Pages

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

eh.apasal taip panjang ni?






assalamualaikum 

maaflah.busy dengan keadaan di rumah.im in KL.ya.kuala lumpur terchenta.ngehngehngeh.act,im doing something at home.ya.family.

alhamdulillah.sudah 3 minggu kembali ke sini tapi asyik busy dengan keadaan disini.letihnya...adeh.

alhamdulillah.2 minggu lepas dapat perkhabaran gembira.sangat gembira untuk keluarga.syarikat mak saya dapat tender terbaru.total: 2 tender.macam biasa.pembekal makanan sahaja ;) dalam untuk mendapatkan tender ni,macam macam dugaan.tapi along la...along paling sabar.mak pun sama.saya,angah dan abah support dari belakang.

alhamdulillah.itu tender paling terbesar untuk keluarga saya.sangat besar.ditipu oleh pihak lain tapi dapat pula rezeki kali ini.tengok.Allah tu bagi susunan yang cantik untuk keluarga saya.betul.itu tender terbesar kami pernah dapat.syukurrrrrrrr..

tangan mak dah membengkak 4 bulan.saya tengok,saya rawat.mak tak pernah merungut.lepastu saya nangis.dia tetap buat kerja macam biasa.abah dah risau.tapi entahlah.momen paling indah,abah balutkan tangan mak dengan sangat sempurna.terharu ;) kebahagiaan keluarga ada di situ.sebagai anak,mestilah gembira tengok kannnnnnn

mak risau saya tak kerja la apa la.act,ada 2 sebab kenapa saya macam takde mood.

1st, saya takkan biarkan mak abah susah lagi.mereka dah tua.mak tak sihat.along dan angah perlukan saya.tolong uruskan apa yang patut.2 tender.bukan mudah sebab kebersihan paling utama.
2nd, saya macam patah hati sebab terpaksa lupakan QA.saya memang kecewa sebab gaji+ elaun+environment adalah yang terbaik.a place to learn.
3rd, saya kena korbankan cita-cita demi keluarga.
4th, along seorang.angah dengan anak kecil,mak tangan dah bengkak,abah dah tua.ok.sekarang fikir perasaan saya macam mana?i felt guilty okkkkk
5th, im young.capable and flexible.
6th, saya tahu..............................takkan nak hadap RM 3K, if............apa yang saya buat sekarang saya boleh dapat berganda?
7th, adik beradik.we need each other.semuanya perempuan.masing masing menjadi anak perempuan dan anak lelaki.

rezeki kami sekeluarga tak pernah putus.kena aniaya teruk macam mana pun,kami tetap berdiri bersama.amalan parents saya sebenarnya buat rezeki mudah masuk ;) .i shared with you ya.

setiap malam,mak akan bangun.pukul 3 pagi.solat taubat,solat tahajud,solat istikharah,solat hajat.
setiap hari,dalam pukul 9-10 pagi, abah pula akan solat dhuha.solat pembuka rezeki.then mengaji.

dan....takde pun nak guna pelaris ke apa ke.sebab tu duit tu tak pernah habis.saya bukanlah orang senang.bila saya tengok ahli keluarga seronok,bahagia,saya jadi bersemangat.bukan untuk saya.tapi untuk parents saya.dan selalu saya cakap dengan mak..orang nak guna sihir ke,apa ke.yang penting dalaman kita.kuat atau tidak dengan Allah.dan......abah la selalu pesan dengan saya.rezeki yang kita dapat untuk kita seorang.kita kena share dengan orang lain.nasib baik family saya bukan jenis tamak.

along dan mak risau.
angah dan abah sokong untuk teruskan apa yang saya buat.abah bising dah.abah cakap,stay behind family.

saya bukan tak suka.cuma rasa bersalah.ini family business.bukan benda kecil.gaduh gaduh manja sesama sendiri tu biasa la kan.itu memang risiko.tapi...saya dah cakap dengan abah....i have to work with outsider sebab baru kita tahu kerja dengan orang macam mana.nak dapat bonus tu macam mana.plus, family business means,segala jenis keuntungan dibahagikan sesama sendiri.but........kalau saya masuk sekali,nisbah tu akan berkurang.saya rasa bersalah pada kakak-kakak saya.saya bujang.takpe.diorang dah bekeluarga.lain.diorang ada anak-anak.anak diorang tu pulak anak buah saya.untuk sekarang memang masing masing mewah la.kalau gaji 1.8K pun,takpe.sebab saya bujang.tak kahwin.saya bukan nak gaji berlambak pun sebab yang penting ikhlasnya kita dengan kerja.berkat.

lagipun,saya tak ada hutang dengan sesiapa.saya takde hutang kereta.takde hutang rumah.takde hutang pinjaman PTPTN.hidup saya bebas dari hutang.alhamdulillah.keluarga pun sama.sebab tu,kisah pasal duit ni takde dalam kamus hidup.apa lagi yang saya fikir?kumpul duit nak kahwin je.ngehngehngeh.

eh.sebut pasal kereta.if la..if dah tersangat stable,saya terasa nak beli Nissan Almera.ngehngehngeh.tapi tu la.kena deal jugak dengan jejaka ni.i put downpayment.tapi kena high downpayment la.monthly,share dengan dia.hihi.eh.tetiba macam sedang merancang masa depan pulak.haha.i told him,saya tak kisah bersederhana.hidup saya bukan senang tiba tiba.saya tak nak ikut orang.berlagak tak tentu hala.biarlah saya nampak biasa janji saya bahagia ;)

kumpul duit ni.nak kahwin la apa la.saya taknak macam orang lain.nak kahwin cepat tapi pinjam bank.lagipun,pegangan agama saya dan dia belum sempurna lagi.tu tak berani lagi.ape jadahnya kalau masak pun skill tak hebat lagi.hahaha.

saya dah cakap dengan abah.saya kena kerja dengan orang.baru tahu perit nak dapatkan bonus tu macam mana.i have plan mine.before 30,i stopped.because.........saya akan meneruskan legasi keluarga.owh serius.legasi?kau guna ayat bombastic eh aieen?

dah sampai masa.tapi tu la.mak risau saya jobless.act,saya tak risau.saya bukan duduk goyang kaki.saya buat macam-macam.mungkin saya kerja tak sama dengan orang lain.dia cuma risau.tapi saya lagi risau kesihatan mak saya.saya boleh tengok mak.nak buat macam mana.rezeki.berniaga ni dah macam darah daging.dan...saya sangat sayangkan QA di penang.eh.tetiba.

saya selalu cakap dengan jejaka.saya kurang rasa putusnya duit.sebab saya sendiri tak tahu mana datang duit tu dalam poket saya.alhamdulillah.siap boleh simpan lagi.saya tak tahulah orang lain kan.gaji lebih 2K pun,ada lagi tak cukup.adeh.rezeki saya memang ajaib.tiap-tiap bulan saya boleh simpan pulak.no....rezeki keluarga.sebab tu saya bersyukur.

bulan ogos, saya bercuti ke SABAH.then akan terus BRUNEI.
bulan oktober, saya akan ke BEIJING.
hope,lepas raya dapat buat laser mata.dah dapat izin mak dah.
yeay!

jejaka.....saya sayang dia.banyak yang kena set up sekarang.tumpuan pada dia terpaksa dikalihkan.tipu kalau cakap kami tak bertekak tapi dia seorang penyabar.selama hampir 2 tahun ni,dia tak pernah tinggi suara.ya allah..memang penyabar sangat.memang bersyukur Allah temukan saya dengan dia.

detim metim antara saya dan dia terpaksa dibatalkan.bukan tak sayang.saya memang sibuk ;( tapi dalam hati saya setia dengan dia.kalaulah dia tahu dalam hati saya ada apa..haish.

dia dah nak start kerja di tempat baru.yeay!tapi mungkin dia akan busy sangat dah ;(

dia dah berisi tau.dah muncit dah.sebab banyak makan.tapi saya rasa tu comel je.sebab dia dah slow smoking.a step closer to me ;)

pasal kawan-kawan.saya tak terasa sangat.tapi terkilan tu ada.takpelah.kalau ada yang mencari tu,baguslah.tapi pattern lupa kawan ni,saya buat dek je.tu je.hihi.saya perasan ramai yang jadi macam tu.bila tegur,balas macam nak taknak.mungkin saya lama duduk penang.perasaan tu dah terjauh sikit.so,saya macam buat taktau je la.sampai masa,rapat la balik tu.dan kamu..kamu tau kan saya tak lupa kawan kan..prinsip saya mudah.saya cari sekali je.kalau masing-masing sombong,saya buat endah tak endah je.bukan susah nak jadi 'aieen.hihihi

eh.by the way,saya dapat banyak tiket wayang free.bestfriend along setiausaha ahmad idham.makanya,banyak la tiket free.tapi semua dari excellent pictures je la.hahaha.lets watch!

LARIIIIII.by aaron aziz and dira abu zahar.i adore erin malek.ngehngehngeh.MBO sahaja.saya rasa MBO kat ikea kan.perfect place.boleh bermeatball sekali.haha.

benda yang paling seronok adalah benda yang paling free dalam hidup.kahkahkah.

ok.kejap lagi saya kena ke MMC.byeeeeeeee.













Sunday, October 28, 2012

new letter




assalamualaikum.

tadi ke the curve bersama jejaka.itu pun dia main plan je.untuk 2 minggu ini tersangat horrible antara saya dan dia.saya tak tahu kenapa.mungkin ada silap yang kami tak nampak.haish.

tapi tadi,dia tunggu dah 1 jam.but i told you.he's so cool.relax and calm.kalau makhluk kat planet lain,memang habis dah gua kena marah.tapi jejaka sangat cool.hihi

makanya saya dan dia bejumpa.dan dia minta saya pilihkan hadiah untuk ibu.a pair of shoes.kaki ibu dan saya lebih kurang sama.so far,saya selesa.tapi sempat jejaka mengusik tadi.saya dah cukup pening nak pilihkan hadiah tapi jejaka lagi pening nak bayar.hihi.

the quality time between me and him was fine.in the car,he played seconhand senade's songs.more than 5!im singing along too.then,the lyrics make me appreciated what i have now.seriously.thanks allah.the gift allah brought to me.im appreciated that love.we sang together.

then,just tengok movie aku terima nikahnya.he paid.kehkehkeh.ok la.untuk yang pasangan macam nak lomantik lomantik ni kira ok la.i do appreciated the dialogues.bila macam ada kena sikit je dialog tu,terus lirik mata kat jejaka.harap dia faham isi hati saya.nak luah malu.hihi

lastly, i got new love letter again.wah.malunyaaaaaaaaaaa..im crying.terkejut sangat.sebab untuk ambil hati saya tak perlu hadiah harga beratus ringgit.value yang ada kertas tu buat saya sebak.saya pun bukan niat nak berkawan sampai nak habiskan duit dia.cuma,saya suka cara dia ambil hati.dia kreatif and dia sanggup sengkang mata buat sesuatu.

plus,melihat bulan bersama.saat dia di sebelah saya.owh.itu momen indah!

terima kasih jejaka.makin bertambah surat cinta dalam almari saya!

eh.lupa nak cakap.esok saya akan bekerja di tempat baru.kira ok la untuk permulaan gaji.lagipun,dekat dengan kawasan rumah.orang kata,apa yang kita tak minat,itulah yang kita dapat.adeh.ada saja berkaitan dengan akaun.




itu keadaan di bilik.

di belakang itu bunga yang mak aloha beri masa konvo dulu.

besar.

ittew shayang mak ittew tau









Sunday, September 9, 2012

open house




assalamualaikum

meh la jemput datang ke rumah meh.ada open house.rumah untuk membukakan semuanya!

plus,kuih raya tahun ni saya yang buat kan..haruslah dihabiskan dengan cepat!

saya ajak ramai kawan-kawan.saja nak ajak ramai even kawan saya tak rapat pun.

saya usaha cari nombor telefon dan text diorang satu-satu.salah satu effort saya ;)

kawan-kawan termasuklah semuaaaannyyyaaaaa.

yang bekas,yang ex,yang xyz,yang rapat,yang jauh,yang agak-agak dekat,yang segan-segan nak rapat,semuanya saya ajak.

kali ini tiada prejudis.

mana tahu tahun ni tahun terakhir untuk jumpa.

nak jugak mintak maaf 



jar of hearts.tahu apasal saya macam menggila dengan lirik dia?

And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all
Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

lega.



Thursday, August 23, 2012

johor,eid 2012,and.......you.





assalamualaikum

alhamdulillah.sudah selamat sampai ke KL malam ni.sesak sikit la.beraya ke johor.panjang langkah sikit kali ni.asyik beraya tak henti-henti.asyik makan tak pandang kiri kanan.kalau dah ramai tu,makan sardin pun sedap.hihihi.

apa nak cerita eh?owh.nothing.jumpa sedara mara,tengok matrik di tangkak and tengok kfc yang selalu lepak-ing dulu.memory withing 4 years remains in my head.balik je tangkak,ada la sedara mara bertanya hubungan si mantan.and i said,we were over.actually,takde la jenuh sangat nak cerita cuma rasa tak selesa.saya lebih excited cerita pasal jejaka ;) but those yang bersama saya dari kecil hingga besar memang faham satu perkara..parents tidak akan melepaskan status bujang saya sambil lewa.huhu


raya kali ini ada benda terkejut.i got a text.dari kawan lama.maybe he'll read this post or might be not.nvm.just..ada benda nak cakap tapi takut tak terluah.1st,im so honest what i feels.saya jujur dengan orang yang saya sayang.saya berkata ikhlas dengan perasaan sendiri dan sebab tu saya berterus terang dengan orang yang saya sayang.2nd,terima kasih kerana masih mengingati diri yang naif ini.3rd,kita berbahagia dengan cara berbeza.4th,thank you for your doa ;)


bermaaf-maafan sesama umat islam.tiada dendam.hanya rasa bahagia dan syukur ;)




baju raya ittew.uncle jai belikan.comel tak???hihi







Monday, August 20, 2012

1st eid 2012




assalamualaikum

alhamdulillah.selamat hari raya.dapat menikmati syawal kali ini.tak tahu antara dapat atau tak untuk tahun depan.dapat bersolat sunat bersama mak.awal pagi dia dah bangun.kejutkan saya sambil peluk badan yang wangi kesan empuk dari katil, "selamat hari raya,nak.harap dapat kerja yang bagus." dalam keadaan mamai,mak masih mendoakan saya.dia tahu saya sedih macam mana

atas meja penuh dengan juadah.saya sempat buat dua kek.kek butter dan kek tiramisu.sedap?takdelah.im still beginner.hihi

saya tak merasa excited sangat.entahlah.kubur abang pun keluarga tak pergi.tapi semua ahli keluarga dah pergi masa ramadhan.tak apalah.saya doakan arwah abang tenang.diam tak diam,dah 12 kali syawal tanpa dia.rindu.

dapat duit raya dari abang ipar tapi hilang.owhhhhhh.memang careless gilaaaaaaaa.ramai sangat orang datang rumah tadi.jenuh saya melayan.mop lantai,basuh pinggan.dah serupa bibik dah.kuikuikui.tapi tak apa.saya suka.sempat lagi saya cuci toilet malam raya.kau ada??

raya kali pertama menemani jejaka.kesian.tinggal berdua dengan ibu,mungkin dia tak merasa sangat.sedih tapi saya tak tahu nak tolong gembirakan dia pagi syawal macam mana.saya taknak dia sedih.saya nak teman dia berborak pun tak boleh sebab busy dengan urusan keluarga.alysha dan adam sempat mintak duit raya dari uncle jai diorang.kat tepi telefon,saya tergelak.padan muka.anak buah saya dah mula rapat dengan dia dah pandai minta duit raya.si alysha dah membesar.tinggi.celoteh sini sana dengan uncle dia.walid tak ada tapi uncle dia selalu teman borak dengan si kecil tu.takdelah dia sunyi sangat.syukur sebab jejaka faham hati anak kecil tu.

saya bersyukur apa yang saya ada.alhamdulillah.








Friday, August 17, 2012





assalamualaikum

why..why i didnt updating my blog?busy-ing baking those cookies.11 jars!dah macam collecting a jar of  hearts.

acececeh.

semalam ada makcik cakap,
berungtungnyaaaaaaaaaaaaaa siapa dapat menantu macam aieen.rajin masuk dapur

owh.makcik dah salah faham ni.
saya adalah mausia paling malas nak masak.zzzzzzzzzzzz

ill update soon ;)





Tuesday, August 7, 2012

persiapan raya





assalamualaikum.

kejap lagi nak bersiap-siap pergi shah alam.selesaikan hal soft bounding report.plus,buku log tak siap (malas) dan semua report tak burn lagi dalam CD (benda yang lagi malas buat).haish.anita dan angah akan teman.dont you know,angah pregnant tau.semua family excited termasuk adam dan yani.nak dapat adik baru.alysha pun tumpang sekaki.tapi sekarang tengok angah rajin sangat.maybe dapat anak perempuan.semalam,saya dah mimpi sambut buat cukur jambul.ceh.baby tak keluar,makcik dia yang over.

semalam,semua kaum perempuan,semua maksudnya termasuk mak aloha bershopping kat kenanga wholesale ciry.best sampai mak pun cakap best.saya tak beli baju kurung just beli 2 skirt labuh jenis parazo dan 2 baju saiz labuh dan besar.saya,kalau keluar dengan family,saya pakai skirt.kalau jumpa kawan-kawan,saya dah tak sedia nak pakai.maluuuuuuuu.takpela.biar la saya nampak gemuk.saya dah la berisi.kalau pakai baju ketat,macam pakai tong drum.saya sedar saya siapa.sedar muka pun iras-iras ana rafali.hahahahaha.no la.saya macam ikhlas.perubahan sikit-sikit.

busu,jaga aurat.tak malu ke pakai ketat-ketat lepastu semua lelaki nampak.ini,uncle yang jaga aurat busu.tak rasa macam segan ke?

*teguran di dalam phone*

banyak sangat borong.lebih 1k rasanya.mak aloha belanja semua.hihi.plus,jumpa sasha saidin.cantik dan tersangat tinggi.borak-borak dalam lifsemua orang dalam lif pandang angah dan sasha tu.ibarat macam kawan pulak.putih gila.lepastu angah yang banyak borak dengan dia macam orang dah kenal 10 tahun =.="

saya dah selak-selak baju yang saya nak.saya dah survey baju melayu untuk jejaka.saya rasa dia pun macam excited sebab tanya banyak kali.cuma,harga tu kena lebih bijak sikit la.saya nak tengok dia pakai baju melayu yang perfect even saya tahu dia tak berapa suka.nak pilih colour pun,kena tengok kulit dia.kalau saya mungkin la sesuai sebab saya main belasah je.janji cantik.cuma dia tu sikit-sikit rasa tak sesuai.

owh.kena bawak dia sekali nanti.dia sempat cakap semalam,

busu pilih je baju apa nanti ok.tahun ni pilihan warna busu.

yeay!kalau macam tu nak colour pink la.

errr..errrr...errrr...takkan nak kaler pink?huhu

kehkehkeh.mungkin dia tak suka tapi sebenarnya ok saja.nvm.saya taknak dia malu atau tak selesa.saya dah tunjuk kaler saya yang nak sangat untuk tahun ni.tak tau la bajet pulak macam mana.baju melayu dia je nanti dah berapa ratus.campur butang baju melayu.campur lagi capal dia.campur nak beli jeans lagi.campur t-shirt lagi.campur dengan handbag ibu lagi.

tahu kenapa saya macam ni?macam mana kami 3 beradik perempuan selesaikan untuk abah,mak tahu semua saiz abah,pilihkan colour,selesaikan kelengkapan abah salleh,macam tu lah saya buatkan untuk jejaka.bukanlah anggap dia sebagai suami cuma dia kena tahu hari raya adalah hari yang wajib diraikan ;)


dia akan merasa kemeriahan tu ;)





Saturday, July 28, 2012

well said,thank you,ALLAH.





assalamualaikum






i had an accident.allah tu masih menolong.kalau mahu cerita di sini,terlalu banyak.cuma,allah sangat menolong saya.
sepatutnya,saya boleh patah kaki
sepatutnya ada kereta laju menghadap saya dan sepatutnya dia boleh langgar saya tapi dia brek emergency
terseret 3 meter tapi cuma luka sikit di buku lali.crack sikit di tapak kaki
lebam di lutut dan siku.
kaki dah ok sebab kat hospital asyik buat fisio
a girl,live in taman pelangi sent me to clinic.i dont know her but she was very kind.carry out my begs,park my scooter on the side.
and,i called her and say thanks
men ( absolutely more than 1 man) carry me and put me on left side.semua tengok kaki saya.ada yang check buku lali.yang jalan bertentangan pun terus berhenti nak tolong saya.
well said, a cute pumpkin girl like me got an accident,everybody wanna help me.hahahahahaha *kidding*
doc and nurse in clinic fully supported me.put me on wheelchair.i can still laugh with them.thank you dr fazilah and nurses.esp nurse yang chubby sikit macam saya tu (pinggiran batu caves)



i feel im blessed.
i have family who are always be my best supporter.
i have friends who are care of me.
i have him who are always be there for me.




dia menjaga saya.nasib private hospital.dia balik tergesa-gesa on the next day dari sabak bernam.saya tidur dikatil sedar-sedar dia dah depan mata sambil dia senyum.saya usik tangan dia sebab ingatkan saya mimpi tapi....dia memang depan mata.saya menangis.

saya nak solat,dia bentangkan sejadah dan sediakan kerusi
after solat,dia lipatkan telekung
saya sakit kaki,dia tengok luka dan bengkak kaki.
buka puasa dengan family angah.
dia tengok rambut saya banyak sangat gugur atas katil,dia bersihkan katil.
dia betulkan tudung saya.masukkan rambut saya elok-elok dalam tudung
dia lipatkan selimut.
dia tegangkan cadar katil
dia tegakkan katil untuk bagi saya selesa duduk
bila gastrik saya datang kesan dari makan ubat tahan sakit,dia buatkan air milo panas.
dia dah balik rumah kat klang kemudian dia datang balik sebab saya menangis kena cucuk jarum untuk endoskopik pulak.3 kali nurse cari urat tapi darah tak keluar.blood pressure naik mendadak
dia teman sampai pintu tandas
then dia cakap,dia akan cuba ada untuk saya.
dia tunggu sampai saya bayar bil hospital.
at the end,saya menangis.
dia terlalu manis.terlalu baik hati.




di hospital,saya keseorangan.keluarga semuanya busy.tapi angah try so hard untuk datang and jaga saya
angah urut kaki saya.
dia cari saya after accident.
angah hantar sampai kpj tawakal.tunggu satu jam.berlari sini sana selesaikan hal insuran saya.
tunggu kaki kena xray.tolak wheelchair.adam dah macam terlalu penat sampai baring sebelah saya.hampir nak bukak puasa jugak si montel tu
basuh baju kotor.sediakan kelengkapan saya
angah bayarkan deposit bil dulu
along selesaikan bil saya end of the day.tunggu sampai 2 jam di katil saya
what a sisters can do.
i love my sisters most even selalu ada je benda nak bertekak.



parents sibuk dengan katering untuk 450 orang.i do understand them
almost tengah malam,family dan certain pekerja mak semuanya datang jenguk saya.
even kaki mak dah macam tak boleh jejak tanah sebab terlalu penat
mak suruh jual skuter tu sebab tak nak saya naik motor lagi
even mata abah macam tak boleh bukak,
semua orang tetap jenguk saya
tanya macam-macam dan saya tahu semuanya risaukan saya.takut kejadian arwah abang.

