Pages

Thursday, June 14, 2012

yasin dan al dukhan




berasar sudah,bermaghrib sudah.tunggu seru isyak yang belum tiba lagi.harapnya sempat nak menunaikan.

berfatihah tatkala berdiri menghadap kiblat,menangis tanpa henti.menghadap ILAHI pun masih meratap mengenai duniawi.

apa punya jenis HAMBA kau ni 'aieen?tawaduk dan istiqamahlah engkau!

membaca surah iaitu si hati al-quran (yasin) masih lagi meleleh airmata.
sambung lagi membaca al-dukhan merembes lagi airmata.

kelebihan yasin,jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya
kelebihan al-dukhan pada waktu malam, 70,000 malaikat akan mendoakan untuk kita ;'))

entahlah.harap ditenangkan perasaan.

berasa lemah seperti lalang.ke kiri dan ke kanan.memujuk hati.alahai badan...kenapa begini selalu nasib engkau?

terasa kosong.hendak di marah tak pandai.nak diluah tersekat.telan sajalah pelan-pelan.

tak apalah.hari ini hari saya.bersabar.ALLAH tu ada.mendengar rintihan saya kan?





No comments: