Pages

Monday, July 4, 2011

invoice



sekarang baru pukul 621 pagi.saya tak boleh tidur sebab banyak sangat masalah,banyak sangat benda yang saya fikir.plus,hari ini saya kena hantar invoicessssss ke account manager saya. *sila tengok ada berapa banyak s kat situ*.sumpah banyak gila ok.lebih 2 ratus kot...it can be happen.risau kalau banyak yang salah sebab kali ini saya buat sorang-sorang..tak ada siapa bantu saya.risau kalau banyak salah.saya hampir menangis tahu tak sekarang ni.sebab takut.bukan tekanan kerja yang dibuat tapi tekanan kerja yang salah..sobsobsob.

susah hati sebab takut.saya ni memang gelabah sikit macam tapir.zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

tidur sebelah mak sekejap tadi.saya bangun dari bilik terus masuk bilik mak aloha walhal abah salleh sedang solat kat tepi.saya peluk mak aloha kuat-kuat sambil bau badan mak aloha..saya cakap saya memang susah hati sekarang ni sampai tak boleh tidur.tak tipu.

mak,aieen dah kurus tak?

kurus sikitttttt je.kejap lagi gemuk la balik.

zzzzzzzzz.nada suara takde bagi semangat langsung.hahahaha.

disebabkan pelbagai masalah datang,saya tak makan,tak jaga kesihatan sampai badan sendiri yang termudarat.saya tak selera.hilang nafsu nak mengunyah.anak buah datang bilik sambil pesan....

busu,jangan nangis lagi tauu..jangan nangis.jangan nangis.

lagi meleleh airmata saya ni tahu tak..saya duduk diam dalam bilik.berfikir semua benda.hurm.

nasib baik si saidatul akmar datang rumah semalam.dia yang tolong kemaskan semua benda.dia letak tepi dan dia simpan elok-elok.tak terbalas budi dia.dia datang bila saya perlukan bahu seseorang untuk menangis.dia kata

aku tahu kau kuat *sambil pegang tangan saya*

caca,ainaa pun tanya khabar.agak terharu la sebab semua orang bagi semangat.*menitik airmata*.malas sudah nak ingat perkara lama.

sekarang saya nak pergi mandi.eh,tak solat pun kan?yela...kita uzur syarie.awak ape tauuu.kehkehkeh.eh..nak gosok baju kurung dulu.hari ni nak pakai baju kurung biru la..mesti nampak macam pengawas kan..hahahaha..errr..doakan kita tak kena marah dengan account manager tu tau.kita dah kecut perut dan tangan berpeluh masa menaip entry ni.

good morning,peeps!!!




No comments: