Pages

Wednesday, July 27, 2011

quality time




semalam tidur lambat.maka bangun pun lambat.pecut laju-laju sampai office.nasib baik sempat.haish.

tadi kita keluarkan duit yang terakhir dalam akaun bank kita.haish.memang rasa kesempitan sungguh.bila la gaji nak masuk ni.berdoa cepat-cepat supaya gaji dapat masuk.

semalam,account manager tegur saya.zzzzzzz.dalam keadaan tekanan,semua benda boleh jadi salah.and then,dia datang ke tempat duduk sambil mintak saya postpone kerja disitu.anjak beberapa hari.makanya,lagi 5 hari nak raya baru saya boleh berhenti.zzzzzzzzzzzzzzzzzz.nak lepaskan macam tu je pun tak boleh sebab kerja banyak sangat.kakak senior pun belum tentu faham hasil kerja saya.yelah.dari A-Z kita buat.tak boleh lepas macam tu je.kalau bekerja di office,tekanan tinggi tapi kita kena bijak.nama pun chinese company kan.haruslah menggila sikit.kalau salah orang plant,kita kena marah.kalau dah salah kita,sudah tentu kita kena marah.sebab tu kita kena hati-hati.itu yang kita bosan sangattttt tu.

hari ni batuk kurang sikit.busy memang menggila.terus ke BMI.awak tahu tak kenapa hari-hari kita pergi BMI?sebab,kalau kita tak pergi,kita tak dapat jumpa mak aloha dan abah salleh.semua benda baru nak set up kat sana.awak tahu tak..masa kita form 2 dulu pun,mak aloha busy macam tu.pagi-pagi dia dah keluar.pukul 12 malam baru dia balik.kita dah tak nak macam tu.sebab tu kena korban masa dan tenaga jenguk kat sana.kalau tak,susah nak jumpa mak sendiri tahuuuuuu

balik je rumah,saya mandi dengan air panas+air paip+air garam.relaxing.cuci rambut rasa ringan je kepala.selawat dan bertakbir 3 kali.mudah-mudahan sakit hilang.lepas mandi,saya rendam kaki dengan air suam+garam.kaki sangat ringan.kalau nak gosok kulit sampai putih,memang boleh jadi koyak kulit ni.maka,kita just berus kaki kat tumit supaya hilang daki baki saki baki.zzzzzzzzzzzzzz..more relaxing.

kita dah perasan rambut kita ala-ala korean.*sambil selak rambut depan ke kiri*.kepala semakin ringan.belai-belai rambut sambil pandang cermin.kita perasan comel saja.jerawat lagi buat kita comel.hahaha.

pagi tadi ada orang buat kita panas hati.owh,terus blocked.malas nak layan orang cenggitu.tersangat annoying kot.even marah macam mana teruk pun,kita tak pernah rasa nak blocked orang ke apa even kita betul-betul rasa nak mencarut depan orang tu.tapi kali ni memang tak boleh tahan sangat dah.terus kita blocked.yela.ingat kita ni apa..respect sikit la.baru best kan?jangan nak berannoying sangat la.

dah terasa macam artis pulak.nak blocked la bagai.eh.best jugak perasaan "blocked" mem"blocked" ni.sumpah rasa macam artis.dan awak...awak mesti rasa nak menyumpah bila kita kata kita ni artis kan?ngehngehngeh..

dudes,im so damn exhausted.jangan kusutkan kepala kita dengan perkara tak best boleh?i need my quality time too.







No comments: