Pages

Monday, October 3, 2011

cerita jumaat malam khamis



pernah dengar hantu?pernah jumpa?pernah dengar hantu karipap?pernah dengar hantu tak de kepala?pernah tengok jumpa nama hantu bonceng?ok.itu takde kena mengena.

pernah rasa tak bila jumaat pagi,tetiba ada roomate call pukul 3.37 pagi?dah lah katil double decker.roomate yang seorang tu tidur bahagian atas,penyudahnya,awak tidur bawah.tapi takpe.tidur bawah pun best.boleh main golek-golek.tapi,tak pelik sangat kan?

bila dah dapat misscall dari roomate,terus jerit nama

aju!kenapa?

tapi kita buat tak tau bila dia pun diam tak menyahut.oleh sebab kita ni pun rabun,kita punya bijak dok la tengok keliling bilik apa yang tak kena.siap pusing kiri kanan tengok loker,atas meja belajar,kerusi,katil.dah macam orang hebat sedang investigate kan.masa tu,satu titik perasaan takut langsung tak wujud walaupun masa tu gelap sangat.satu titik cahaya memang tak ada apatah lagi cahaya mata.ok.itu boleh nampak ngong sikit.yang penting rasa aneh ebab pagi-pagi roomate misscall

mungkin aju tertekan keypad handphone sony beliau agaknya *cuba berfikiran positif*

lepas tu kita mula rasa nak sambung tidur.mata mengantuk.tapi,lagi sekali terkejut sebab roomate mesej.mulanya malas nak baca tapi entah punya aneh jari jemari,tertekan juga butang hijau READ.

aieen,tadi aku nampak ada perempuan duduk atas loker.rambut panjang dah.separuh loker.*pitam*

kita cuba pretend cool.kita pretend cool dengan selubung satu badan dengan selimut.kira cool la tu kan.sumpah rasa nyawa dah nak hilang.hidung dah tak ada nak bernafas.mata dah nak tersembul bila baca mesej.

yang paling tak menahan,loker tu betul-betul depan kita.boleh bayang tak betapa nak gelabahnya masa tu?kalau tetiba perempuan bertenggek atas loker tu jerkah kita macam mana?*dah ready nak koma dah*

orang kata perempuan ni makin seksi bila berpeluh kan?kita pun rasa kita memang seksi sebab badan terus berpeluh bila baca mesej.memang gila betul masa tu.tambah menggila,aju terus turun dari katil,terjun dari dari atas katil,baring sebelah kita.mujurlah katil muat.boleh la dia baring sebelah.mujur.kita nak cakap kita terkecik sikit la.hahaha

ok tak lawak.sambung balik.

dalam keadaan gelap,kita tanya aju pucuk pangkal cerita.badan dia sejuk.sempat lagi kita sindir dia.

ewah..time exam kau tak pernah sejuk dan pucat macam ni.baru nampak perempuan duduk atas loker,terus pucat kan?kehkehkeh

tetiba,bunyi orang sedang berjalan dengan track suit.tau tak bunyi track suit macam mana lagak bunyi nya?seolah-olah ada orang berjalan dalam bilik walaupun sebenarnya penghuni C12 106 semuanya sedang baring atas katil.kita sempat tanya aju;

kau dengar tak bunyi tu?
*angguk kepala*

sempat tengok jam.baru pukul 4 pagi.perrrghhhhh..saya tengok aju,aju tengok saya.hampir nak muntah tengok muka masing-masing.sobs.gila betul.mana datang bunyi orang berjalan tu agaknya ya.owh..pada yang bukan pelajar UMP,bilik hostel kami agak besar juga.kalau bentang toto@comforter tu,boleh main joget-joget lagi.boleh main tali skipping.boleh main lari-lari.memang besar juga la kot.maka,memang mustahil kalau orang berjalan kita tak tahu kan.zzzzzzzzzz

bila bertambah rasa bingung,bila semalam kita tak boleh tidur.aju,umi dan kak raudzah dah selamat membuka mulut untuk menganga sambil berkeruh agaknya.tapi mata kita masih terkelip-kelip.dan paling rasa nak menangis,pukul 3.30 pagi tadi,kita dengar bunyi orang buka tingkap.duduk la menyelak kain langsir bunyinya.kita sempat pandang kat pintu.ada nampak susuk tubuh orang berdiri pula.damn sungguh.

macam biasa la.terus selubung dengan selimut.

dan paling best,hari tu aju dengar bunyi orang ketuk pen atas meja.pukul 2 pagi rasanya.masa tu kita dah selamat tidur.zzzzzzzzzzzz

eh,hantu.kau nak main samak pula ya.

dan tahu tak bila kejadian tu jadi?khamis malam jumaat minggu lepas.yang pasti,ini bukan cerita dongeng.dan yang pasti,masa tengah menaip entry ni kita tengah tinggal sorang-sorang.aju dan kak raudzah ke bilik kak teha dan mouja.umi pula ke toilet.lama betul beliau memerut.dan sesungguhnya masa menaip seorang diri,kita asyik toleh ke belakang.tempat terletaknya loker yang bertenggeknya wanita berambut panjang itu.

















No comments: