Pages

Wednesday, September 29, 2010

cakap pasal diri sendiri tapi kadang-kadang diri sendiri tak faham dengan diri sendiri

heyp dudes!

1st,tak yah berserabut dengan tajuk entry tu.bukan kau je berserabut,aku pun sama.otak aku berdenyut-denyut.sakit kepala.aku nak tidur tapi mata aku terBULAT lepas ke toilet tadi.adoish.sakit.sakit.sakit.kau nak join?boleh kita berjamak taqdim sama-sama.hihihi.enough.merepek je tuh.

aku bersemangat pulak nak menaip pasal diri sendiri.ingat apa yang caca cakap.blog adalah diari online.apa yang aku tulis,apa yang aku rasa,aku taip.kau tak suka,close saja windows tu.bukan setakat windows je,kalau kau ada door,ada cupboard ke,ha...kau tutup je la sekali eh.kalau kau menyampah,aku pun nyampah tau.elehhhhhhhhh..poddddaaahhh..

pasal status aku semalam,aku macam dah mengecilkan hati orang yang rapat dengan aku.owh.bukan konfaizel.bukan parents,bukan besties.sume bukan.yang mampu aku cakap,'aieen mintak maaf,kak.huhu

berbalik ke tajuk entry mengarut,kadang-kadang aku tak tau apa diri aku ni nak but after 21 tahun,aku dah dapat jawapannyaa yang kadang-kadang aku rasa saannnnggaaaatttttt tak masuk akal.

+ orang selalu tegur kenapa kulit muka aku lagi cerah dari tangan or kaki aku.but,tahukah anda sebenarnya,aku tak pakai pun apa-apa foundation and even aku main bola tampar matahari tegak atas kepala,susah nak muka aku sunburn.but,kalau aku pakai ke,tak pakai ke losyen,kaki and tangan aku akan cepat hitam dengan jayanya!!harus pakai kasut.nak amek anak buah kat sekolah,naik skuter pakai kasut ok.memang gelabah sungguh.hahaha.tak.kaki aku memang cepat gelap.

+ orang serba maklum,dulu saiz badan aku adalah M,tapi sekarang tetiba je dah jadi saiz L.aku pun tak tau macam mane jadi macam tu.haha.and..yang paling aku pelik,1 tahun lepas,saiz kaki 5 tapi secara anehnya dah jadi saiz 6 pulak.kadang-kadang 5 setengah macam tu.ada teori ke,semakin besar saiz badan,semakin besar saiz tapak kaki?and..kenapa tapak kaki je?tapak tangan tak de??

+ owh.dulu aku benci rebung and tak tau macam mana nak makan.tapi bila aku berkawan dengan siti nur aju,dah belajar makan rebung sikit-sikit.bukan setakat tu je,segala pucuk daun ulam aku makan.hahaha.memang best la.tapi petai ke,kerdas ke,apa ke,aku tak makan.

+ dulu tak pandai pakai kain batik.bila pakai sambil berjalan,mesti terlondeh.tapi,sejak 3 hari lepas,aku pakai dah ok.siap tidur dengan pakai kain batik okeyh.gila la.aku tidur statik tak gerak-gerak.membuktikan,tahap kemajuan aku pakai kain batik adalah tahap membanggakan.haha.aku pasti mak aloha pasti kagum.pasti!

+ sangat minat DLSR.kalau ada duit,nak beli.pernah membodek abah salleh tapi tak berjaya.kena dapat dean's list lagi baru dapat kot.sanggup berjuang hingga peluh terakhir!!

+ sangat tak pandai memasak tapi sangat suka mengemas rumah tapi once bila aku masak,family cakap,sedap.hahaha.kira,natural talent tu.cuma,aku nak belajar masak kek coklat yang superb.

+ kalau tidur,aku pejam mata.tapi aku akan amek selimut tutup bahagian mata je.aku pun tak tau apasal.habit.one more,after basuh kaki and kalau aku tidur dengan kipas,aku biarkan bahagian kaki aku terbukak,rasa sejuk kat kaki,baru boleh tidur.yang tu pun aku tak tau apasal.memang gedik.

+ ok.aku mengaku la kan yang aku ni gemuk gedempol tendang masuk gol.huhu.tapi....tapi...sejujurnya aku tak tahan sejuk.sangat tak tahan.bila tangan aku dah sejuk,seolah-olah tangan kena freeze.aku langsung tak leh tumpu dalam kelas.dalam lecture.kalau tidur dalam bas,lagi la.aku tak tahan aircond bas sebab direct ke kepala kot.kalau aku menggedik sangat,aku tukar suhu bilik aku ke 16 celcius,cukup 3 jam,aku tutup aircond.kang langsung tak leh tidur.

+ lebih suka drive kereta manual dari kereta auto sebab boleh tekan-tekan minyak nak cari gaduh dengan kereta sebelah dan aku..aku adalah makhluk yang suka berlumba.hahaha.naik skuter suka celah-celah.kat kl tu,tak boleh bawak kereta kang kematu pulak punggung anda bila jammed.haha.

+ makan nasi dalam kuantiti sederhana tapi suka ambil lauk pelbagai.tak tau apasal and kadang-kadang memang tak habis punnnnnnnnnn.sekarang ambil lauk sayur je.makan banyak sayur.badan still gemuk macam ni.

+ mula masuk hospital sebab gastrik bila umur 16 tahun and doktor tu masukkan 4 botol air.kali kedua hari tu,1 botol air.and..aku nanges kalau kene cucuk kat tangan tu.sakit.tak selesa.tapi..doktor tu hensem.bila dia datang check aku,terus dah tak sakit.sampai sekarang aku still ingat muka doktor tu even dah 5 tahun.kacak gila!

+ dulu aku bersin slow je.tahan hidung.tapi sekarang aku lepas kuat-kuat bila along kata bila kita tahan bersin,probability kita mati terbersin tuh ada.ha...baru lega.tak kisah la bersin sampai nak tercabut bumbung ke apa.

+ sangat ngeri tengok video orang bersalin sampai tak suka dengar orang lain punya pengalaman bersalin.siap tutup telinga,tutp mata.pernah pitam bila tengok video orang bersalin semester lepas.siap nak muntah la bagai.tapi..kalau gambar orang bunuh-bunuh ni,aku tak kisah.tak de la sampai bawak mimpi ke apa.memang tak kisah.

+ dah tak makan sushi bila tengok gambar kepala berulat.geli.

+ penakut dengar cerita hantu.tapi berani pergi toilet sorang-sorang pukul 3 pagi even pernah dengar bunyi tapak kaki kat belakang aku.scary sungguh time tu.

+ sangat pemalas untuk belajar.percaya apa yang aku dapat hari ni sebab berkat doa mak aloha and abah salleh.result aku tu pun,memang sekadar nasib je.huhuhu.betul.aku tak tipu.aku memang tak pandai sebab kadang-kadang aku boleh jadi bebal sekejap.

+ entah sejak bila aku suka kaler pink,merah,oren.kaler yang gila mencapub.haha.tak pe.aku rasa cute.haha

+ suka wangi-wangi.dalam bilik.dalam locker.nak tidur pun,still pakai cologne kat badan and baju supaya wangi.selalu.baru confidence nak tidur.hihihi.

+ habit yang aku baru perasan,kalau tengah lipat baju,aku suka bau baju sebelum aku lipat.sebab tu jenis sabun basuh aku memilih sikit.aku suka bau baju sendiri yang dah basuh la.tak tau apasal.



khairunnisa' jusoh,kau ingat benda ni tak?


1 comment:

Anonymous said...

macam ingat!