Pages

Saturday, February 12, 2011

airplanes.


heyp dudes!

hari ni dada gua dah macam sesak sikit.nafas tak cukup sebab terlalu penat.rutin gua dimulakan dengan bukak encik asus seperti biasa.konon nak PSM tapi idea takde.so,gua buat bodo je.hahaha

pukul 3,gua dah niat:

nawaitu aieen mahu jumpa profesor razak untuk PSM kerana ALLAH taala.*tekad*

tetiba,member gua call mintak gua drive pergi kuantan.dia dah macam teruk gak la keadaan badan dia.dengan muka pucat,badan lembik,gua dah tak sampai hati.padahal gua dah siap pakai baju kurung,beg besar,payung besar nak pergi fakulti tapi sumpah gua tak sampai hati.kawan kan..sebab,sekarang dia susah,gua tolong.esok lusa gua susah,dia pulak tolong gua.insyaALLAH.gua drive tak laju sangat rasanya sebab gua dah niat dalam hati.agak-agak dalam 100 km/j,ape ke de halllllll kan.

tengahari gua tak makan nasi.perut gua sakit tu tak yah nak cakap la.memang gua makan nasi goreng pagi tapi ciput je sebab roomate gua dah masak.kang tak makan,kecik hati pulak kan.ada la dalam 5-6 suap.dah la sedap gila.gua tahan nafsu nak makan je tadi.grrr...

ajim...lain kali,lu tak yah nak masak sedap sangat eh.*ajim=aziemah.jantina perempuan.masih single.i guess.hihihi*

kat klinik kuantan jalan berserah tu,gua dah tak mampu nak tengok member gua yang sakit ni.gua tahu dia ada masalah usus yang agak kronik.badan dah kene cucuk jarum,kena ambil darah,kena scan la bagai.gua tengok pangkal lengan dia sumpah gua dah nak pitam.gua pantang tengok darah.memang nak pitam.dah la lebam.dia sempat sound gua tadi;

gua punya darah ni meleleh la.*nasib baik dia tak mintak gua lap.memang akan pitam*


gua derma darah dengan konfaizel pun,gua dah nangis.hampir pitam.

gua pun tak tahu macam mana nak beranak nanti.memang konpem gua pitam~

apa yang paling best kat klinik jalan berserah tadi?gua sempat tengok sorang budak perempuan lingkungan umur dalam 4 tahun.comel nak mati.pakai gaun peach.rambut tocang.muka putih.*dulu gua pun cenggitu.tocang kiri kanan.comel kan?*dia lari depan-depan gua.gua sengih.

ecah!!hingus tu.meh mak lap kan..*mak dia dok panggil anak dia.padahal anak dia dah berjoget depan gua*

*budak tu tak nak pergi kat mak dia.gua tengok je*

tetiba...budak perempuan tu jolok hidung dengan telunjuk jari tangan kanan,korek-korek hidung lepas tu jilat masuk dalam mulut.apa ke de hal bebbbbb...tahi hidung dia,lantak la.tapi perlu ke nak joget-joget depan gua dengan gaun peach tu sambil makan tahi hidung sendiri?yang tak menahan,sempat lagi budak tu sengih  kat gua.dia ingat comel sangatttt ke makan tahi hidung sendiri?arrrgghhhhh..

end.gua nk cerita benda lain.

lu tahu kan gua suka barang-barang kraftangan kan.so,tadi gua buat sendiri.barang semua tu,mouja yang kasik guna.tapi takkan gua nak pakai free je kan.gua bayar okkk.bayar.member gua beli guna duit.bukan guna ayaq liuq.hihi.sebagai student,gua paham dia nak cari duit lebih.PTPTN mana cukup.gua yang guna duit PAMA pun,cukup-cukup je.huhu









F for FAIZEL
A for AIEEN.


der...gua buat hasil tangan sendiri ok.haha.member gua ni memang kreatif la.tangan gua kayu.tangan dia macam bantal.lembut.entah macam mana gua nak jahit baju kurung sendiri.*sigh*

actually,gua nak bagi konfaizel hasil tangan gua ni.tak tahu la dia nak ke tak.

segan pulak.huduh je.tangan gua sampai berpeluh.percubaan pertama tapi gua puas hati.

salihah,mouja,kak ila,kak raudzah banyak tolong gua.

tolong mengutuk gua pun ada.cehhhh.

tapi gua tak kisah sebab gua tahu diorang sayang gua.hihi.


gua minat benda ni.yang lain tu,semua mouja buat.jom la tempah ramai-ramai!



gua berbaju kurung sambil pakai barang ini.



bracelet itu kilau-kilau.thanks dear.i love it.

dari pukul 11 malam-2 pagi gua buat benda kraf tu.

sumpah mengantuk nak mati.tapi macam mana gua boleh update blog?

itu yang gua rasa aneh tu.


p/s: rasa spare tayar kiri kanan kat badan makin berkurangan.entah bila nak kurus.haishhhh..

p/s/s: pukul 230 pagi mandi sorang-sorang dalam toilet.takut tapi still boleh nyanyi sambil menyanyi lagu dangdut amelina.hebat kan?






No comments: