Pages

Tuesday, February 7, 2012

aku cerita tapi tak semua kau boleh baca.




entah apa silapnya,ada benda tak kena.mungkin sebab saya menyorok dari keluarga perihal si jejaka.bukan sebab saya malu bagai si pohon cemara.tapi hanya sebab saya tak mahu pisang duka berbuah lebih dua kali pula :(


persahabatan ikhlas itu susah nak nampak apatah lagi dirasa.kau cuma perlu sentuh dalam jiwa pasti kau akan merasa.bukan sebab aku malu nak cerita hal-hal lama.cuma aku tahu ada hukum karma pasti datang menjelma juga.


hati terusik bagai tertusuk duri rebung sampai ke paras dada.ada rasa sebak sejak persahabatan mula terjalin tiba-tiba.nak bentak pun tak guna.ALLAH susun yang baik untuk setiap hambanya.aku terima segala natijahnya.akhirnya aku rasa untuk gembira dan bahagia.


silap aku sebagai manusia,aku risau aku menjadi mangsa.makanya aku diam seribu kata dari semua makhluk dunia.aku sorok semua yang aku rasa.darah daging aku sendiri susah nak teka melalui kata-kata aku yang kadang-kadang lebih diam tak memuja.


dalam hati aku simpan seribu rasa.tak sangka dalam diam aku menyusahkan hati kedua orang tua.sebenarnya itu bukan niat aku nak buka pekung didada,di jantung pula.cukup aku kata aku mula rasa meniti rasa bahagia.tak salah aku rasa tanpa perlu aku cerita pada orang ketiga :)


aku rasa berdosa atas nama kedua ayah bonda.aku anak yang mungkin terlupa bahawa setiap gerak geri terjalin tak perlu di diam saja.malangnya aku suka diam durja.tapi ketahuilah aku mula berganjak dewasa.aku sedang rasa semua asam garam dunia.mungkin ini cara yang terbaik untuk aku diam sentiasa.sumpah aku takut untuk rasa kecewa


aku tak kisah dituduh mengkhinzir buta.dipandang aneh insan yang tak suka aku gembira.apa yang aku tahu,aku sedang mengenali dia.ALLAH tahu apa yang aku pernah rasa,nak rasa bangkit dalam hidup rasa payah nak tikam jantung biar mati terkujur jiwa.


tiada istilah beza sekufu,beza didikan ,beza harta.aku tak ada apa-apa yang kamu lihat itu harta kedua ayah bonda.secebis harta bukan milik aku walau sezarah.apa manusia ini lupa ini semua pinjaman dari ALLAH TAALA?aku tak mahu segala beza menjadi halangan besar dalam hubungan semata.percaya ALLAH telah menjadi tulang belakang selama aku hidup di dunia :)


sampai rasa aku mahu menangis pula.duduk berteleku atas sejadah belum tentu masalah selesai bagai diminta.doa,tawakal,usaha aku sedang cuba.aku bukan gila.aku cuma rasa sedikit meniti rasa bahagia selepas pahit menerjah membunuh semangat wanita muda macam aku kalah dek iman sekecil gula :)


kepada si dia,aku tak minta lebih.kita berusaha cukup lah doa dan redha dalam perjalanan rasa ini pula.kalau tersadung,tak apa.ALLAH dah susun cantik untuk aku dan kau di hujung nyawa kita :)



rabbi yassir wala tua'ssir.



No comments: