Pages

Thursday, December 29, 2011

untuk pengetahuan awak




dalam dunia banyak rahsia.lagi disimpan rahsia,lagi orang sibuk nak tahu juga.dan kelmarin,im outing with jejaka,i noticed something in surau and i made my own conclusion :)

saya tengok sesuatu di surau itu.wanita yang cantik bertudung litup.cantik.putih.gebu.dan saya tengok wanita sebelah dia juga.masih cantik :)

rahsia yang lelaki tak tahu tapi umumnya tak semua wanita tahu juga.dan tiba-tiba saya rasa saya macam tahu.ambil tahu rasanya.hihi

untukpengetehuanawak, perempuan yang bertudung punyai rambut yang hitam dan lebat di sebalik tudung/selendag yang dia pakai.hitam bersinar :)

untukpengetehuanawak, wanita yang bertudung punyai rambut yang wangi.itupun kalau dia cuci hari-hari :)

untukpengetehuanawak, wanita yang bertudung punyai rambut yang beralun-alun,lagi cantik dan tak payah pergi ke salun lagi :)

untukpengetahuanawak, saya suka perhatikan rambut orang lain.sebab saya rasa rambut itu anugerah ALLAH untuk makhluk yang bernama wanita :)

untukpengetahuanawak, wanita bertudung aneh.kelebihan ada tapi tak semua orang perasan

untukpengetahuanawak, saya suka tengok wanita ber "make-up" lepas solat kat surau/tandas.nak tengok berapa tebal bedak dia letak sampai boleh tipu wajah sebenar dia depan boyfriend/kawan/tunang dia.kesian.lelaki sekarang banyak tertipu.muka putih tapi gigi masih kuning penuh tahi gigi satu bakul.errrrrr.

untukpengetahuanawak, saya suka tengok gigi depan cermin sambil tengok muka sendiri bila bangun tidur.nak tengok wajah sebenar dan harapnya myfuturehusband tak terperanjat tengok nanti.orang kata itu kecantikan asli, bau mulut asli dan bau badan busuk yang asli :P

untukpengetahuanawak, kalau awak pakai tudung bawal,pakai baju kurung cotton,pakai selipar jamban bintik-bintik,awak pun mungkin selekeh macam saya tapi tak apa asalkan ada orang yang suka kita.dan itupun kalau ada lelaki sudi jalan sebelah kita.hekeleh :)

untukpengetahuanawak, perempuan sekarang susah nak jangka.banyak rahsia dia simpan di sebalik hijab dia.dan..lelaki sekarang susah nak cari yang berguna.yang boleh buat perempuan bahagia sampai syurga dan lelaki mungkin terlupa,lelaki adalah platform untuk isteri masuk syurga :)

untukpengetahuanawak, saya suka tengok pasangan veteran pegang tangan sambil jalan.sangat comel sampai saya rasa nak gigit tangan ;)

untukpengetahuanawak, saya dah tak tahu nak taip apa lagi.saya cuma luah apa yang saya rasa.kalau awak rasa salah,mungkin bukan salah saya dan bukan salah awak.mungkin salah entah siapa-siapa.mungkin salah jiran sebelah

untukpengetahuanawak, saya suka tengok jejaka makan meatballs haritu.senak perut sampai nak termuntah kan?eh..ni macam salah cerita je ni.hahahaha

kbai. *nyorok dalam selimut*



along cakap,bila kahwin ibarat perjudian.entah kita menang atau kita kalah.

takut-takut saya yang kalah





2 comments:

Bihaa said...

entry yg menarik!
hehehe..saya doakan dlm perkahwinan anda menang! :)

aieen kacak said...

insyaALLAH :)))hihi