Pages

Saturday, November 19, 2011

banyak cerita





kadang-kadang saya takut.lepas tu saya takut dan saya sangat takut.

gtalk-ed with ikhwan.hurm.dia buat saya macam tak senang duduk.dia asyik suruh saya tukar mindset.tukar tu,tukar ni.dia pesan,lelaki semua tak sama.seolah-olah kena bagi peluang kat diri sendiri.lupakan yang lama.

conversation with ajuju and kak raudzah buat saya serba salah.

cara si lelaki berfikir berbeza dengan si wanita yang berfikir.itu yang saya jadi tak kena.saya bermuram durja.semalam sampai tak makan.

hurm.nanti saya cerita ya.untuk cerita semalam,

alhamdulillah,saya dah dapat tempat LI tu.KIMAR industri.alhamdulillah.bahagian operator ada bagi saya lawat kilang.saya dah tengok mesin.dah tengok semua.tak sabar nak update tapi mungkin mesin tu akan buat saya pekak.saya suka processing.dan saya dapat bahagian tu.hihi

cuba cari peluang untuk wani,kak teha,mouja or sesiapa yang belum dapat tempat LI.sedang cuba.sampai muka tak malu minta surat aplikasi tu.hurm

teman kak raudzah selesaikan PSM.hurm.belum ada rezeki gamaknya.kesian dia.saya cuba tolong apa yang mampu tapi belum rezeki.sedih sebab saya tahu dia berharap.hurm

tengok ajujut dengan zainuz.harap diorang akan dapat tempat LI yang sama sebab saya tahu ajujut mahu itu walaupun dia cuba dolak dalih.poddaaahhhh.kehkehkeh

semalam,sibuk round sampai shah alam dan klang.sesat banyak kali.then,i hate shah alam so much.dem.

im wearing baju kurung since morning till midnight.tapi pergi bilik sewa anita then mandi.angkut juga si ajujut dan kak raudzah.apa-apa pun,saya takkan tinggal kawan saya (~.^)

jumpa si jejaka sebentar di tempat yang banyak lampu di shah alam.hikhikhik.kejap je pun.bagi barang je pun.

kena saman.speed trapped.bawak kereta waja memang tak sedar bawak laju.sumpah. 102 km/j je pun.cis.

ok.berubah emosi lagi sekali

dalam hati,resah betul.saya taktau nak cakap macam mana.nak nangis pun ada.bila baca conversation dengan ikhwan,saya nangis.saya cuma nak rasa gembira.tapi,banyak lagi cara yang buat saya gembira.lain macam risaunya.

saya tak tahu.saya takut.lepas tu sekarang saya rasa nak lari.tapi ikhwan tak bagi.kak raudzah minta saya meniti jalan ini perlahan-lahan.dan saya taktau nak cakap apa.saya rasa serba tak kena.semalam nak jumpa sekejap je pun,saya terus tak makan.nervous lain macam.allah................bukan nak akad nikah pun.huhuhu

entahlah.saya takut.saya takut saya terlebih menyayangi orang lain.kalau saya dah sayang,saya akan setia lain macam.bila saya setia lain macam,habis punah semua.kadang-kadang saya tanya diri sendiri apa yang saya nak.sebenarnya eh.entah.saya nak lari.boleh?saya risau.tapi ikhwan kata

tolong la,tolong la.tolong la.kau jangan buat macam tu
sampai bila kau nak fikir pasal si polan tu
sampai bila nak takut
tukar mindset
semua lelaki tak sama
jangan hilang diri macam tu

hurmmmmm.

lain macam perasaan kali ini sebab saya tk mencari.kali ini,dia hadir sendiri.allah.................nikmat kasih sayang yang kau beri ni lain betul rasanya.


kalau kau boleh berlari macam siput,aku akan cuba berjalan terhencut-hencut supaya aku boleh genggam tangan kau dan kita berjalan bersama.

aku tahu tahap gula dalam bibir kau.jangan bermanis mulut.aku tahu apa yang kau simpan.






No comments: