Pages

Tuesday, November 30, 2010

surat kepada mak aloha dan abah salleh.




heyp dudes!

hari ni nak buat karangan surat tak rasmi.nak mintak depan-depan,takut.hanya berharap mereka dapat memahami sejenak permintaan anak gadis beliau ini.






kehadapan makanda dan abahanda disayangi,

mulanya,anakanda tak tahu nak mulakan mukadimah macam mana.selama ini,anakanda nak mintak something pun,kena kias-kias sikit.tapi,dalam hal kali ini,anakanda tak reti nak nak kias.nak berhadapan,takut kedua makanda dan abahanda akan berkata anakanda menggedik pulak.bukan gedik,cuma menggetik saja.harap makanda dapat memenuhi permintaan anakanda.masalah ini telah anakanda hadapi sejak 8 tahun yang lalu.cukup lagi 2 tahun,sedekad la anakanda berhadapan dengan kesulitan ini.tak mampu nak menahan lagi.azab sungguh rasanya.

makanda dan abahanda dihormati,

sejak 8 tahun yang lalu,kita duduk dirumah ini.di teratak yang kecil ini.dari muka licin sampailah dah jadi permukaan bulan.berlopak-lopak muka anakanda ini.dari la anakanda kecik cenonet sampailah anakanda semakin besar membelon.dari anakanda kulit cerah sedikit sampailah dah spesis kulit barack obama,cat di bilik anakanda dari warna biru dah bertukar ke warna pink.huhu.semuanya dah berubah.teratak ini memanglah kecik je.tak besar.tak tinggi mana cuma atas bukit sikit saja.yang buat anakanda tak boleh tahan tu,air di toilet tersangatlah sejuk.anakanda tak gemar.tapi anakanda gemar bila toilet kita pun kaler pink.huhu

makanda dan abahanda yang kacak lagi comel,

air di rumah kita ni aneh sebenarnya.tengahari sejuk.petang sejuk.malam sejuk.malah,tengahari pun sejuk.entah bila tak sejuk,anakanda pun tak tahu.masalahnya sekarang,anakanda tak mampu nak mandi kalau terlalu sejuk ni.memang.memang kulit anakanda ni tebal.dilapisi lemak pejal.berkulit gelap yang mampu menyerap haba.tapi..selalunya,lemak anakanda ni tak berfungsi dengan baik.maaf la.macam pagi tadi.anakanda bangun awal.mandi pun awal.bila mandi,kulit anakanda macam tegang seolah-olah terkena botox.bulu tangan dah meremang.bak kata orang tua,bulu roma merangkak-rangkak.yang menjadi persoalan anakanda,bagaimana bulu roma merangkak?dan ke arah manakah bulu roma ini nak merangkak?adakah merangkak itu adalah sejenis hobi bagi bulu roma?arrggghhh...pening anakanda sebentar.kalau makanda dan abahanda mampu jawab,tolonglah jawab.ehh.sudah.anakanda memang dah agak.memang akan melalut sampai ke negeri johor kalau menaip.maafkan anakanda.

makanda dan abahanda yang terchenta,

anakanda kadang-kadang terfikir,mengapa air di rumah kita ni terlalu sejuk.adakah tangki air dia atas rumah bertukar menjadi ais?adakah ais itu melebur sambil bertabur menjadi air?adakah air di rumah kita ni dari kutub utara?argghh..entahlah.anakanda pelik.nak suruh anakanda panjat sampai ke atas,kaki yang gedabak ini bila pijak atas bumbung,boleh pecah jugak.risau.risau.risau.

makanda dan abahanda tersayang,

maka,bagi meleraikan segala kekusutan,anakanda meng"suggest"kan kepada abahanda dan makanda keduanya supaya belilah heater dan pasanglah di bilik air.anakanda dah tak mampu hidup begini.nak mandi 2 kali sehari,punyalah segan.segan dengan air tu.mandi terpaksa dan lepas keluar dari toilet,bibir anakanda dah biru.sejuk.kadang-kadang bertukar hijau.cuma kaler oran je tak sempat nak jadi lagi.entahlah.mungkin anakanda perlu memaksa lemak di badan bekerja.dan..pilihan terakhir,anakanda harus mengsuntik lemak panda di dalam badan supaya kalis air sejuk.kadang-kadang bila pasang kipas pun sejuk.haish.

makanda dan abahandayang memahami,

boleh tak kalau pasang je terus jakuzi kat belakang rumah?boleh anakanda bermain-main sambil terjun 3m papan anjal.paling koman pun,anakanda boleh berenang seirama bersama-sama alysha,adam dan yani.mesti meriah!

itu sahaja surat anakanda.berharap permintaan ini ditunaikan.segala kerjasama amatlah dihargai.terima kasih.

yang benar,

'aieen kacak.



No comments: