Pages

Sunday, March 18, 2012

si pencerewet yang manis,si wali yang segak


assalamualaikum..

after done my isya',saya duduk teleku atas sejadah.berfikir untuk kesekian kalinya.bersyukur sangat sebab dikelilingi orang-orang kesayangan di sisi saya.yang masih punya nyawa dan yang masih punya rasa sayang untuk dikongsi bersama.


teman satu sekolah akan berkahwin nanti.siapa gerangannya,terpaksa saya simpan.sampai masanya,akan diberitahu.tapi,saya yang menjadi seorang teman *excited* habis bila dengar orang nak berkahwin kan.lagi-lagi seorang wanita seperti saya.nikah dan akad adalah dua benda yang menyempurnakan hidup wanita :")

alangkah sebaknya dada bila hari yang ditunggu hampir kunjung tiba.tengok gerak geri bahasa dan cara,beliau hanya mahu berkecil-kecilan.saya cuba bantah.sebab itu hari bahagia dia.saya nak dia rasa tersangat bahagia.hurm.tapi,dia tolak mentah-mentah.katanya mahu buat seringkas mungkin.teman sekolah pun belum tentu habis diajak.sedih.


tahu apa sebabnya?ibu dan ayah menghadap sudah menghadap ilahi.ibu pergi masa dia sedang bersekolah.ayah pula pergi selepas beberapa hari bertunang.sebak kan?kakak yang sulung sarat mengandung.sebagai teman,saya sebak.hari bahagia wanita dibuat seringkas mungkin.sedih.


kamu tahu kenapa?sepayah mana seorang ibu,pasti dia akan buat sesempurna mungkin untuk gadisnya.pasti dia akan menyiapkan segalanya.pasti dia akan bertungkus lumus untuk kecantikan wajah anak perempuannya.pasti dia akan menurunkan ilmu nikah,ilmu menjaga si bakal suami sewajarnya.pasti ibu jugalah yang bersusah payah menghias rumah untuk tetamu semua.pasti ibu.tapi,dia tiada.dia hanya punya hati dan perasaan yang mahu rasa sempurna di hari bahagia dia ;'((( kamu dapat rasa itu?harapnya,kamu dapat rasa terus meresap dalam jantung kamu.biar kamu rasa bersyukurnya kita mempunyai ibu dan ayah selagi hayat ada.


makanya,atas budi bicara saya dan mak aloha,saya harap ihsan mak aloha sedikit.dapat ringankan beban si anak yatim piatu ini.naluri mak kan.adalah sikit untuk si teman ini.cuma terpulang pada dia untuk menerima tau tidak.kalau saya di tempat dia,mungkin kakak-kakak saya akan menggantikan cara mak tapi pasti tak sama.sebab apa?mak adalah the best wedding planner you ever had.mak adalah seorang sipencerewet paling manis didunia.


kalau ada si ayah,mungkin dia adalah si penikah yang paling segak dalam dunia.menikahkan anak sendiri menggunakan tangan kanan,menghenjut tangan,menggenggam jemari dan berharap si menantu lelaki dapat menjaga anaknya sebaik mungkin.


untuk si abah,harapnya abah mampu menjadi si wali yang paling kacak untuk saya.dan untuk emak,harapnya menjadi si wedding planner paling cantik untuk saya.bersyukurnya ke hadrat ALLAH kerana saya masih punya mereka.dan kakak-kakak saya sangat beruntung sebab perkahwinan yang meriah di  sebabkan ada si pencerewet tegar yang cantik dan si wali yang segak.masa saya belum lagi.harapnya saya berkesempatan lagi :")))









2 comments:

adik_nita said...

So how? does she accept your offer?

aieen kacak said...

kita tak tau la dear.dia ada bagi mesej.dia nak bincang dengan keluarga dulu.huuhu