Pages

Tuesday, December 4, 2012

jejaka




assalamualaikum

malam dah makin larut.saya dah mula rasa kusut.family datang ke penang dan terus ke hatyai.seronok dan bahagia.

tapi malam ini rasa sunyi tanpa jejaka.rindu pada dia.rasa sayu sebab terlalu banyak menyakitkan perasaan suci dia.kenapa suci?sebab dia terlalu lurus untuk rasa cinta.

entah kenapa air mata menitis.rindu jejaka.dia berusaha bagai nak gila nak buatkan saya bahagia.entah kenapa hati ini keras pahit macam pegaga.

hidup di sini rasa seperti tin bergema.kosong dan tiada apa untuk diketawa.saya mahu dia.dia terlalu mem"busybody" untuk menjaga saya walaupun dari jauh sebagai perantau

jaga diri
jaga aurat
jaga hati.

itu pesanan utama dari jejaka.aurat selalu dia bising kan.dia risau saya berubah hati.saya ketawa.ketawa sebab untuk menjadi yang halal deminya,saya jaga kesemua yang ada.saya mahu menjadi muslimah.muslimah untuk dirinya.kalau allah izinkan,saya memang mahu yang halal.

entah kenapa saya sedih.

sejak saya ke sini,saya macam tak pedulikan dia.bukan tak peduli sebabnya saya terlalu penat dengan pembelajaran di sini.dia merungut tapi anak kecil sebab dia sebagai lelaki pun mahu perhatian dari saya.cuma,saya terlalu mengantuk.letih.otak penat.

lelaki mana sanggup bersengkang mata demi saya?dia.dia sebab dia adalah lelaki yang aneh itu.bersyukur kepada allah kerana pertemukan saya dengannya.

dia risau saya berubah hati.di dalam kelas,ramai pula lelaki.tapi dia terlupa bagaimana rasa setia saya.mana mungkin nak kecewakan dia padahal saya sudah rasa sakitnya dahulu.saya lebih tahu nak menjaga rasa cinta.

saya menyesal sebab tak boleh nak berikan apa yang dia mahu.tapi dia akan berikan saya apa saja selagi dia mampu.

rasa rindu yang datang buat saya tak sabar nak menjadi halal untuknya!saya mohon kepada allah supaya berikan saya peluang untuk bahagiakan dia.benar.membahagiakan dia mungkin kejayaan kebahagiaan yang saya mahukan.

niat yang ikhlas,insyaallah.





No comments: