Pages

Saturday, November 12, 2011

INTERNSHIP




alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

banyak sangat benda yang jadi.tapi alhamdulillah.saya dapat menempuhi dengan aman dan seronok.awak tahu tak,since kita dari hari selasa petang sampai la ke pagi jumaat,kita cari sendiri company untuk latihan industri kita ni?rasa nak pengsan.kita pergi macam-macam kilang,bahagian.sempat la pergi pejabat tanah daerah gombak,syabas,white horse,alloy and banyak la.letih.letih.

semuanya nak bagi saya bahagian kewangan and akaun.plus,saya letak kat resume experiences saya yang pernah buat invoice.saya dah taknak bahagian akaun.tak minat.bosan.pening tengok nombor hari-hari.

majority semua cakap,

awak ada basic akaun.mungkin saya letakkan bahagian akaun.experience pun dah ada.senang.*kata HR DMG Holdings tu*
(~.~)

since dari hari selasa,saya asyik ulang ayat.

*ketuk pintu*
asslamualaikum,ada tak tempat disediakan saya nak buat praktikal kat sini?
*muka tebal*

ada yang jawab ya.ada yang jawab tak.bila jawab tak,kecewa bukan kepalang.anita cakap,muka saya pucat sangat masa nak bagi resume.yelah.masa ni orang tengok kita atas bawah.tengok cara kita bercakap,tengok cara kita berpakaian.pucat jugak la.letih.bibir kering.bawah mata lebam.

saya betul-betul berusaha untuk dapatkan tempat LI terbaik untuk saya.berusaha dan berusaha.mak aloha dan abah salleh bagi support.act,saya dah dapat beberapa feedback positive dari DMG Holdings,Pejabat Tanah Daerah Gombak,Syabas dan KIMAR company.semua nak bagi bahagian akaun dan kewangan tapi i do prefer KIMAR sebab dia nak bagi saya bahagian operation.lebih kepada bermain dengan mesin.tak tahulah apa yang mampu saya buat nanti.just,saya nak menangis excited bila owner tu cakap,

awak boleh praktikal kat sini.just isi form then ambil sign dari dekan.lepastu pos kat alamat ni

owh.betul ke?

betul.

*lama diinterview*

seronok.dapat main dengan mesin.tak perlu saya tengok akaun hari-hari.plus,dekat dengan rumah.lepastu saya kerja 5 hari seminggu.wahhhhhhhhhhhhh..best.cuma,saya tak dapat surat confirmation lagi sebab saya tak habis isi borang LI.hihihi.entahlah.risau jugak.tapi bersyukur sangat.

saya usaha betul-betul supaya nanti saya tak menyesal.nak bekerja ni bukan mudah.pasal elaun,saya taktahu.sebab,saya tak harap apa-apa yang lebih melainkan pengetahuan mengenai mesin dan operation.saya nak jadi technologist.nak tahu pasal mesin.lasak sikit la.tapi saya suka.saya memang excited.bersyukur.saya telefon si jejaka hampir separuh menangis.saya telefon abah salleh,mata dah bergenang.

allah,berbaloi juga berkat rasa sabar dan penat ni.alhamdulillah.








No comments: