Pages

Sunday, April 17, 2011

bawak hati sampai sunway


sedang menaip sekejap.mata dah kuyu.

tadi,hampir ke shah alam nak hantar akmar saifudin.tapi,ada masalah yang jadi,aku terpaksa patah balik.mintak maaf,sai.mintak maaf sangat.SAIDATUL AKMAR,aku mintak maaf....

aku nak luah pun,dah rasa bersalah.nak cakap lebih-lebiih pun dah rasa pelik.

iye.aku kecewa tadi.entahlah.ape entah.aku menangis.dapat tahu satu benda.bukan satu tapi banyak.aku tekanan.melalak macam orang histeria.tapi,aku menangis sekejap je tau.tak tipu.aku dah stress sangat.lepas aku solat zohor,aku telefon ikhwan.mintak dia teman aku.sebab aku dah tekanannnnnn sangat.

nasib baik makhluk yang sorang ni kerja.so,decide nak gerak sunway saja.aku memang mintak dia teman sebab kalau aku ada masalah hati ke,perasaan ke,putus relationship dengan si polan ke,dia adalah kawan lelaki pertama yang aku cari.gedik bukan?tak pun,call sambil nangis-nangis.paling simple la,mesej sudah.tapi kalau dah berkira sangat,gtalk saja.tak lah..aku dah memang macam tu.since dari kawan sesama sekolah lagi.berbalik kes tadi,nasib baik dia kerja kat subang.senang sikit nak gerak.

balik tu,aku dah macam nak nangis.aku cerita satu-satu dalam kereta.mungkin sebab dia lelaki..dia nasihat simple saja.

baik kau tanya dia betul-betul.*muka pandang depan sambil drive*

ok fine.

punya panjang aku cerita,itu je solution yang dia bagi.huhu.dari segi rating la kan,5 out 5,ikhwan pendengar yang baik.kalau penasihat, 2 out of 5..huhuhu.


dia lelaki.lebih suka ambil jalan tenang.kita yang sebagai perempuan,rasa emosi.memang emosi.sebab saya tak tahu apa yang jadi.saya tak tahu nak percaya pada siapa.saya tak tahu apa yang disorokkan.saya tak tahu adakah saya ni memang layak untuk lelaki yang baik?semua tu saya tak tahu.tekanan.menangis.itu je mampu buat.ini yang paling gila dalam hidup.



ya ALLAH..kalau dia yang baik untukku,berkatilah perasaan ini.jika bukan,JAUHKANLAH dia dari hati ini.ya ALLAH,memohon pertunjuk yang baik untuk aku,keluargaku,agamaku.

tadi bagitahu mak aloha dan angah.mereka pun kecewa.



mak,ain nak keluar kejap eh.nak gi hilangkan stress

gi naik apa?

naik skuter.tekanan sangat dah ni

dengan siapa?

jumpa ikhwan kat sunway.karang ain park moto kat terminal.

balik sebelum pukul 8.karang abah bising.sekarang pun dah pukul 4 petang.

ok mak.*sambil kesat air mata*.

mak den pun tahu anak daro dio ni frust tak ingat!hahahaha.tu la.kesan dia memang dahsyat la.

terima kasih pada kawan-kawan yang ada di sebelah saya.

bell
sai
aju
ikhwan


tak lupa,kepada si ahmad muz yang tanya mengapa status saya tak memberangsangkan..kehkehkeh.terima kasih sebab masih ingat pada 'aieen kacak.nanti akan terbuat juga status terberangsang itu.bukan terangsang ke apa ok. ni tak de nak lucah sangat kat blog 'aieen kacak ni.ceh.terima kasih tak terhingga.terkejut pun ada.terima kasih.

mungkin ada yang tersalah kefahaman lagi kot.aku pun tak faham.grrrrrr.dah kira gentlewoman dah bila aku tanya direct je..tapi,jawapan tetap sama.TIDAK.



TADI solat-sorang-sorang kat tingkat atas sekali dalam sunway pyramid.gila la.seram ok.takut.surau tu besar.

1 more,dah macam batak-ing sebab terkejut perubahan sunway pyramid.dah berapa zaman aku tak pergi sana?



owh.ini gambar dalam tren.ini pun macam batak-ing.baru tahu ada stesen sri rampai dah wujud.
kenapa aku ni tak tau apa-apa ni?dah berapa tahun aku tak naik tren?
demmmmm..hidup putra!hidup putra!

gila.kecewa punya pasal,dengar cerita macam-macam,aku bawak diri sampai sunway!





2 comments:

purple.sk4 said...

wehh sri rampai tuu br je dibina la thun 2009 ker 2010 xsilap..hu3...ak pn br taw hr tu mse g kL...hohhoho~~ stesen LRT sg buloh jer xd lg..knp ehh die xwat..hahahah..~~

eensalleh said...

hahaha.aku cepuk kang.kalau dah sri rampai ade kat sungai buluh,kang nama dia dah jadi sri rampai buluh.muahahha