Pages

Wednesday, October 17, 2012

puisi sayang untuk tersayang walaupun melayang




kengkadang,bila kita rasa mahukan diri sendiri bahagia,kita kena korban apa saja.
tapi sebenarnya bukan pengorbanan gila yang aku cuba maksudkan

kengkadang,bila aku mula keliru,aku tahu dia cuba berdiri sebelah.
tapi aku sendiri yang taknak bagi dia mencelah
taknak dia tahu semua isi hati yang terbelah.

kengkadang,aku tahu dia berani macam besi berani.
tapi aku sendiri macam kusut telan air liur sendiri.
takut makan hati yang ikhlas murni

kengkadang aku yakin dia jodoh yang baik
tapi kaku ketuk dahi sendiri.
selagi belum akad,jangan terlalu berserah hati.
aku takut kecewa macam nak mati.

kengkadang aku cuba untuk kurang memberi kasih
tapi aku tak boleh.
ada saja benda yang kau cuba buat aku bahagia.
takkan nak suruh aku dalih?

kengkadang aku fikir apa kesudahan cerita kita
aku tunggu lakaran dari ALLAH untuk cerita cinta
aku percaya redha ALLAH.

bersabarlah wahai lelaki kesayangan
aku punya cita-cita dan wawasan
aku ada benda belum aku langsaikan.

jangan risau encik kesayangan
aku pandai menjaga hati
menjaga sayang yang kau cuba beri.
aku sangat hargai.

selagi belum akad dilafaz.
aku mahu kau tahu aku di sini cuba berhenti bernafas.
bukan nak membunuh diri
cuma mahu rasa cinta dalam sanubari

kau tahu kenapa aku jadi macam ni?
aku menaip setiap perkataan.
jantung aku penuh perasaan.
aku interpretasi semuanya menjadi karangan

hujan di luar terus terbayang
wajah lelaki kesayangan di depan melambai
aku tahu itu khayalan.
aku rindu kau wahai lelaki kesayangan

hujan itu rindu.



No comments: