Pages

Wednesday, August 17, 2011

iman compang camping


pssstt...menaip entry ini mengambil masa 1 jam.kenapa eh?sila baca sampai habis untuk keterangan lanjut.ehem.

haish.hari ini rasa nak mengeluh panjang je.haish.haish.haishhhhhhhhhhhhh.

sepanjang bekerja hari ini,hati tak tenteram.mak aloha bawak si adam dan yani bershopping ke jalan TAR.tiap-tiap tahun saya dan mak aloha akan shopping bersama tapi memandangkan saya busy,maka dia pergi dulu dengan anak-anak buah.dah la selangor cuti.memang confirm la KL sesak gila nak mati.mak aloha pula entah apa mimpi nak pergi KL naik bas pulak.hadoi.setiap 2 jam saya call tanya perkembangan.dah macam saya pulak jadi mak kan?mana tak risau.mak aloha tu bukan larat sangat.nak jugak beli baju untuk cucu-cucu dia.haish

owh.tadi riding dari rumah ke office.saya sangat takut.hari-hari saya nampak ada je accident kat MRR2 tu.takut,rasa nak nangis pun ada.mana tahu kita pulak yang accident kat situ.dah la jalan tu busy.dengan masing-masing bawak laju.kecut perut,kecut pankreas saya.entah berapa kali saya baca ayat kursi supaya dipermudahkan segala perjalanan saya.

ehemmmmm..abah salleh dah repair dah kereta tu.kalau rasa macam blur-blur aneh tu,sila baca entry ini.nampak saya hebat sangat kan?iya..saya balik je,tengok-tengok dah sihat balik dah kereta tu.full tank pulak minyak tu.kalau bawak racing,best jugak kan?silap-silap boleh sampai JB tu.ehemmmmmm..

teman si dayah makni drive tadi.dia baru dapat lesen P.boleh pulak dia mintak saya ajar drive.walhal,dia tahu je kereta si city abah salleh tu hancusss.berani betul dia nak berguru dengan cikgu hantu macam saya ni.memang dia salah orang.salah!penyudahnya,jalan adventure habis saya bawak dia jalan.pergi selayang baru,lalu kubur sungai tua,pergi taman bolton.,sri gombak.aha....saya bagi arahan kat belakang,dia tekan minyak,tekan clutch,tukar gear.ada satu tahap,kaki dan tangan saya pulak yang terasa nak tekan pedal minyak.dia bawak tu tembel sangat.rasa macam nak gigit je.what to do..dulu pun saya tembel macam tu jugak.hahaha

hari ini saya berbuka puasa sorang je kat rumah.dah macam anak meraih simpati pun ada.sobsobsob.haha.hujan lebat tadi.tak sempat nak ke BMI.maka,berbuka keseorangan saja.nangis?belum sampai masa lagi.cuma sadis saja.makan kuih je oiiii.dah la hampir nak berbuka puasa tadi sebab perut saya tersangat sakit.pukul 8 pagi dah sakit.tapi mula bertahan sampai la azan maghrib.alhamdulillah.lengkap juga puasa untuk hari ini.

ehem.kita sahur hari ini dengan lauk masin.abah salleh masak.tapi kita telan je sebab mata kita dah tak boleh bukak.nasib je sahur tadi kita tak makan pinggan.sumpah mengantuk tahap ayam sungguh.nasib kita ni tak berkokok saja.

ehem..si senior masa sekolah minta kita ajar pasal blog.lepas tu kita senyum.dulu pun kita naif sangat pasal blog.ini memang diari online saya.ehem..kita dah tahu siapa reader dari sungai petani tu.ehemmmmmm..nak nyorok mana ha????



*ini bilik di UMP.comel tak?comel tak?*

kenapa payah nauuuu nak habis menaip?

pundi kencing tak habis-habis bekerja malam ini.

huhuhu.tak suka kan?

owh.ada pesanan...sejauh mana pun hendak menipu,jangan pelik kalau-kalau salah sendiri itu terbuka pekungnya sendiri.

saya tak pernah mencari kesalahan orang.nyatanya,kesalahan kamu sendiri terbuka tiba-tiba.selagi iman yang compang-camping ini masih ada,saya percaya ALLAH itu PASTI akan bukakan hijab hambanya.itu PASTI!

saya?tak pernah gunakan agama untuk menang.cuma,saya percaya agama itu pelindung diri saya.









2 comments:

FlowerBihaa said...

haha..pnjg bebeno update today..tembel tu ap, kak?haha..

miss aieen said...

owh.itu perkataan rahsia.hahahaha.