heyp dudes!
tengok tajuk,mesti ada yang berasa aneh kan.tak seaneh mana.cuma mahu berkongsi.tidak bercerita,hanya menaip.tidak bercelupar mana,hanya berpendapat.kau,aku,dia haruslah bijak.bijak macam mana?bijak secara lahiriah.bukan zahir.usah berpeningan mana kerana aku juga mula pening.pening untuk berfikir masalah rakan-rakan.mula-mula,aku rasa masalah aku sebesar ikan paus.rupanya,masalh orang lain lagi besar dari ikan paus tu.lebih kurang macam ikan paus goreng tepung la.
hurm..1st,biar aku cerita sikit kisah aku kat kelas tadi.agak sadis ya,rakan-rakan.nama aku telah di "up" kan oleh lecturer MOT tadi.aku dah macam nak menggelabah dah.ahhhhhhh...ni yang aku tak suka.kalau lecturer dah tahu nama kita,susah.kang nak datang lambat kang,kena aimed.kang kalau kuiz dapat rendah,kena aimed.kang kalau test dapat sikit,kena aimed.kang senyum sampai comel pun,kena aimed.ahhhhh...tu yang malas tu!tak..puncanya,aku tanya soalan pasal industri automobil kat negara kita.kalau kau nak try,jawab la.kenapa orang malaysia sendiri tak beli barang malaysia?kenapa malaysia pasang kereta dari jepun but kereta still tahap hampagas?siap tayar boleh tercabut?apasal malaysia dok canang "pertanian moden" tapi malaysia sendiri beli cili benggala dengan harga murah?petani malaysia macam mana nak survive?ha.....yang part tu,adjunct professor dato' ahmad tasir lope pihie yang jawab.aku tanya dalam 1 kuliah besar.lepas tu,jawapan still tak puaskan hati aku.jawapan lecturer aku jugak paling best.malaysia tak pandai manage langsung semua teknologi!tapi...bila dah kena aimed macam tadi,aku cuak.hahaha.hampeh punya 'aieen!
ok.orang serba maklum aku insan biasa.kau juga.dia juga.tapi..aku kesian.seorang sahabat bernasib malang.aku cuba buat dia tenang.mungkin tenang.tapi setenang sungai gombak.yang paling kotor kat semenanjung tu.hihihi.aku bukan "good advisor" ya rakan-rakan.tapi,mungkin boleh meluahkan apa yang patut.
dia tanya simple saja."aku obses dengan kekasihku sendiri"."tapi,kekasihku curang"..adoiiiiiiiiiiiiii...soalan ni,aku dah letih nak jawab.den pon poning,nyahhh.tak pe,demi kau,aku jawab jugak.
1st: kau tak payah nak jadi macam makhluk aneh ya.kau tak payah nak bertukar jadi incredible hulk ke,jadi shrek ke,jadi avatar kebiru-biruan.aku risau jugak kau bertukar.kalau nak bertukar pon,jadi la sailormoon ke,patung barbie ke.ha....comel sikit kan.kau tau dia curang,kau cool saja.relaks.sabar dulu.aku belum start bagi tips ni.
2nd: tarik nafas dalam-dalam.lepaskan..fuhhh...agak stylo jugak macam tu.confirm kau akan tenang.
3rd: kurangkan perasaan memaki hamun.pada aku,kurang bijak.tak yah la nak memaki neh.buat tambah dosa saje.aku yang mendengar pun,boleh cair taik telinga.
4th: kau tak payah nak berdendam ke apa.buang karan saje.selagi kau berdendam,selagi tu hidup kau tak bahagia.ha..buang masa je nak balas-balas dendam ni.macam kuman.sekali dah terhinggap,susah nak besihkan balik.so,bersihkan hati kau je.baca quran banyak-banyak.
5th: barang-barang dia bagi,kau tak payah la nak simpan ke apa.buang je.once kalau lelaki dah curang kat kita,sampai bila-bila dia akan buat balik.kau tak yah berharap la dia nak berubah.batu caves runtuh tumbuh balik pun,belum tentu lelaki tu nak berubah!
6th: stop untuk cari apa punca dia cari perempuan lain.kau tak yah tanya la.buat malu saja.dia nak menduakan kau,dia tak fikir perasaan kau.ni,dia dah ada perempuan lain,kau sibuk nak tanya,"apasal buat sayang macam ni?".."apa kurangnya baby dari perempuan tu?".."abang dah lupa janji kita?".aku suggest,kau tak payah tanya.kang jawapan lelaki bagi,"abang tak sengaja.abang sayang baby."ha kauuu.kalau aku,aku boooo je.ape ke pelik nauuu la..pikir maruah kau.tak yah gedik-gedik tanya.lelaki macam tu,kau sepak je.tapi,sepak dalam hati la.
7th: kalau dia ajak jumpa,kau jumpa la.tunjuk sikit kau ni kuat.yang penting,kau benci macam mane pon,jangan tunjuk sangat.bila kau cool,mesti bf kau terkejut punya la.bila kita kawal marah,orang respect kita.
8th: kau tak payah nak buruk-burukkan dia dengan perempuan tu.lantak dia la.dia nak tergolek,nak joget-joget,nak guling-guling,lantak pi la.yang penting,diri kau.lelaki tu tak nanges,takkan kau nak nangis?buang karan saje.
9th: mulai hari ni,kau tukar imej kau.dulu couple,kejap rasa terkongkong.kang pakai ini tak boleh.buat tu tak boleh.buat ni tak boleh.sume tak boleh kan.so,since now,kau kena ubah semua benda.biar kau jadi hot-hot gitu.biar terjegil biji mata boifren kau tu.hahahaha
10th: langkah terakhir.ok.macam ni aku lagi suka.kau jumpa perempuan tu.kau cakap,"kau nak amek si polan tu,amek la.aku tak heran sangat.kalau dia boleh curang dengan aku,dengan kau pun,tak kurang jugak!".ha....tak yah la nak hadap sangat lelaki macam tu.anggap macam kurap terlekap kat dinding saja.nak diusik,geli.nak dipegang,takut berjangkit.maka,tinggalkan saja!
p/s: perut sakit sangat.abah rindu aku.
No comments:
Post a Comment