Pages

Saturday, March 17, 2012

hentian bas punya pasal



assalamualaikum :")


hari ini saya tka buat apa-apa sangat.jejaka called untuk fardhu subuh,then jogging dengan anita di tasik taman metropolitan kepong dan terus rehat sampai petang.i had my good day.alhamdulillah.agenda utama,gosip sampai lebam.agenda kedua,esok ke rumah kawan lama.beliau pun nak bertunang dah.seronok!


hari ini kita dan mak aloha jaga alysha.si kecil tu dah besar rupanya.tak sedar.huhu.agaknya dia rindu kita,dia ajak kita tidur sebelah dia.sambil tu,dia peluk kita tau.comel kan?kehkehkeh


semalam ada rasa sebak sikit di dada.kak mia dah nak berhenti.kumpul duit dengan teman sekerja lain,cari kedai kek yang khususnya pembuat kek islam,dan terus beli.makan ramai-ramai di ofis.maknanya,takdelah rasa ragu-ragu nak makan kek tu sebab orang islam yang buat kan.insyaALLAH bebas alkohol.saja meraikan segala jasa yang dia buat untuk saya dan kak raudzah selama 1 bulan 1 minggu berpraktikal.ada juga rasa sebak tapi ditahan.dia suapkan semua orang termasuk tuan haji sekali.untuk saya,sangat special tau.saya minta dia suapkan saya kek banyak sikit.kak mia dan seorang driver tu  cakap saya sangat manja.mungkin la saya manja sebab wani selalu suapkan saya makanan.wani cakap,boleh rapatkan silaturrahim and it's totally true.itu memang saya admit :") lepas ni dah tak boleh manja dengan kak mia.


duhhhh...kawan saya dah buat twitter.panjang langkah dia untuk berskandal lagi lepas ni.harapnya akan dapat la calon bini/isteri yang dia nak tu.tapi,ikhlas dari hati,saya mahu dia sedar kalau-kalau ada orang lain lagi yang sayang dia.pernah saya tegur dia tapi dia buat telinga tuli.saya masih berharap ada sinar lain antara keduanya.berharap ALLAH bukakan pintu hati masing-masing :")) ALLAH merencanakan untuk setiap hambanya.


semalam,agak sadis jugak ya.kak raudzah nak balik ke kedah.tiket dalam beg beliau.katanya nak ke hentian duta.dalam hati,pankreas,usus kecil atau usus besar sekalipun,saya ingat hentian duta atau hentian putra adalah hentian bas yang sama.ok.dah la malam menyinga.sejuk macam nak tercabut tulang,tapi gagahkan juga bawak motor tu.tiket bas pula pukul 830 malam.saya sampai di hentian putra pukul 827 malam.muka sangat konpiden bila kak raudzah minta kepastian.

'aieen.ni confirm ke hentian duta?

iye......

*pergi kaunter bas.kerut dahi*

'aieen,abang tu cakap,hentian duta tempat lain.ini hentian putra.

ha??????seriouslyyyy?????????

*mata kak raudzah nak berair*

never mind.akak naik motor,kita riding jap eh.takpe.kejap je ni.nak call angah kejap.

*dengar angah membebel celah telinga bagi arah tuju hentian duta*

'aieen jangan bawak laju.kalau tertinggal bas pun,boleh beli tiket lain.jangan bawak laju.akak ok ni

adesssss...*perasaan bersalah bergunung ganang*

saya pecut selaju boleh.rasa nak menangis sama.adeh.bersalah habis dah ni.tu lah....ini dikatakan konon ada rasa berlagak pandai.hidup dah 23 tahun kat KL,setiap hentian pun taktau.cis.buat malu depan kak raudzah je.we're riding for 6 minutes.dah sampai hentian duta,bas pun belum sampai lagi.cehhh.alhamdulillah.selamat sampai dan berbaloi dengan 90km/j.mujurlah highway memang tak jammed langsung :")

balik dari hentian duta,called jejaka.selitkan phone celah helmet,beliau temankan.malam-malam naik motor.konon rasa macam shuwweeetttt kan.mungkin dia ada rasa risau.borak-borak dengan beliau sambil sengih-sengih atas motor.hihi.kita sempat borak dengan ibu tau.ibu dah warning jangan bawak 100km/j.bawak 60km/j je.duhhhhh...entah bila nak sampai kalau macam tu kan.huhuhu.nasib call free.memang manfaatkan baik-baik la kot.kehkehkeh.sebelum kita gerak dari rumah pun,mak teman kita sampai pintu depan.entah kenapa malam tadi dia risau sangat kat kita.padahal,kita dah selalu melasak badan macam ni ;")


lepas ni,sape-sape nak mintak kita hantar ke hentian bas,kita dah expert dah.kehkehkeh.








No comments: