Pages

Sunday, March 3, 2013

apa yang anda perlu tahu untuk minggu ini



assalamualaikum ;)

lepak-ing di bilik waktu weekend sambil nak keringkan masker kat muka dan duduk menghadap laptop membuatkan diri anda rasa macam duduk kat istana purba kala.tambah pula si anak dara baru lepas berlulur badan di kala waktu menjelang tengahari.itu lagi seronok!segar je badan selepas 5 hari bekerja tanpa rehat.aicececeh..

ok.sekarang saj anak cerita di tempat kerja ini ;)




untuk bahagian QA FA/Reliability (quality assurance failure analysis/reliability) banyak benda yang kita belajar.aplikasi balik ketika zaman universiti saya.for now,saya bahagian reliability dan kawan saya di bahagian FA.1st week,kena buat WI (work I.... ok tak ingat) haha.contohnya,production buat 1000 unit dan 100 unit untuk diambil dan dibuat testing.banyak test yang wajib dibuat.boleh lah faham sikit-sikit.ada la dalam 28 test.banyak kan?contoh,unit tu boleh tak tahan untuk suhu panas dan sejuk.untuk FA, if ada apa yang tak kena,kena tengok mikroskop la bagai.kena kaji satu-satu then buat report then kena submit kat orang atasan.

kerja saya bercampur dengan engineer,technician,operator QA.banyak yang belajar la.kena sabar.dan sabar.



rezeki bergolek bila manager belanja makan besar untuk celebrate chinese new year.dekat 20 orang yang datang.yang best sebab itu cina muslim restoran di d'piazza.so,chef dia dari mainland of china.even senior technician cakap dia sendiri tak pernah makan menu yang ada kat sini.so kira special sikit la.

yang tak best,semeja dengan manager n engineer.then saya nak makan pun malu.nak tambah pun malu.nak angkat tangan suap kat mulut pun malu.owh.pemalu sungguh jiwa saya time tu.tak pernah rasa malu macam tu.ala-ala gadis tersipu-sipu tunggu tepi tangga takut orang pinang.kahkahkah.

oleh sebab makan besar,maka besarlah belanjanya. RM 600++.saya duduk sebelah senior technician FA,then dia duduk sebelah manager then sempat la pasang telinga tanya harga.then GULLPPPPP!itu boleh bayar ansuran kereta hoi!orang belanja hoi.orang belanja.lepastu muka saya bersalah.awat la aku tak pi makan banyak tadi.arrgghhhh.haha

best la kerja dengan orang hebat-hebat.saya tak rasa terasing walaupun berlainan agam dan bangsa.sebab mungkin saya jenis muka suka tanya je kot.zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.




yeah.ini ila.saya rasa dia single.kalau nak nombor dia,sila tanya saya.haha.selalunya after lunch,text michelle dulu, "michelle,can i borrow your mug?.tunggu 10 minit then dia reply "yes you can" tapi selalunya tak tunggu dia balas,kitorang dah amek dah.hahaha.pinjam cawan michelle then pergi pantry lepastu balun air free kat situ.ada milo panas,teh tarik and white coffee.milo dia memang double thumbs up la.

kat pantry sempat dengar orang mengumpat.haha.nak gelak ada.tapi selalu kitorang buat tengok-tengok novel.

owh lupa.kat pantry ada novel.berlambak hoi.gila berlambak.nak baca sambil bersenang lenang di lab memang mimpi la.kena pinjam then baca kat rumah.rasa-rasa macam nak makan banyak tapi tak tahu nak masak,buku resipi pon ada.tapi yang paling tak menahan,ada pulak buku pasal topik-topik kat U dulu.six sigma la,elektronik la.say ajamin,buku tu paling takde orang nak pinjam.huhuhuhu



 itu klinik.baru berapa hari masuk knowles,gastrik datang mendadak.nasib klinik ada kat dalam.so jumpa doc,dapat makan ubat then lega perut sikit.so,keselamatan kat sini alhamdulillah



kak nora ni otai kat lab.dia selalu ajar saya supaya lebih tegas.dia tolong saya guna tweezer dan cari unit kalau terpelanting.kahkahkah.tapi kena hati-hati la.unit tu macam besar tahi hidung hang pa semua jugak.nak cari tak mampu.nak pegang geli.haha.biasanya saya dan ila buat kerja berbeza.dia cepat faham pasal FA dan saya masih belajar untuk reliability ;) seronok.




ini perempuan perasan ramping.di 1st avenue at roof toop.belakang tu adalah komtar.cantik kan pemandangan tu?di penang memang banyakkkkkkkkkk gillllllaaaaaaaaaa shopping complex tapi saya pun tak habis nak berjalan lagi.selalu lepak-ing di queensbay duduk tepi pantai sambil feeling-feeling jadi ikan duyung.kahkahkah.

penang buat saya cari pengalaman baru.jangan la cakap saya merajuk ke apa.nak merajuk dengan siapa pun tak tahu.saya suka cari pengalaman sebab masa bujang je boleh.karang kalau dah kahwin payah pulak.so far, puas dah saya jalan.

masa matrik belajar di johor.
zaman universiti dah kat pantai timur,pahang
now,bahagian utara pulak.
cukup masa,saya kena pulang ke pangkuan abah salleh dan mak aloha.sampai masa nanti ;)

silap-silap kahwin kat thailand.hahahaha

just doakan saya kat sini ;) 











2 comments:

amoi_dulli said...

hahahahaha. mo kwen d thailand ka? ish3..
anyhow, alhamdulillah u look happy there. good luck.
x rugi pksa enn amik pluang tu dulu an?

take care of urself. till we meet again.

miss aieen said...

tu la.best sangat2..alhamdulillah.kawan-kawan tu penting tau ;)