Pages

Thursday, November 17, 2011

susah hati



abah salleh accident,kita kena balik hari ni.dia takde ape-ape cuma mungkin dia terperanjat sangat kot.

mak aloha cakap,belakang kereta hancur jugak la.si hilux mana entah langgar kereta honda city versi lama tu.memang hampagas la jawabnya.dah la sunglasses kita dalam tu.haish la...mak aloha kata abah salleh pucat muka.kita pun naik risau.kena balik.angah adida dah telefon malam tadi.hurm

semalam duduk lab buat turning.lama sangat.dugaan banyak.si perempuan demam tak sihat.yang si lelaki tu pula buat hal sendiri.main tekan-tekan punat mesin.geram juga sebenarnya.mungkin dia terlupa harga mesin tu berapa juta.hurm.memang hampir nak tinggi suara juga sebab workpiece tu tak menjadi.cutter boleh patah.gila betul.kebetulan masa tu kita tengah cakap dengan abah salleh sebelum dia accident :"((((  rasa macam nak marah tapi kita fikir, "takpela,buat lain".kita yang keras hati nak buat lagi sekali walaupun masa tu dah suku jalan dah.letih lain macam.yela.nak buat workpiece kena ikhlas.dah la lab turning tu kena buat slow-slow.baru dapat hasil yang cantik.lembut,tersusun.cantik.tak larat nak kunyah makanan.lab dari pukul 330 petang sampai pukul 8 malam.lain macam betul letih kali ni.dok la berdiri main dengan mesin.

dan,alhamdulillah,instructor untuk fakulti manufacturing tu ada offer untuk praktikal kat syarikat oil and gas kat kerteh tu.katanya bahagian logistik.alhamdulillah.even takdela nak confirm ke apa tapi bila ada orang nak bagi offer,mestilah kita happy kan?maknanya,dia percaya kita.ahamdulillah.tapi,rasanya abah salleh tu taknak bagi la kot.kehkehkeh.whatsoever,kita kena bagi resume.dan mohon,janganlah dia bagi akaun lagi.actually,kalau kita dapat bahagian procurement,best jugak tu.

PSM report.nak key in data
Test
projek untuk Manfcturing Technology
projek untuk Strategic Management
Latihan Industri

kita taktau nak susah hati ke apa.dan sekarang memang macam susah hati.

kesian kat jejaka semalam.dia tunggu dari pukul 1230 malam sampai la 3 pagi.tapi kita tertidur.minta maaf banyak-banyak sebab letih lain macam.lama dah tak berborak dengan jejaka.hidup penuh dengan busy.nasib baik jejaka macam memahami la kot.untuk sekarang,harap dia tak banyak kerenah sangat la.nanti lempang laju-laju je kang.hihihi.eh..bila kita taip pasal dia,kita boleh senyum sorang-sorang.aneh betul.kehkehkeh *gedik dah*

suruh aina and shaqina suapkan makanan tapi diorang taknak layan saya.huhu.nak manja-manja pun tak boleh.huhuhu.

malam ni nak balik.lepastu nak bagi surat confirmation LI kat kilang tu.lepastu,nak pergi shah alam kejap.lepastu nak pergi klang la.eh...apesal klang?lain macam jauh nak pergi tu.hahahaha.ok bye!hihihi

kadang-kadang kita terpaksa mementingkan diri sendiri.bukan sebab apa,sebab kita terpaksa.










No comments: