Pages

Wednesday, March 13, 2013

cara nak jimat duit di perantauan ;)




assalamualaikum.

harini saya sedang kira duit tabung pinky saya.alhamdulillah.duit BR1M pun baru dapat tadi.abah salleh ambilkan baucer then balik penang terus redeem balik.bila RM250 dalam tangan rasa macam sikit saja.dalam 1 hari boleh je habiskan.tapi jejaka selalu marah saya.

kalau orang miskin,rasa RM 50 tu dah cukup banyak.sebab dia tau bersyukur.orang tak reti bersyukur memang selalu  rasa RM 50 tu ciputtttt je.

 *tunduk lantai*

itu selalu pesanan dia.sebagai manusia kita kena bersyukur.

alhamdulillah.tiga minggu saya dah duduk kat sini.nak tahu macam mana cara saya simpan?

duit kalau kita reti bersyukur,kita rasa duit tu dah cukup banyak.cara saya,

planning perbelanjaan kena ada dalam hidup.1st week saya sampai penang,saya bukak buku 'AIFAR then tulis semua perbelanjaan saya dalam hidup.i mean yang akan dilakukan.

CONTOH
MAKAN (WEEKDAYS) - RM 50 X 4 WEEKS = RM200
MAKAN (WEEKEND) - RM 100 per month
PERSONAL - RM 100
MAGGI/BISCUITS etc = RM 50
FUEL - RM 50 X 4 WEEKS = RM 200
TOPUP - RM 60
SEWA - RM 175

janganlah menipu sangat yang kamu takde benda kesukaan kamu sendiri.kamu mesti ada untuk tengok wayang,main boling.tapi kalau karoake,takde dalam senarai.mungkin saya tahu katak lagi sedap menyanyi dari saya.hihi.

tapi,yang kena bertindak bijak adalah cara perbelanjaan makan kamu sendiri.saya sanggup makan di syarikat tempat kerja untuk dinner.nasi goreng ikan masin dia memang perggghhhhh habis la.tak boleh lebih RM 10 untuk satu minggu.duit syiling ke apa ke,terus masuk tabung.katakan lah

LUNCH - RM 5
DINNER - RM 3
BALANCE - RM 2

RM 2 kamu simpan tiap-tiap hari.tapi pandai-pandailah kamu.personal means,kamu nak la beli t-shirt baru,tengok wayang or apa- saja.untuk kes beli pencuci muka,pencuci rambut or memang pattern beli sabun la bagai,mesti ada perancangan sendiri.biasanya saya beli waktu promotion saja.maksud saya,promotion mingguan.untuk makanan pun saya beli ketika promotion saja.murah dan sedap untuk tekak sendiri.tolong beli makanan yang kamu betul-betul akan makan.tak payah mengada membazir nak beli tapi penyudahnya tikus dirumah yang telan.huhu.kadang-kadang kamu tak sedar yang kamu boleh jimat sampai RM 30 tau.

selain tu,saya rancang kes penggunaan minyak kereta saya.since saya bawak kereta dari KL ke penang,saya akan pastikan, minyak kereta tak boleh kurang dari separuh.setiap petang ahad,saya akan ke shell then isi sampai full.bila minyak dalam kereta ada lebih dari separuh, maka kita takdela 'sakit' sangat nak keluarkan duit sampai RM 50 untuk bayar minyak kereta kita tu.

CONTOH

minyak kereta dah lebih separuh.
untuk capai full, RM 20 diperlukan untuk sampai ke paras FULL.
BALANCE= RM30
makanya, RM 30 juga saya terus simpan dalam tabung. cuba bayangkan kalau sebulan.dah berapa banyak pulak kita simpan kan.

tips lain, saya cadangkan isi lah minyak waktu malam/sejuk.sebab waktu minyak berada dalam keadaan cecair.kalau waktu panas,akan menjadi wap.makanya, maybe RM 20  yang kamu isi untuk mengisi minyak tu bercampurlah antara CECAIR+ GAS.kalau waktu sejuk/malam, 80% dan keatas masih dalam keadaan cecair.back to basic balik kengkawan ;) sains tu.sains.hihi

tips kedua,isi minyak kena ada caranya.ok.katakanlah kamu punya tempat pengisian minyak tu berada di sudut kiri kereta.makanya,kamu harus park kereta di sebelah kiri kamu juga.errrrr..macam mana nak explain eh.ok...cenggini.daya imaginasi tinggi harus dilaksanakan sekarang.

