Pages

Saturday, April 14, 2012

benci mimpi itu



assalamualaikum


bangun pagi,tiada apa yang menarik.hari sabtu indah ingin dimanfaatkan sebaiknya.badan dah panas mungkin sebab terllau penat.hujan pulak,lagi la buat badan demam.


lepak-ing di rumah saja rancangannya.*harapan*


bangun tidur,saya mimpi orang yang tak sepatutnya saya mimpi.lelaki itu.dan kalau boleh saya tak mahu mimpi dia lagi.cukuplah untuk dulu.dulu saya selalu mimpi dia bersama wanita lain dan akhirnya mimpi tu menjadi kenyataan.rasa sedih sampai meleleh airmata bila bangun tidur.sekarang,tak lagi.saya makin kuat.teruji betul minggu ni bila asyik mimpi berulang kali.saya tak ingat apa-apa pasal dia sebelum tidur.sebelum tidur masa saya hanya dengan jejaka.tak memikirkan langsung pasal dia.entah macam mana dia datang dalam mimpi.mungkin datang naik helikopter kot.


im not hating him.saya cuma rasa mahu pergi jauh dari hidup orang yang tak memerlukan saya.dan saya rasa saya  juga tak perlukan dia dalan hidup saya.bukan bermakna saya tak bahagia sekarang.entah.mimpi itu buat saya takut diri sendiri.saya tak suka ingat perkara lepas.saya mahu berganjak ke depan.dia adalah masa silam saya.saya mahu sesuatu untuk masa depan saya.salahkah?


saya tak suka mimpi macam tu.mimpi,kau jangan datang lagi tau.aku tak benci cuma aku tak suka.mimpi,harapnya kau faham aku :") bukan mahu memutuskan silaturrahim,cuma kalau boleh ikatan yang timbul itu tak nampak.


saya bukan benci tapi sebenarnya saya tak suka.tak suka sebab hati saya terlalu sakit untuk disembuhkan.saya bukan tunggul.cukuplah saya pernah rasa seperti tunggul batu tepi jalan.tak ada orang peduli,tak ada yang pandang.


sekali tawar hati,setitis tanda sayang pun tak akan wujud sampai mati :)


mimpi tak bermakna sayang.suka tak bermakna sayang.bila ikhlas,sayang itu sendiri timbul.sayang tak boleh paksa.dia datang sendiri samada bergolek,merangkak,berjalan atau berlari.








No comments: