Pages

Wednesday, February 22, 2012

cuba selami ini.



saya bangun tidur dan termimpi kawan saya,ikhwan.entah apa jadi kat dia saya taktau.hari tu pun sama.tapi bila jumpa,ok saja.zzzzzzzzzzzzzz.entah-entah ikhwan tu ber"saka" kot.suka masuk mimpi orang sesuka hati.haha


semalam banyak conversation yang jadi antara saya dengan jejaka.banyak.saya tertarik sesuatu perkara yang bila dibincangkan boleh mendatangakn bahaya.eh.bahaya apa tuh?bahaya kalau-kalau hati itu terguris.tak sedi aanak taip.nanti la.


2-3 hari ini saya asyik teringat orang lain.sedih memang sedih.saya tak suka ingat kenangan sebab saya tak boleh nak patah balik ke arah itu.orang kata kenangan itu manis.apa yang manis nya?kalau kenangan tu pahit,nak telan air liur kat kerongkong pun belum tentu boleh.kalau kenangan seronok pun,nak feeling-feeling pun tak boleh.tiada apa yang best pasal kenangan.for sure,you cant get back your life unless you move forward.


orang yang membaca kisah hati,kisah perasaan saya dalam diari ini.orang tahu saya dalam duka tapi adakah orang lain tahu betapa saya perlukan 140% kekuatan untuk hadap.iya.ALLAH sayang saya.sebab itu ALLAH itu uji saya.dari segi pelajaran,keluarga,kasih sayang?orang lain tak tahu.sebab rasa kecewa yang pernah saya hadap,orang hanya boleh baca tapi tak boleh rasa :")


saya bersyukur sebab mampu hadap.dah kuat?belum lagi.tapi saya dalam arah proses kematangan hidup.merasai semua pengalaman pahit manis.saya perlukan sokongan orang lain bukan persoalkan apa saya buat.


orang akan berfikir,why i found this person easily?saya tak mencari.perkenalan itu datang sendiri.datang tiba-tiba dan terus buat saya gembira.im not counting men.im counting who can be the best man.bukan bermakna yang kita mudah memberi tapi mengenali seseorang itu adalah satu proses yang rumit.hati pernah sakit macam mana pun,bertahan.sebab,untuk mengenali orang lain kita melalui fasa yang susah.meletakkan terma "kawan" mudah.hati sakit,jiwa kena bertahan.itu sebab selama ini saya bertahan.


kamu semua baca apa yang saya rasa.kamu rasa saya tak setia dengan cerita hidup.mudah ditelanjangkan dek perasaan.cukup tanya pada perasaan adakah segala beban kesedihan yang saya pikul,saya tak layak untuk rasa gembira?ridiculous.kenapa orang lain boleh dan saya tak boleh?hilarious.saya bangkit dalam hidup dan iya...saya perlukan peneman bercerita segala rasa.SEGALANYA.dan simpan sedikit untuk hati saya.untuk melegakan perasaan yang selama ini saya simpan dan tak tertanggung.


selama kamu baca diari saya,pernah saya tulis punca sebab musabab suatu kejadian berlaku?im not.kamu tahu saya kecewa tapi saya tak cerita apa yang jadi sebenarnya.saya luah kesedihan dan kekecewaan dalam hidup.berhadapan dengan orang lain tanpa kekuatan adalah sangat gila.dan saya hampir tak boleh nak survive dek ujian.jangan risau.apa yang terjadi,ALLAH atur sesuatu untuk kita.saya percaya itu.ALLAH sebaik-baik pengatur hidup.


ikhlas,kadang-kadang saya berfikir.apa rencana ALLAH untuk saya lagi?saya takut nak hadap hari-hari mendatang.sebab saya takut untuk rasa sedih yang berpanjangan.bukan sekejap.lama.kamu pernah rasa?kamu tak pernah rasa seteruk saya rasa.rasa fobia menggila itu menerjah macam tak akan habis.kasihan.kasihan orang di samping saya.berharap orang lain tapi yang jadinya lain.


orang kata kasih sayang itu bahagia.tapi saya pula rasa kasih sayang itu ketakutan.takut untuk kecewa.takut ditinggalkan.takut dipermainkan.takut dan semuanya takut.bodohlah saya kalau pernah rasa pahitnya tapi tak ambil segala bentuk pengajaran.itu sebab sekarang saya ambil langkah hati-hati.tidak berlebihan tapi cukup membahagiakan.


saya tak salahkan sesiapa.untuk lebih rasa selamat,apa salahnya saya membahagiakan diri saya sendiri?kamu suka tengok saya sedih?atau kamu lebih suka tengok saya gembira?tapi adakah kamu tahu yang saya langsung tak kisah apa yang kamu fikir?ini hidup.


itu yang saya pesan.jangan bercakap kalau tak merasa.orang yang merasa saja tahu apa pahitnya :")


hidup saya hampir sempurna sekarang.kenangan,harapnya jangan terjah lagi ya.


jangan tipu diri sendiri.nak bangkit sendiri,payah.bukan tak boleh.untuk lebih senang,kamu perlukan seseorang untuk jatuh bangkit kamu.begitu juga saya :")

saya mahu jadi seperti angah saya.walaupun dah berkahwin 12 tahun,jalan masih berpimpinan tangan.abang ipar masih menerima diri kakak saya seadanya.sweet tahu.
saya mahu jadi seperti mak dan abah saya.pergi kenduri baju sedondon,baring menonton tv masih main peluk-peluk.
mahu suami macam abah saya.jaga solat mak aloha saya,mengaji sama-sama lepas subuh.
mahu jadi macam along saya.punya anak yang bijak dan sabar layan kerenah.
semua itu terjadi depan mata.saya teringin itu terjadi dalam kehidupan akan datang :")


need go to work.kbai.eh.hari ni masuk kilang lagi.yeay!

jejaka,terima kasih untuk semua :")






No comments: