Pages

Wednesday, April 11, 2012

cerita tsunami.



assalmualaikum.

dari tadi saya tengok live updated di tv,mukabuku,twitter,blog dan semua media yang terlibat pasal tsunami.i didnt feels or seeing any earthquake in my house.i feel safe with mom and dad just now.eventhough rumah saya dia atas bukit,truly memang tak rasa apa-apa.alhamdulillah.


untuk sekejap,rasa mahu manaip pasal gempa bumi.

in year 2006/05, masa tu ada di pangkor.orang pangkor dok kecoh sini sana tsunami.tsunami.tsunami.actually,masa itu baru permulaan hidup saya dengar apa itu tsunami.saya ingat lagi family vacation.bulan disember.24-26 disember bercuti.family hanya suka pangkor,pangkor,pangkor. *kopi pangkor tiada tandingan.masih sempat promote tu*


masuk paper,baru faham apa itu tsunami.can you imagine something?pangkor adalah laut.oleh sebab dia bukan di laut china china selatan,kurang gelora.makanya ombak yang kuat tu saya tak rasa.masa tu paling teruk yang kena adalah kuala batu muda,kedah.tapi,ombak laut masa kat pangkor tu memang ganas lain macam.saya pun tak mandi laut.i felt weird.


dulu masa di matrikulasi johor,ada gempa bumi di indonesia jugak.kami yang di johor pun rasa.ikut geografi pun,johor dan indonesia dah memang dekat sangat kan?tak silap masa tu gempa bumi kat jogjakarta.correct me if i am wrong.actually,masa tu waktu pagi.after subuh,tabiat untuk tidur balik memang zero.makanya,saya nak basuh baju.tapi saya adalah gadis yang rajin.basuh baju guna mesin,namau guna tangan =.="


im waiting my turn.tiba-tiba tengok mesin basuh bergoyang kiri kanan.tapi,saya ignore.ingatkan mesin tengah spin kan.memang lah bergegar.tapi lama jugak mesin tu spin baju.saya masih buat dunno je.orang tak reti nak rasa takut kan.lagipun,masa tu badan saya letih dengan latihan bola tampar KAKOM '08.mungkin saya penat sangat kot.sebab tu tengok semua benda bergoyang.


my turn.masukkan baju dalam mesin,terus masuk bilik.


then,tengah syiokkk habis baring,katil bergegar.ini punya gegar lain macam.mungkin sebab pagi sangat makanya saya ingat saya pening.then,bell bangun.tengok bell.eh.apa tak kena.hurm.lain macam kali ni.mustahil la malaysia kena gempa bumi.ikut geografi,lingkaran api pasifik jauh lagi kan.bakpe tibe-tibe sume benda nak gegar kan?ahhh...semua topik geografi nak keluar la konon tu =.="


mak aloha call.yes,ada gempa bumi.rasa excited sebab dapat rasa.excited.excited.excited.yela.selalu naik roller coaster je baru bergegar ganas,berpusing sini sana kan.kali ni bangunan yang penuh cerucuk tanah boleh bergoyang.ala-ala roller coaster even goyangnya takde la seganas yang kita fikir.mentality masih kebudakan masa tu =.="


esoknya,beli kosmo di koperasi.tengok banyak yang mati.duhhhh..pilu tengok gambar.sebak.rasa excited terus hilang.


kamu dapat bayang tak kalau masa di pangkor tu,kalau pangkor adalah salah satu negeri yang terkena tsunami,mungkin kamu tak dapat baca blog saya.tak dapat baca penulisan saya.dan kamu tak akan dapat jumpa saya.mana tahu kalau terkena arus tsunami kan?ALLAH selamatkan perak masa tu.kalau tak,sekali ngap saja pangkor tu dah boleh hilang dari muka bumi.


kamu dapat bayang tak kalau masa di matrikulasi johor tu tiba-tiba bangunan asrama roboh sebab gempa bumi tu?mungkin kamu pun tak akan jumpa saya.entah-entah jadi debu dengan batu konkrit tu.entah-entah awak nak cari saya celah batu pun tak akan jumpa.


untuk kali ini,saya berdoa agar saya,keluarga,kawan,saudara mara saya dalam keadaan selamat.iman yang ada belum cukup untuk menampung bekalan akhirat.banyak dosa yang kita buat.saya ngeri bila ingat semua tu.ALLAH bagi saya pengajaran untuk rasa di ambang rasa takut masuk dalam darah tapi saya tak ambil iktibar sepenuhnya.saya manusia.saya jahil dan naif 


tatkala entry ini ditaip,hujan renyai membasahi bumi di sini.berdoa dengan kadar segera agar semuanya selamat.


tatkala ini,ukurlah iman kita sendiri.kelak dosa menggunung tak cukup nak tutup pahala yang dicari.


tadah tangan.baca doa.selamatkanlah kita wahai ALLAHHURABBI.ingin menjadi hamba yang mukmin dengan menghayati peluang yang diberi.menjadi orang islam atas nama tak sama untuk menjadi orang mukmin di sisi ALLAH.


kalaulah dosa dan pahala itu ada buku rujukan yang kita boleh lihat,malaikat di kiri lagi banyak membuat kerja dari malaikat di kanan rasanya.kebaikan diri tak cukup nak tampung dosa seumur hidup.


kamu dah bersedia menerima ujian ALLAH kali ini.baru tahu rasa mahu mati kan?baru tahu rasa macam mana nak tadah doa dengan penuh khsyuk kan?tak berhenti-henti zikir dalam jiwa kan?kita bukan maksum.kita manusia.kecut perut fikir dosa :"(((


kalau saya berdosa dari dulu sampai sekarang,ampunkanlah dosa saya,halalkan semua.sama-sama kita berdoa kala hujan.doa mustajab ketika hujan lebat.pergi jumpa orang lain,jabat tangan tanda mahu minta maaf.terutama keluarga.jaga keluarga,jaga diri.semoga manusia di malaysia masih rasa aman hendak-NYA.


i got this from my junior in fb,


TIDAKLAH BUMI BERGONCANG KECUALI ADA MAKSIAT-MAKSIAT YANG DILAKUKAN KE ATASNYA.BUMI GEMENTAR KERANA TAKUT ALLAH MELIHATNYA-kaab bin malik



mari ukur iman sendiri






No comments: