Pages

Tuesday, May 31, 2011

rempit-ing



nak sedih ni.nak sedih ni.i cant back to home today.huhu.jom nangis.sobsobsob.

ok.fine.nak cerita.semalam rempit-ing dengan fatin ke kuantan naik motor saja.motor ok.bukan motobot ke,motona ke,semua bukan.dari UMP nak ke kuantan tu dekat dalam 45km=45minit.huhujauh kan?jauh....tapi,semalam guna motor pinjam je.motor judin.haha.eh..kang ada yang jeles.ecahhhh...semalam aku gune motor judin tauuuuuu!!ok.dah bagitu awek dia dah.

lepak-ing kat TC saja.i need some fresh air.rindu pantai mungkin.nak gi balok naik motor,dah tak macam jauh sangat la pulak kan.setakat TC tu dah cukup bersyukur je hadrat ilahi.bertambah bersyukur,dapat pinjam motor orang.haha.



style kan?TC memang membuhsankan sejak akhir-akhir ni.sangat.aku riding semalam.aku rasa macam laju.motor LC kan.btw,aku tak tau pun motor LC tu apa.hahaha.assume tahu je la eh.act,i love to make faster.suka bawak kereta laju.suka bawak motor laju.nampak gua macam ganas kan?kan?kan?bila orang drive lambat,mula lah aku rasa nak belasah orang tu.tapi bila tengok bebetul,tak jadi nak belasah bila umur dia dah macam abah salleh.fuhhhhh

fatin duduk belakang sempat bisik kat telinga:

kau ni,kat KL memang kaki rempit ke?

errrrrrrrrrrrr......

aku memang rasa aku bawak laju pun semalam.30 minit dah sampai kuantan.tu naik motor tu.kelmarin naik kereta 25 minit.tahu tak,waktu normal adalah 40 minit?bawak 100km/j saja.aku tahu..kalau abah salleh dan mak aloha tahu,memang mati kena seligi kepala.one of the reason yang abah salleh dan mak aloha tak nak belikan kereta untuk aku guna kat UMP terchenta ni sebab..sebab..sebab parents tahu yang aku bawak laju.pernah ada kes, abah salleh tanya

bawak motor selalu berapa?

slow je,abah.dalam 60km/j je?

abah jumpa kawan abah kat masjid tadi.dia kata nampak kau naik motor laju.dok rempit masa kat gombak.awak tu perempuan.dah tak pandai nak pulas minyak slow ke?

*tunduk lantai*ni siapa kawan abah yang bagitau ni???????????

tapi,bila  naik roller coaster ke,main yang kapal tunggang terbalik kat sunway lagoon ke,bungee jumping ke,aku mula la rasa nak muntah.tapi.....orang kuat kan?mana pernah tunjuk takut walaupun sebenarnya sangat takut.haha.ngokngek.

aku nak cerita lain ni.punya panjang lebar aku merapu.

agak-agak aku gerak dari teluk cempedak  dalam pukul 9,aku riding laju sikit.bawak motor orang kan.dah la dengan tak pakai sweater.tak macam gigil satu badan pulak kan.haish.sampai satu tempat,(taman tas kot) aku nampak satu couple.owh man...memang awek dia gorgeous.assume, boifren dia pun gorgeous la kot.ye la.dah awek dia tu rambut gerbang-gerbang and dok main peluk-peluk la bagai kan.tapi dia pun bawak laju la.time aku potong dia,aku sempat usha dia,

"eh,boifren dia tu perempuan rupanya"

wah..best..aku pun riding laju lagi.pulas minyak banyak-banyak sambil sengih sindir kat diorang.haha. agaknya gilfren dia dok cakap

ayang..cepat yang...gi potong balik budak gemuk pakai baju biru tudung coklat tu. *assumption aku saja*

ok fine.dia dah depan aku.dia dok laju lagi.lagi dan lagi.aku pun takkan nak dok diam macam burung belatuk kan.apa dia ingat dia bawak skuter mosquito tu,hebat ke?hahaha.tak dapat la der...tak dapat.haha.ni aku follow saja.cilok sana,cilok sini.argghhh..sumpah best.

dah tu,awek dia dok usha belakang.nak tengok kitorang boleh potong dia ke tak.awek dia tu siap senyum sinis kat aku kot.grrrr..come on la.ni aieen kot.mana boleh diam.takpe.gua relaks dulu.aktiviti potong memotong,tetap diteruskan.aktiviti cilok mencilok masih berjalan.tapi....sampai satu tahap.......................

gua pulas minyak gila-gila punya.speed jauh-jauh.tinggalkan diorang kat belakang.gua sengih.sengih puas!damn.memang rasa best sebab gua tinggalkan dia sampai dia pun tak nampak motor gua riding ni lagi.hohoho.gua memang hebat.hebat.mesti awek dia pukul "boifren" dia tu.

alar...ayang ni!takkan dengan budak baju biru tudung coklat tu pun kalah?benci la macam ni!*assumption lagi*

hahahaha.kepuasan.kepuasan.kepuasan!hahaha

sampai kat gambang,aku mula cuak sebab jalan gelap kiri kanan.hutan sesaja.risau la.tapi still speed 100 km/j saja.aku dok baca surah al fatihah la,ayat kursi la,surah al insyirah.ni kalau ada hantu melintas ni,mahu jugak terbalik ni.sebab gambang ni bukan betul sangat.

masa semester satu,ex roomate aku pernah cerita,ada satu simpang yang menghala ke UMP tu,jalan dia agak bengkang bengkok sikit.siapa drive memalam,mesti orang ingat jalan tu straight.sebab tu banyak accident.dah la aku selalu drive kat situ.banyak pokok kelapa sawit.

dia pernah cakap jugak,orang selalu accident sebab terserempak perempuan.yang best,perempuan tu sempat toleh siapa yang drive.entah lah.

dulu,pernah la..pernah la encik konfaizel cerita.ini punya kes lagi macam hampagas.tak ingat dah semester berapa.dia drive dari batu pahat ke JB.ada hal.dia as driver.kawan dia dok sebelah.2 orang je la dalam kereta dia tu.seat belakang kosong.sampai kat MACHAP *i guess* dia perasan ada perempuan pulak kat seat belakang.tapi betul-betul kat belakang seat kawan dia tuh.dia dok diam sampai kat JB baru cakap dengan member dia.

baim,kita ada penumpang ketiga tadi.dia tumpang kejap

alamak,kau pun perasan ke?

damn kan?sangat damn..sebab bila aku menaip ni,aku teringat cerita tu lepas tu mesti aku cuak macam orang gila.badan mula berpeluh.sebab tu,aku tak akan drive memalam kalau tak de member kat belakang.habit aku,suka tengok cermin belakang.karang tetiba nampak pulak pakcik tua dok kat belakang,memang tak tau la jadi apa.kalau pakcik tu hensem takpe.ni kalau spesis hantu serba hodoh yang aku taknak tu.

owh,itu tak boleh tahan lagi..pak guard pernah cerita.masa tu pukul 1 pagi lebih.fyi,post pak guard UMP ni berhadapan dengan hutan jugak.bersebelahan dengan kilang tinggal dulu.ada satu kereta budak lelaki *i guess* nak masuk UMP.lumrah hidup kat universiti yang serba SANGAT BEST ni,pak guard,abang guard,mak guard,adik guard akan check kad matrik.alkisahnya, si driver dengan si sebelah driver dok bagi kad matrik.lepas tu pak guard bersuara lebih sikit.

eh,orang belakang tak nak bagi kad matrik ke?

*diam*

hey,kamu tak ada kad matrik ke?*sambil tunjuk tempat duduk belakang*

pakcik,kitorang 2 orang je dalam kereta ni.tak de orang ketiga.

damnnnnnnn..aku benci cerita macamtu 

ada orang cakap,pak guard tu saja je sebab nak takutkan bebudak ni.jangan drive memalam,jangan keluar memalam,jangan pergi kelab memalam,jangan pergi joget memalam sebab nanti hantu ikut.huhuhuhu.aku pun tak tau.lojik jugak.mana tahu pak guard tu memain ke apa.

tapi,kalau la memang betul pak guard tu nampak orang ketiga dalam kereta tu,macam mana eh?

ni apasal jadi cerita hantu pulak ni?aku dah agak....entry ni mesti melalut panjang punyaaaaaaaaaaaa.







4 comments:

♥ Frau Reen ♥ said...

hi..singgah..nt senang2 singah n drop komen kt blog kite

aieen kacak said...

thanks sebab sudi singgah.(~.^)

Atiqah Damhuri said...

ak br je pas g telok cempedak. xbesh. *muka bosan* and gambang, besh. tapi yg xbesh, hutan 'hujan tropika' kiri kanan. dahla ak yg drive. huhuhuhu.. aieen, ak selalu drv memlm sensorang. n nth np ak rse nk masok mesin masa xnk bc entry ko ni! hahahaha. =P

aieen kacak said...

ahahahha.alar...relaks.relaks.haha.benda dah xde ape dah.tp memang..gambang ni mmg seram kalau memalam.