Pages

Friday, November 12, 2010

nama yang kadang-kadang bukan sebarang nama

heyp dudes!

kepala otak sedang sakit sikit.punggung dah hampir kematu sebab duduk atas kerusi yang sangat tidak empuk ni.cuba memahami procurement sebanyak mungkin.otak sudah tepu.tepu dan tepu.yang pasti bukan tepung ok.eh.aku nak sambung cerita

nama penuh saya,NOOR 'AIEEN BT MD SALLEH.apa yang aneh disitu?tiada kan?tiada.dari sekolah sampai la ke zaman universiti ni,ada jugak yang tersasul eja nama kau.bukan setakat nama je,dengan sebutan dah jadi hampeh.sehampeh-hampehnya.

pada tahun 1989,aku pun musykil macam mana mak aloha,abah salleh boleh letak nama tu.act,nak pronounce nama aku,simple saja,dalam bahasa jawi, عين.dari aku tadika,cikgu mesti panggil noor aie-en.aku pun tak tau apasal.member pulak suka mengejek.mana dalam hati tak panas.ada jugak rasa nak lepuk diorang tapi zaman kanak-kanak kan.pantang kena ejek ni!so,bila dah kena ejek,aku benci nama tu and aku sendiri eja nama aku NOOR AIN.eh.tak lawa

masuk sekolah rendah,cikgu salah sebut lagi.kang dengar diorang cakap "apasal susah nama awak ni?" ," eh macam mana nak sebut nama awak ni siap ada tanda apostrophy pulak?".yela..kang kalau letak tanda soal kat tepi nama aku tu,jadi lain pulak kan?act,aku tak suka orang tanya macam tu.sebab..aku tak gemar.tak gemar orang tanya banyak-banyak.dulu sekolah rendah aku rajin masuk pertandingan bercerita la,pantun la,sajak la.semua aku masuk.kang kalau part bagi sijil tu,mesti ada salah eja.stress sungguh.kang mesti ada eja NOOR AI'EEN.mana datang,entah.tapi selalu,memang cikgu sekolah aku selalu sebut NOOR AIE-EN.adoish.

but,masa form 1,aku realize ejaan nama aku tu 1 dalam sejuta.susah nak jumpa.ada double O.ada double E.ada double L.nama orang lain,susah nak dapat.baru aku sedar agak aneh jugak nama aku ni.kang datang pulak member aku eja nama aku,NOOR A'IEN.ah..tak suka sungguh!harus saman!

paling menyampah,kalau aku pergi hospital atau klinik,nama aku paling ketara akan bertukar jadi NOOR AIZREEN.tak pun NOOR AIREEN.datang pulak medical assistant cantik rupawan akan panggil aku nama NOOR AIMEEN.haish.melampau sungguh mata mereka itu.

kat sekolah menengah,ca yang kadang-kadang eja nama aku EEN.kira dia pelopor la nama tu.aku pun tak de la nak komersial sangat nama tu.aku biar je.but,nice la ca!nama tu kekal dalam kalangan yang rapat je.hihi

tapi,hidup kat UMP ni paling best.nama EEN tu melekat smapai sini.act,aku tak mintak siapa-siapa panggil aku nama yang macam mana.kang kalau baca mesej,memang banyak panggil macam tu. zila suka panggil aku AH ENN.ha..ah enn kau.dah terus jadi macam nama cina even muka macam anak kacukan.hahaha.kau ada nama macam tu?but,aku suka.kang bertukar pulak ENN.owh..dan mouja.anda salah eja nama saya ya di blog anda..silap-silap,diorang eja nama aku EN je.EN je kot.diorang memang pemalas!malas nak eja nama aku.podah.dan..mana datang nama siti nur ain,sila tanya siti nur wani.aku pun tak tau apasal dia panggil macam tu.hahaha

tapi..paling tak boleh lawan bila pergi tuisyen kat sri gombak dulu,cikgu sains tu eja nama aku NOOR AILEEN.bukan setakat eja je siap dengan menjerit nama NOOR AILEEN dalam 1 kelas!!kau ada?tekanan sungguh aku dibuatnya.


esok lusa tak mustahil nama aku bertukar jadi NOOR 'ALIEN.





No comments: