heyp dudes!
hari ini hari rabu.bersamaan dengan 11 ogos 2010.apa yang menarik hari ni?hari ni 1st ramadhan la weyyhh!sekejap je kan?memang sekejap je masa berjalan.masa yang kita rasa cepat bergerak,salah 1 tanda kiamat makin hampir.subhanallah.
bangun pagi dah pukul berapa.pukul 9.adoiissshh.roomates yang lain tak bangun sahur.aku?lagi la payah nak bangun sahur.kalau kat rumah,aku selalu jugak bangun sebab mak aloha kejut.kadang-kadang,abah salleh kejut.aku bangun pun sebab nak jaga hati diorang.kalau tak,aku tidur saja la.kang kalau tak bangun,kau tengok la nanti.time kita tengok movie kat tv,abah salleh duduk kat ruang tv terus duduk sebelah aku.lepas tu,dia konpem cerita pasal manfaat bersahur ni.lebih kurang macam perli-perli manja la.ha kauuuuuu..nak cakap ape lagi?abah salleh ni,tak pernah hayat pukul aku tau.tapi,senjata dia tu,perkataan yang keluar dari mulut dia.lagi tajam dari pisau derrrrr..gua selalu sentap!ahhh...
owh.nikmat ramadhan yang aku betul-betul rasa masa form 2.kenapa ek?masa tu along tak kawin lagi.kat rumah aku ada dua motor.skuter hitam dan kriss biru.aku riding dengan along.mak aloha riding dengan abah salleh.4 beranak pergi solat terawih sama-sama.best tau.lepas maghrib terus siap-siap pergi solat.seronok.solat tepi mak dan kakak kita sendiri.seingat aku,aku memang tak pernah miss solat terawih time tu!unless kalau sebab-sebab uzur syari'e.yang lain memang full la.even hujan pun,aku datang dengan abah salleh.nikmat ramadhan kali tu,lain sangat.hari-hari mengaji dengan parents.siap berlumba lagi siapa habis khatam dulu!nikmat tu susah nak cakap.hari-hari tolong mak aloha prepare juadah berbuka.ahhhhh..bestnya!pagi-pagi lepas sahur,abah salleh,mak aloha and aku pergi masjid solat subuh.abah selalu la bawak jalan-jalan lepas solat.hihihi.
masuk saja form 3,aku dah busy.mak aloha pun sama.but,aku still solat terawih sama-sama dengan parents.ye la.parents dah ajar kan.kena la berdikari sendiri.kalau parents aku penat,aku pergi sorang-sorang saja.tak pun,aku pergi dengan kawan-kawan.nita and dayah.maknanya,abah salleh buat terawih kat rumah saja.kalau aku duduk rumah melanguk depan tv time orang solat,aku rasa macam ada yang tak kena.kalau aku letih macam mana pun waktu sekolah,aku mesti pergi terawih jugak.lain la nikmat solat ramai-ramai,dengar imam baca ayat quran.lain.memang lain.aku rindu semua tu.
1 more,dulu, kat sekolah selalu buat bacaan quran.kira,baca ramai-ramai la.gila best kan.kumpul dengan kawan-kawan.tapi,sebelum mengaji tu,setiap pelajar tu,haruslah memenuhkan aktiviti di sekolah dengan bermain uno la,main ping pong la,main tu la.main ni la.ahhh.budak-budak lagi mereng.ada saja benda diorang buat.budak-budak sekarang ni yang aneh-aneh.tah pape.
dulu buka puasa pun,makan kuih je.balik terawih baru makan berat sikit.tapi sekarang,main sebat je depan mata!nafsu makan kannnn.ahhhhh..lepas tu,pergi pulak bazar nakhoda.cari kuih apam color-color.feveret aku dulu,agar-agar colourful.sumpah marvellous.aku tak sure sekarang ada lagi ke tak.sepanjang aku kat KL,aku memang tak lepas beli benda tuh.agar-agar tuh je,untuk aku sorang.mak aloha bising,aku buat bodoh saja!haha
sekarang?hidup dekat U,lain.kang malam kang ada kelas la,apa la.dulu,kelas law buat malam.aku try la solat terawih jugak macam mana pun.hasilnya?4 rakaat terawih,1 witir..hihihi.memang tak menahan la kalau penat tu.huhuh.sem 1 dulu,busy dengan kelas math nye.ahhhh..kelas tu dah la stress.balik bilik,aku buat jugak.fiil same jugak la.4 rakaat terawih,1 witir.baca surah pun pendek-pendek saja.haha.kadang-kadang,mata aku boleh terlelap time solat.adoiiiii.kang mak aloha mesti call.tanya makan apa buka puasa.kau mengaji ke tak.kau buat terawih ke tak.kau buat tak solat hajat malam-malam?erkkk..part solat hajat tu,aku selalu cakap TAK!bab mengaji tu pun,aku ada jugak cakap TAK.bukan.lepas subuh,aku selalu tidur saja.hihi.tengok..dari jauh pun mak aku mesti sibuk tanya pasal puasa aku even aku dah boleh jadi isteri orang.ehhh.mula-mula isteri.lepas tu jadi mak orang la kannn.hahaha.gatal!
sebab tu,kalau aku dah cuti raya *seminggu sebelum raya* aku memang bersemangat gila pergi terawih dengan parents.rindu la lepas solat cium pipi mak aloha.kang sampai rumah,aku cium pipi abah salleh.ha..solat dengan parents ni memang lain sikit.kira macam aku hampir meroyan la kannnn.
entahlah.setiap tahun,aku nak cari nikmat ramadhan yang pernah aku dapat dulu.aku sedang mencari lagi.aku pernah rasa dan aku rindu.aku nak rasa lagi.betul.aku nak rasa.doakan!
2 comments:
amin...
:)
hihihi
Post a Comment