heyp dudes!
tangan aku berpeluh-peluh bila menaip.tak tahu nak mula dari mana.nak bercerita tapi takut pulak.ya allah..kekuatan hati itu makin lama makin hilang.letih?ya..itu betul.letih.
1st,memang nak ucap terima kasih terbanyak tak terhingga pada ikhwan.sebab kau buat aku realize pada satu perkara.terima kasih sebab kau menegur aku.rasanya,selama aku berkawan dengan kau,tak pernah kau tegur apa-apa yang tak kena.tapi,this time,bila kau menegur,buat aku tersentap jugak sebab aku memang tak perasan.kesalahan?aku memang tak rasa itu kesalahan pada mulanya sebab tiada siapa menegur.dan kau...orang pertama yang jujur.cara teguran itu buat aku selesa dan aku tau benda tu dah lama.cuma aku menyesal sebab aku tak pernah perasan kesalahan tu.sampai sekarang aku menyesal.terima kasih kawan.terima kasih.aku mengalu-alukan segala teguran.tapi,aku menyesal sampai sekarang.lain kali,tegur saja ya.
ikh,kau ingat malam tu?kau asyik menaip lirik lagu itu?ya..bukan aku tak pernah dengar.aku suka dengar lagu tu.tapi,oleh sebab kau memerli aku dengan lirik tu,aku senyum.sebab aku dah tak boleh nak tutup apa yang aku dah buat dulu.bila kau cakap macam tu,aku dah hampir nak menangis.sebab aku rasa malu dengan diri sendiri.untuk lepas ini,aku tekad.tiada lagi seperti itu.kau lelaki.mungkin kata-kata lelaki ini memang berbisa tetapi ada benarnya.tak apa.sebab aku memang alpa.itulah gunanya kawan.
ikh,ada orang pernah tanya,kau kawan baik aku ke?dan aku jawab,ya..kau memang kawan baik aku.nop.kawan lelaki terbaik pernah aku ada.tapi..aku tahu,aku bukanlah kawan perempuan yang terbaik untuk kau.apa yang kau tahu,aku tahu,kita simpan.kita simpan kemas-kemas.apa yang orang lain cakap pun,aku simpan kemas.tapi kadang-kadang apa yang kau buat,aku terharu jugak.ahhh..tak payah la kau tahu.sebab aku memang tak nak kau tahu.
dan..fath..terimakasih sebab malam itu kau bercerita.perihal kau.perihal "teh o ais laici".perihal S.kau buat aku sedar banyak perkara.aku terdiam sebab aku dah tak tau nak cakap apa.apa yang kau cerita lebih kurang aku saja.malam itu,tak ramai yang mendengar.aku harap,cerita itu tersimpan.aku tak bercerita tak bermakna aku juga tiada cerita.
kau bercerita satu-satu.kau jelaskan panjang lebar.betul.tindakan kau betul.sangat betul.makin lama aku diam,makin terbuka khilaf itu.makin aku simpan,makin terbentang apa yang tersorok.makin aku tahu,makin aku sedih.aku hampir menangis.tapi,biarlah.belum sampai masa lagi.kau ingat status aku yang aku buat for conclusion chapter 7 statistics?sebenarnya,apa yang lecturer itu cakap memang betul.kau ingat cara kita buat conclusion masa kau sedang makan nasi goreng kampung itu?lepas tu kita ketawa sama-sama.tapi...tahu tak lepas itu aku pulak yang menangis?ya...itulah yang aku rasa.NOT SIGNIFICANT.fath..diam saja ya.kau faham,aku faham.mereka kurang faham.dengan belajar statistics kita kaitkan dengan kehidupan kita.tapi..memang itu yang aku rasa.aku tak tipu.
kata-kata kau memang benar.dan aku juga mahu bertindak begitu.tapi,watak "teh o ais laici" dipadam.tiada siapa yang terlibat.cuma watak aku saja.mungkin aku bukan terbaik untuk siapa-siapa.terasa terbelakang sungguh jasad aku ni.tak boleh nak bergerak.terlalu sedih.sedih.kadang-kadang aku berfikir,apa agaknya salah aku ya.eh.entah.mungkin ada.aku dah rasa mahu mengalah.sebab aku bukan selalu menang.tapi..aku juga bukan selalu kalah.cuma aku rasa betul-betul mahu mengalah.sebab,tiada guna aku menang kalau tiada orang untuk aku berlawan.seolah-olah aku bermain pedang seorang.tiada yang teman.
entah ke mana rasa sabar itu.yang ada cuma rasa kecewa.eh..bukan tak pernah bahagia.sekarang juga aku bahagia sebab aku tengok dia gembira bila aku tiada.adakah aku ditipu atau tertipu?aku sendiri tak tahu.terima kasih kawan-kawan sebab kalian buat aku sedar waktu itu,cerita dulu.waktu sekarang bukan cerita yang aku karang.segala cerita kalian aku buat pedoman.aku tak berahsia cuma aku rasa baik aku simpan saja.sampai masa,aku akan berhenti berharap kalau-kalau aku memang bermain pedang keseorangan.
they're not available especially the girl suite in light brown.
No comments:
Post a Comment