Pages

Monday, May 7, 2012

pinggang dan dia



assalamualaikum.

hurm.nak cerita macam mana ya.im not feeling well again and over again.jumaat half day.angah ambil kat office and terus ke klinik.dapat ubat and MC.tapi tetap tak best.

ke tempat urut.khas untuk wanita ya.semua wanita.pinggang saya mengalami keadaan yang pelik.tak boleh berdiri,tak boleh duduk,tak boleh baring.actually,seminggu lepas saya terjatuh kat depan rumah.pakai selipar dan keadaan masa tu hujan.saya jatuh terduduk.5 hari lepas tu,saya tak rasa sakit pun.lepas 5 hari,baru rasa macam nak patah pinggang.terlalu skait :(

angah bawak ke rumah urut,legalah sikit pinggang tapi dia dah warning awal-awal.jangan buat kerja berat!

itu semua cerita hari jumaat.lain ceritanya hari sabtu

sabtu,nadratun naim aka kawan sekolah menengah saya dah kahwin.simple tapi indah.harapnya semua dalam keadaan penuh barakah.dalam wedding tu,entah macam mana saya,anita dan dayah yang sibuk-sibuk uruskan itu la,ini la.tapi masa tu memang ada kerja yang nak diselesaikan.contohnya,potong buah untuk tetamu nanti.

saya rasa,itu adalah kali pertama saya bekerja dengan mereka dari segi kenduri kendara.nad tempah makanan katering tu pada mak saya.makanya,saya kena uruskan sikit-sikit.apa yang tak cukup,apa yang cukup.kalau awak nak kahwin pun,boleh tempah kat mak saya.best price.kalau yang kawan tu,dont worry #ehsempatpromotoepulak.

lagipun saya tak boleh duduk diam.angkat bakul sana,angkat buah tembikai la.tiba-tiba pinggang saya sakit balik.i cant work at all.tolong mampu dayah dan anita dari tepi je.terlalu sakit.i cant stand :(

balik dari kenduri,pergi ke tempat urut.kakak urut tu cakap,

lain kali jangan tolong angkat buah je.tolong la orang tu bukak khemah sekali.

agak sadis dia memerli tu.huhu.

hari ahad pagi,saya sambung mengurut lagi.plus,kena mandi air garam.minum air yasin dengan harapan tubuh badan saya sihat hendaknya.tapi allah itu bagi dugaan ketika dalam ketika tidak tahu hikmahnya.

i cant stand again.malam tadi jadi macam-macam.pinggang masih lagi sakit.i swear.its hurts.nak baring pun tak selesa.kat rumah,saya tinggal berdua dengan alysha.along ke UNIKL BMI.selesaikan urusan di sana.angah,mak aloha dan abh salleh ke klang pula.kenduri kahwin.makanya,tugas saya menjaga alysha.alysha ni melasak.budak kecik kan.nak itu,nak ini.saya suapkn dia makanan,bagi dia minum air kosong.masa nak bangun tu pinggan tergeliat balik.ya allah,sakit sangat.

masa tinggal berdua,saya dah siapkan alysha betul-betul.tinggal saya yang tak mandi lagi.waktu dah lepas maghrib.saya tak berani nak tinggalkan alysha tengok tv je.dan saya terpaksa minta tolong jejaka

uncle,busu nak mandi tapi tak berani nak tinggalkan dia sorang-sorang la.

okeyh.nak uncle teman alysha ke?

boleh jugak.hihi

lepastu entah apa alysha cakap dengan uncle pun kita taktau.rancak betul dia berborak.adalah dalam 15 minit kita mandi.thank you uncle sebab temankan alysha.itupun dia dah hampir nak datang ke rumah sebab nak jumpa saya.katanya nak tengok keadaan saya.but i refused.cukuplah saya banyak susahakn orang lain

bila keadaan malam tadi tak stabil,saya nangis dalam bilik.family semua dah balik.turn saya untuk rehat.nangis dan nangis.abah masuk bilik bagi ubat sakit sendi.mak nak urut tapi saya tolak.saya just nak rehat dan tak nak susahkan sesiapa.

saya rehat sampai tertidur.jejaka pujuk sampai mata saya berhenti menangis.nangis bukan mengada tapi terlalu sakit.awak tak rasa dan awak tak tahu :"((

saya rasa badan saya lumpuh separuh.itu buat badan saya tak boleh gerak 

jejaka teman sampai saya tertidur.untuk 3 hari ni,keluarga dan dia sentiasa ada.pagi ni saya terpaksa MC lagi.kak raudzah pergi kerja naik teksi.saya rasa bersalah :( terlalu banyak susahkan orang.

pagi ni saya terpaksa ke hospital atau ke mana sajalah kot.i need to x-ray my waist.saya takut effect kepada saraf tunjang saya.doakan saya eh

terima kasih jejaka.ada untuk saya walaupun jauh.



dia pernah menangis.
saya pernah menangis.
perasaan itu subur dalam hati.
keikhlasan dalam diri timbul.
permudahkan dan redhailah hubungan ini ya Rabbi.

untuk masa sekarang,dia ada ketika saya sakit.
saya pernah merasa sakit di hati dulu,ALLAH bagi kesenangan hati sekarang.
saya harap,saya mampu mengawal rasa hati ini.



No comments: