Pages

Monday, April 23, 2012

tak nampak



assalamualaikum :)

minggu saya penuh dengan ceria.rasa hati gembira tak kunjung tiba.allah,terima kasih dengan rasa ini dengan kehadiran orang-orang kesayangan termasuk keluarga saya :)

sabtu lepas ke times square dengan encik jejaka.bukan buat apa pun.jumpa pun nak dekat zohor.bought tickets for battleship.aweeesssoommmeeee gila cerita tu.me and jejaka fokus pada cerita cuma kadang-kadang saya alih mata tengok dia kat sebelah.kadang-kadang usik tahap fokus dia dalam cinema sebab mahu dia tak terlupa saya ada kat sebelah ;) dia rajin melayan.tapi sebenarnya banyak kali lirik mata kat dia tahu.cis.anak dara sekarang tak malu nak lirik-lirik mata kat anak teruna orang kan.kehkehkeh


lepastu,jejaka ajak lawat sepupu beliau kat brickfields.act,saya pun kurang arif dengan kawasan situ.lepas dah janjitemu nak jumpa sepupu,saya sampai di satu bangunan bertulisan besar PERSATUAN ORANG-ORANG BUTA.i feels like kinda weird.dari hari tu lagi jejaka nak suruh kita jumpa sepupu dia yang satu ni.macam dia sayang sangat kat sepupu yang sama jantina dengan saya ni.saya setuju lagipun waktu tu belum pukul 5 petang pun :)


sampai masa,kita nampak ada seorang perempuan yang nampak sempurna sifatnya sedang tunggu depan pagar.mata dia cantik.hitam berkilat dan bersinar.elok je penampilannya.sumpah.kalau tengok dia,mesti awak tak sangka dia tak dapat lihat dengan sempurna :"(


saya pegang tangan dia sambil perkenalkan diri.sejuk.jejaka cakap,mungkin dia segan dengan saya.mungkin sifat pancaindera saya hampir sempurna dan dia tidak sempurna mana.kali ni saya pegang tangan dia erat.saya taknak dia rasa tersisih.saya pegang kuat dan pimpin dia.kali ini lahir rasa ikhlas nak berjalan sama dengan dia.jejaka pula ajak ke kedai makan.ehem.she's with her boyfie okkk,hafifi.and her boyfie has a friend named randi.nevermind,ini baru awal cerita :)


jejaka pimpin randi dan hafifi untuk kaum adam.saya pula dengan mimi untuk kaum hawa.jalan kaki menuju ke bangunan YMCA.saya takut sebab banyak sangat kelibat manusia yang saya tak selesa.tak selesa bukan bermakna tak suka.cuma kawasan situ berbahaya untuk perempuan seperti saya.err...act, kumpulan si adam tu jalan depan saya dan mimi.nevermind,me and mimi had a great conversation.dia tanya itu,dia tanya ini about me and jejaka.saya jawab selayaknya.owh.....mimi sangat sporting tahu.sangattttt


sampai kedai makan,order la macam-macam.since lepas dalam cinema saya tak makan,perut sakit dengan anehnya.order sup dan teman lain makan juga kecuali jejaka.bila makanan dah sampai,saya menangis.saya tengok mimi makan.walaupun mata tak nampak,dia makan macam orang celik.mukanya didekatkan ke pinggan.mungkin dia nak kesan bau nasi goreng kampung tu kot.saya tak tanya lebih.cara dia menghala sudu dan garfu ke dalam mulut buat saya sebak.saya nangis.meleleh airmata.kuat betul wanita ni.kuat sangat ;"( dia cari nasi dalam pinggan dan sudu teraba-raba.alahai..tak menahan.sedih.kalau awak,awak boleh tahan ke?


jejaka usik lengan  baju saya tanda jangan menangis.mungkin dia tak suka.tengok jejaka bergurau dengan mimi,saya seronok.tengok hafifi dengan mimi,lagi la saya rasa seronok.comel tahu.pasangan bercinta yang tak celik paling comel pernah saya jumpa. *meleleh lagi airmata* saling mengambil berat.tengok cara randi pegang handphone,tengok cara diorang guna telefon bimbit buat saya rasa macam sebak.ditekan punat handphone ke telinga,cuba kesan runut bunyi apa entah.awesome gila.awesomeeeeee..lepastu mimi dapat cakap dengan ibu.eh.hebat.tekan apa pun kita tak tahu =.="


bila nak maghrib,ajak jejaka balik.saya pegang tangan mimi lagi.saya just taknak dia rasa saya ni lebih dari dia atau dia kurang dari saya.jalan sama-sama sementara jejaka dan yang lain dah jalan ke depan.saya tanya banyak soalan yang dok fikir kat meja makan tadi.

macam mana mimi basuh baju
macam mana mimi bersihkan badan
macam mana mimi siapkan diri pakai baju.
macam mana mimi uruskan pakaian.
macam mana mimi belajar kos jururteknik komputer tu.
macam mana mimi uruskan kebersihan waktu wanita datang bulan tu

banyak kan soalan saya?i dont care.sebab kalau nak tahu kena tanya tapi dalam cara yang sopan.tak terusik jiwa dia.dia macam biasa.dah mampu uruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.mungkin sebab saya tak pernah ada teman seperti ini.itu yang sebak sangat.


sampai depan pagar,hafifi dan mimi macam nak cakap farewell la kot.hihi.mimi bagi handphone kat hafifi mungkin nak suruh tolong tengokkan apa yang tak kena.tapi handphone tu macam terawang-awang.si mimi hulur dan si hafifi nak sambut tapi tak sampai.saya ambil tangan mimi hulurkan betul-betul ke tangan hafifi.sedih.sebak.nangis lagi.susahnya nak uruskan kehidupan tanpa mata.tak dapat nak tengok muka orang yang kita sayang tapi dia masih bahagia.dia asyik senyum bila cerita pasal hafifi tu :)


aneh kan?orang yang tak nampak sangat menghargai kasih sayang sesama dia.kenapa kita yang celik ni selalu buta hati kerana cinta?kadang saya rasa orang buta lagi menghargai hubungan yang bahagia berbeza dengan kita yang nampak.


dia tak nampak tapi hati dia terlalu terang.saya betul-betul insaf dengan kejadian sekeliling saya.jejaka ajar saya supaya lebih bersyukur dengan keadaan diri.jangan minta lebih just bersyukur.pasti bahagia.

tengok mimi,hafifi dan randi.bersyukur walaupun pancaindera tak ada tapi mampu senyum sampai telinga.indahnya perasaan itu ;)




No comments: