesayangan abah tuhhh.jap. aku perasan something.makcik tuh pergi kat meja budak-budak lelaki tuh.tadah tangan nak minta duit.selamba badak je sorang laki tuh sound:

orang malaysia takkan mintak sedekah.kau larat mintak sedekah tapi malas nak kerja!!nak makan pon aku susah!!berambus la kau!!

dia neh nak menjerit-jerit neh apahal.meroyan ke apa.sumpah la.memang kuat kot.ok.aku terpana sekejap.aku dah la tak suka dengar orang jerit-jerit tak tentu hala neh.aku memang bengang dah.kurang ajar punya jantan.aku dah macam hampir nak mencarut kat depan muka laki tuh.nak mencarut kang,mak aloha ada pulak depan mata.kang dia cepuk pulak mulut aku neh..ahh...lagipun,tak tahu nak mencarut apa.cehhh.makcik tuh dah tunduk dah.menangis mungkin.abah salleh suruh aku blah cepat bila tengok muka aku dah berubah.rasa nak bantai je dengan helmet kat tangan aku.tapi aku risau pulak.kang dia bantai aku dengan meja ke,kerusi ke.ahh..tak jadi la nak pukul dia.huhuhu..badan dia berketul-ketul.adessssss

bodoh gila lelaki tuh.aku assume dia tuh tak de tamadun langsung.memang lelaki paling bodoh la pernah aku jumpa kot.kau kaya ke,kau apa ke,aku tak heran.aku marah,tengok cara dia.jangan hina macam tuh.kau tak nak bagi duit,lantak la.jangan nak maki-maki orang tua.gila kesian kot.aku dengar pon,dah tak sampai hati.ahhh..aku pon hampir nak menangis tadi.marah dah meluap-luap.aku sempat jeling kat lelaki bodoh tuh.BUDUSSSS...yang kawan-kawan dia tuh boleh pulak senyap sambil makan and buat tak tahu.tak ke macam sengal kuasa lapan belas juta kali??apa nak jadi dunia?

pada aku la kan,lelaki macam tuh,kalau dia boleh pulak berkurang ajar dengan mak orang lain,tak mustahil dia boleh berkurang ajar dengan mak kita kan.ahhhh..memang tak layak jadi lelaki la.sok lusa,kang biar dia pulak terkena.biarkan!


selalu sayang mak aloha and abah salleh.doakan keluarga ini bahagia selalu ya!

p/s: maaf.termarah tadi.tak dapat kawal perasaan emo tuh

No comments: