Pages

Thursday, September 30, 2010

apa yang aku nak selepas 2 tahun setengah?

heyp dudes!

malas nak cakap banyak sangat.mood pun macam ada tak de je.mengantuk.kelas petang daddy shariman aku macam dah tak nak pergi.otak aku dah berserabut dengan test statistik 2,kuiz procurement,case study procurement and upcoming case study of MOT.semuanya harus disiapkan dalam 4 minggu.mana cukup.

di tambah pulak,jadual exam dah macam kelam kabut.maybe akan di "exam" time deepavali.kesian kat indians.huhuhu.kalau aku pun,marah la jugak kan.haish.kalau raya haji pun,aku tak sedar pun dah nak raya sebab mesti busy dengan exam.haish.





esok aku akan ke UMP pekan.nak ambil awal untuk softskills.UMP memang strict ya.mahu melahirkan graduasi yang cemerlang dari segi lahiriah dan rohaniah.bukan rohanis ya.hahaha.haish.entah.benda tu subjek.kalau tak pergi,tak kan grade.TAKKAN GRADE.dah berjanggut belajar 4 tahun,tak macam aneh pulak kena belajar sampai 5-6 tahun sebab benda aneh tuh.SOFTSKILL.maka,kepada pakwe-pakwe hensem kat pekan,abang-abang taxi,abang-abang gagah perkasa,tunggu kedatangan dinda di sana ya.hahaha

semalam jumpa miss rohaizan.or MISS PROCUREMENT.hihihi.dia ajar subjek procurement.tak tau la boleh score ke tak.soalan ok tapi jawapn dah macam hampagas.huhuhu.miss ni muda lagi.tak sampai 30.perangai cute macam budak-budak.aku pun kalah ok.manja.and..beliau grade dari AUSTRALIA.not sure.brisbane.jap.brisbane kat australia ke,new zealand?ehhh.entah.aku pun lupa.ko search je la ehhhh.geografi dulu tak berapa bagus sangat.cukup-cukup makan.

buat aku bersemangat bila dia cerita pengalaman dia kat overseas.bestnya.best.aku pun dah lama simpan hasrat nak belajar jauh-jauh dari family..dapat berdikari sendiri.dapat cari mat saleh kacak-kacak.dapat main kenyit-kenyit mata dengan diorang.kalau muat,nak jugak pakai baju tepi pantai.alahhh..yang macam cewek hot-hot gitu even tak hot sangat.haha.wahhhhh...what a heaven day!ok.malas nak ngarut.

but,miss cakap,pointer haruslah maintain.maintain ya.CGPA haruslah 3.3++.so far,alhamdulillah.after 4 sem,aku punya CGPA 3.3++.aku tak sepandai kawan-kawan aku yang lain ok.*dah mula bersemangat waja*.ada yang dapat deans list 4 sem berturut-turut ok.diorang punya CGPA pun haruslah lebih 3.5++ kan....huhuu.banyak la yang miss cerita.memang best.aku pun teringin sangat nak belajar jauh-jauh.cuma,aku tak tau kalau aku dah grade,pointer aku boleh maintain macam sekarang ke tak.hurm.and..bahasa inggeris aku pun tak hebat mana.haish.bahasa urdu expert la.harap doa mak aloha and abah salleh tak putus untuk anak dia yang pemalas ni.sangat pemalas ok.*berblogging sangat tak malas*

itu impian aku.bersemangat untuk hari esok.eh.entah.subjek semua dah killer.rasa dah macam terbunuh.doakan aku eh.doakan.doakan aku dapat ke sana pulak.doa dari kau pun penting jugak.entah bila time aku kannnnn..



p/s: berharap abah salleh lembut hati untuk membelikan barang yang aku nak sangat tuh.doakan!





2 comments:

purple.sk4 said...

ermmm..agk aneh jugekk yerr bendalah softskill nie kn..anehh btol aku..padahal 1 jam crdit jer..pas2 juz dgr crmh2 gitu2 jerr..smpi xleh grade tu lau xambk ..perghhh...mmg aneh laa..hahaaha!!! ko nie wt ak sengal jerrk wahai ayinn..hu3!!

miss aieen said...

hihihhihihi....tuh la.now aku amek kat ump pekan..hhuhuu