CONTOH

kamu nak isi minyak,kamu buka tempat isi minyak tu kan.then, kamu akan parking rapat-rapat supaya host minyak tu sampai dengan tempat minyak tu.normally saya akan isi minyak pada pagi petang ahad *almost maghrib*.cuaca dah redup and sejuk masa tu ;)

harap ilustrasi ini dapat membantu ;( tak pandai lukis la.tangan tak berseni.

langkah ini diambil untuk host pam minyak tu berada dalam keadaan tegang.tapi orang utara panggil cekang.tegang means,minyak tu takkan berada dalam salur pam minyak yang berwarna hitam tu.bila tegang,minyak akan terus masuk ke tempat isi minyak kereta kita.takde la host pam minyak tu lendut saja.bila lendut,minyak tu macam terkumpul la.terkumpul kat bawah tu.maksudnya, RM 30 yang kita bayar untuk isi minyak,samalah dengan setiap liter yang kita bayar.errrr.faham tak?faham tak?arrgggghhhhhhhhhhh.awak jangan biar kita guna bahasa sanskrit untuk bagi pemahaman kaedah ni.arrrggghhhhhh

tips lain untuk jimat duit adalah,suruh partner or lovely or ehem-ehem kamu belikan kamu tabung.lepastu kamu mesti rasa bersemangat sikit nak simpan duit.simpan maksudnya kamu nak berjimat.takdela gaji masuk RM 2000, RM2000 jugak awak nak habiskan.huhu.kamu pun teringin la jugak nak tengok tabung tu penuh dengan duit kan.tapi bila mengenangkan partner ehem-ehem dah bagi,semangat nak berjimat tu kena dihidu/diserap oleh kamu sendiri.agak-agak macam bau bacin,bau itu mesti dari ketiak sendiri.agak-agak bau wangi,itu bau duit.kemam duit dalam poket seluar sampai peluh-peluh pon orang masih cakap bau duit tu wangi.kehkehkeh.

untuk yang lebih bijak dan advance, bila kamu dating je atau berjumpa dengan marka kamu,bawaklah tabung tu.sambil kenyit mata dan bagi flying kiss jauh-jauh.errr.tak payah make up tebal.make up bebanyak pun tak berapa nak cantik kan * eleh.kelas kau 'aieen.kau tak pandai make up,kau nak cakap orang lain tak cantik bila make-up *.hihi.eh.berbalik ke tips yang terakhir.bila dah kenyit mata,bawak tabung,lepastu pastikan nafas berbau segar,kamu bersuaralah lembut dan yakin

CONTOH

yayang..yayang.. *kelip mata laju-laju* yayang taknak keeeee bbuuuuaatt amal jariah sikit masuk duit dalam tabung itteewwww ni?kesian tabung ni tau.kalau masukkan duit,ittewww janji.itteewww terus simpan dan tak curi duit dalam tabung sendiri.boleh lewwwww.boleh lewwwwww.

*encik yayang masukkan RM20 dalam tabung*

hahahahahha.menjadi hoi.menjadi skill aku kali ni!kahkahkah

itu punya tips pasti menjadi dan menjadi.menjadi gila-gila punya.hahaha.

tapi,nasihat saya,simpanlah duit dari masa sekarang.esok lusa kita tak tahu kita papa kedana macam mana.beringat dan simpan.abah salleh selalu pesan,DUIT YANG KITA ADA WAJIB DIKONGSI DENGAN ORANG LAIN.BERTAMBAH BERKAT DAN REZEKI SEMAKIN MURAH.

saja je nak share ;)

No comments: