Pages

Friday, October 1, 2010

sudah 10 tahun rupanya.tak sangka.

heyp dudes!


hari ni aku pergi kelas macam biasa.pergi lambat macam biasa.kalau yang luar biasa bila aku datang kelas awal.itu SANGAT LUAR BIASA ok.jalan terkedek-kedek bila kelas dah start.dengan wedges la bagai.hampir berlari tadi.tapi tak pe.nasib baik encik nazif pun dah faham bila aku lambat.muka macam aku ni,wanted la kalau gi kelas.asek lambat saja.tak leh elak.huhuhu.

masuk kelas,dah tak macam serabut pulak.kerusi takde.dan aku adalah makhluk yang harus ambi kerusi kat bilik sebelah.ikutkan perasaan malas ni,boleh je kalau aku belajar sambil duduk atas lantai.kang kalau dah penat,boleh je baring atas lantai kan.ha..kang dah penat baring,tidur je la.sambil tu,boleh ajak lecturer tidur sekalik.tak yah belajar.belajar macam mana nak tidur dalam bilik kelas dengan sempurna.lagi best bawak potluck ke,air gas ke..cewwaaahhh..*maaf*

tadi masa sign attendance form tadi,aku terperasan 1st oktober 2010.okeyh.dah masuk bulan oktober.macam-macam aku fikir.

menitis pulak air mata.emo pulak tiba-tiba.kenapa?merindui sangat insan yang tiada.teringat pada dia yang kini di alam fana.*menitis lagi*

sejak aku lahir kat dunia ni,dia dah ada.masa aku lahir,umur dia dah 8 tahun.dah kenal apa maksud "adik".ahhh...aku tak kira dah dia suka ke tak aku lahir tapi aku tau mesti dia akan gembira bila aku lahir sebab mak cakap dia penyayang orangnya.suka budak-budak.

masa raya baru ni,angah cerita pasal dia.masa kecik-kecik,angah tu kerek sikit.poyo sikit.otai sikit.ok.memang otai ok.ni abah salleh pun admit.dia kan lelaki.bermain pun cara lelaki.bezanya,dia tak pandai bergaduh.tak pandai berlawan.tak pandai berkasar.kalau bergaduh pun,kau tahu tak sape yang pergi belasah kawan dia balik?errmmm...angah aku.angah aku selalu back up dia time bergaduh.angah siap bawak kayu ok.KAYU.tapi setakat kayu ranting la.hahahaa.sengal.

dulu aku duduk rumah setinggan,dia kena sunat.dulu,time sunat kena buat pulut kuning la bagai.memang kenduri besar sungguh time tu.dia pun anak lelaki tunggal dalam keluarga.menyampah bila dia kena sunat,baring tengah rumah and aku...aku selalu jadi mangsa bila dia mengada nak itu la..nak ini la..and..1 hari tu,aku hampir dah nak selak dah ada apa dalam selimut yang tutup badan dia.hampir dah weyh.cuma nak tau SUNAT TU APA.dia pun dah jerit mintak tolong.hahaha.

dan aku ni,konon-konon jiwa lembut.jiwa jiwang.jiwa penuh dengan sifat keibuan la kan..kang kalau aku tengah free dok saja tengok tv,kang dia datang kat aku siap bawak pengorek telinga.dah nama pun pengorek telinga kan.tak kan nak guna korek hidung pulak kan.aku pun korek la telinga dia.mengada!tak payah cakap la telinga dia macam mana.berkarat macam mana pun,aku la yang hadap.ceh.aktiviti tu aku sambung sampai ke abah salleh pulak okkkkk..next time,aku nak suruh adam pulak korek telinga aku.

owh.beliau ini sangat metroseksual.pembersih semacam.nak wangi semacam.nak kacak semacam.ah..dia ni memang semacam la.nak dapat bibir merah,dia sanggup letak halia malam-malam.nak kulit cantik,tepek bedak sejuk banyak-banyak.entah.banyak lagi la.awek keliling.nop.awekkkssssss keliling pinggang.bukan pinggang je kot.leher pun ada jugak..haish.

owh.dia pernah ajar aku macam mana nak main daun terup time aku umur 9 tahun.aku siap takut nak pegang sebab dia kata lepas pegang kad,kena samak tangan.aku hampir nak percaya tapi nasib baik aku tak buat.kalau aku ikut dia cakap,nampak sangat macam tak pernah pergi sekolah agama.hahaha.

dulu kecik-kecik,pernah hampir kena tampar dengan beliau sebab pernah menjawab apa yang mak aloha cakap.haish.hampir jugak kena tampar.effectnya,sampai sekarang kalau aku marah,aku diam saja.tak melawan.tak bercakap.tak memberontak.cuma tahu menangis saja.cengeng!!!

sekarang dia dah tak de.dia tak hilang.cuma dia pergi saja.biarlah dia pergi.kenangan itu masih ada.but,kalau dia ada,aku tau dia akn jaga aku sebaiknya.aku tahu itu.jeles jugak bila orang ada abang tapi aku takde.best je bila ada abang kan.at least,ada jugak orang yang diharapkan protect keluarga.

it's has been 10th years u left us.

we cant remove u or deleted u from our life

if you're with us,i know u may have ur own family,married.kids.

but,ALLAH more loves u than us.

KUNFAYAKUN.it happens with reasons.

MOHD KHIDIR BIN MD SALLEH.

1982-2000.

ALFATIHAH.hope u rest in peace,my brother.






4 comments:

wanyf said...

may Allah bless him..

miss aieen said...

ok..aleeyaqaisara.huhuhu

nunama said...

sama macam kamu cerita kat kitorg dulu itu.
Memori yang tak mungkin terpadam.
Kamu memang kuat kawan!

miss aieen said...

kuat dalam sedih.menangis semalam hari ini kuat.dah 10 tahun.tak sedar.kt kuat tapi parents kt blum tentu kuat.cerita tu takkan berubah sampai bila-bila.