heyp dudes!
aku sedang menaip dengan muka serius.tak senyum.tak sengih.cuma ketawa saja.owh.malu.malu.haha.hari ini exam agak payah la sebab semua benda kena hafal.malas aku nak nak menulis nota panjang lebar.mata dah sepet sebelah.entah apa kena,aku tak tahu.nak kata aku mengintai kat hostel lelaki kat sebelah,tak de pulak.nak kata aku intai orang,jauh sekali.nak kata aku tengok cerita porno,siapa pelakonnya?eh.entah.aku pun tak tahu.
hari ini punya kes,agak dahsyat jugak.hampir melalak tak tentu hala sebab senggugut datang dengan sukarela.aku tak paksa dia datang pun.dah la pagi tadi pakat-pakat dengan siti nur aju nak study sama.memang.memang kitorang study.start pukul 1130 malam sebab sebelum tu kitorang study macam mana cerita IP MAN tu boleh jadi best.kitorang kena la tengok movie sambil buat eksperimen kan?siap bagi komen.bising mulut pot pet pot pet sebab bagi komen.sempat lagi terasa terawang-awangan bila tengok lelaki cool ber "wing chun".style.sambil tu aku berfikir,boleh ke aku nak lawan kung fu ni?ke aku ni sesuai dengan sukan sumo je?ewah..gelak nampak?
penyudahnya,pukul 3 pagi aku tak boleh tidur.aku pejam mata,nampak nota.aku pejam lagi,tetap nampak.terbayang-bayang pulak nota dalam mimpi.sebelum ni sebelum tidur,terbayang-bayang konfaizel ke,tak pun baju itik sedang terbang ke tak pun,paling cikai la aku berangan pasal abang sizzling tu.hahaha.tapi kali ni,lain.lain dan lain sebab aku mimpi notes sampai tak boleh tidur.itu sindrom agak sadis.
sindrom lain,aku dah tak boleh tidur.tidur 4 jam tapi kepala dah jadi weng sikit.bukan weng ah jun ke,weng koi leong ke,bukan.semua bukan.memang macam weng sikit.penat dah aku belai-belai mata tapi tetap tak boleh.alih-alih dapat mata sepet.
katil haruslah bersepah.lagi bersepah lagi bagus.konon nak menunjuk,siapa atas katil penuh dengan notes,rajin study.sanggup tidur dengan nota,sanggup baca nota sambil baring,alih-alih buat eksperimen for the best position untuk tidur dengan nota.lagi renyuk nota tu,lagi menunjukkan kasih sayang terhadap 1 subjek.
bila soalan banyak menghafal,banyak la yang lupa.susah nak ingat.bila tak dapat nak ingat,mata mula melilau kiri kanan.sangat berharap kawan sebelah boleh bagi jawapan.dan..sangat berharap segala bentuk jawapan dapat dilihat dengan menggunakan 2 biji bebola mata.tapi hampeh sebab jarak meja dah sedepa.silap-silap mata kita boleh berpusing 360 darjah sebab nak tengok jawapan.tapi,tetap sama=tak dapat nak meniru.eh..kalau kau berani,try la pusing kepala 360 darjah jugak.boleh aku buat kenduri tahlil lepas tu.
kredit dah habis bila asyik call mak aloha and abah salleh.tinggal 0.91 sen saja.eh?punyalah mintak abah and mak aloha berdoa tenangkan hati aku ni.mak aloha pesan baca surah macam-macam.lepas tu aku tersasul pulak baca nak maggi tomyam.astaghfirullah..mengarut sungguh.
sindrom lain,lepas kita dah "bunuh" 1 lagi paper,kang mesti ramai "bunuh" nota dengan campak ke tong sampah.haish.satu-satu nota hilang.eh.biarlah.masing-masing punya priority.bukan cakap kau je,aku pun kadang-kadang rasa nak buang.bukan setakat notes je,segala jenis rumus statistik pun ada yang dah buang.phewww..dahsyat tu.nampak sangat benci sungguh dengan statistik.
nervous tadi sampai kena basuh tangan and sejukkan tangan sikit.tarik nafas kat luar sambil jalan.dan...alhamdulillah.semua selesai.
aku ada salah bagi jawapan tadi.penat dah aku pejam-pejam mata nak ingat.tapi aku tak confident.nyesal sungguh.
No comments:
Post a Comment