abah.nampak cool tapi dia tak suka tengok saya macam ni.

ibu keep texting me.
mak aloha keep calling on sahur.
friends keep call and text me on fb
.
zila
kak raudzah
aju
dayah
anita
sai
aju
wani
aina
caca
ikhwan
and the rest friends.

kawan-kawan tempat kerja pun datang.kecoh sekejap satu hospital dengan suara factory manager tu.
i will miss them.
encik ismail
kak ti
kak raudzah
unknown name worker.new worker.baru masuk kerja,terus saya accident

i feel im blessed.

kemalangan ini membuatkan diri saya rasa dirahmati.

untuk sementara,saya fobia naik skuter.
untuk akan datang,mungkin akan terlebih berani.
im started riding since standard 6.how i can live without a bike??????






Sunday, May 13, 2012

sunday story.i would do this.





assalamualaikum.

esok hari isnin.sudah habis holiday saya untuk seminggu.cuti dari doktor.so far,saya ok dah.cuma saya tak boleh buat kerja berlebihan sangat.nak mop lantai tak boleh nanti sakit balik.terima kasih kepada sesiapa yang mesej saya tanya khabar berita.maknanya kamu masih mengambil berat akan diri saya ni.saya sayang kalian.allah saja membalas kredit yang anda bagi kepada saya :)


semalam hari ibu.jauh sangat kami sekeluarga untuk sambut.ada mak aloha,mama adida dan ibu aisyah.semuanya lengkap untuk keluarga.mungkin untuk saya,bakal anak-anak akan panggil umi.umi aieen.ehem.mungkin bertambah lengkap.eh.tersedak abah salleh dalam bilik rasanya tu.hihihi.plus,mak aloha dapat hadiah tauuuuu.seronok sangat.


kamu tahu..saya teringin sangat nak memiliki sebuah kereta.mitsubishi triton.i dont know why.search and u'll think im crazy.tapi,setiap manusia ada citarasa kan?kalau saya dah bekerja,saya memang nak beli untuk parents saya.memang nak beli.allah,bantulah aku ya.mungkin nak tambah senyuman sikit di muka mak dan abah.sudah cukup mereka habiskan duit untuk saya selama ni :) saya cuma nak pandu kereta tu dan boarkan keluarga yang lain di belakang.adakah niat akan termakbul?awak yang baca diari online ni tolong la doakan sekali tau.saya betul-betul mahu kereta itu :)


hari ini kawan saya,exschoolmate berkahwin.siti zulaika.may allah blessed you and hubby ya!sorry tak dapat datang.and sorry to ainaa too :)


banyak sangat nak cerita.tapi dah larut malam.esok saya ada surprise untuk kak raudzah.next entry tau :)


farah.thank you sebab sedar kita selalu update blog.kita buat untuk diri sendiri.akalu ada yang membaca,terima kasih.kita sayang awak tau.awak kan kawan lama kita.terima kasih sebab perasan kita dah mabuk cinta.hahaha.tapi,namau risau.kawan-kawan juga masih di dalam hati saya.kamu dan kamu juga boleh ajak kita keluar.cuma,biarlah kena masanya sebab kadang-kadang kena mesej kita awal-awal dulu.biasanya kita selesa berehat kat rumah kalau tak jumpa jejaka.itu saja.next time,ill meet you my sweetie friends.nanti kita jumpa tau!

malam ni nak tidur sambil peluk sesuatu.eh.kena rahsia.nanti kita bagitau awak tau.jaga diri :)


indah betul perasaan.allah,pelihara rasa ini ya rabbi.amin.

niat saya cuma satu.mahu membahagiakan orang di sekeliling saya.keluarga,kawan-kawan dan dan dan dan dan jejaka :) hihihi











Wednesday, January 18, 2012

aku maafkan kamu






sedang bercerita melalui gambar ini.baru diambil di terminal pekeliling

terakhir kali ke kuantan menaiki bas.

terakhir kali membeli tiket bulan restu

seorang lelaki memohon maaf.tersedu-sedu dia menangis.

malas mahu bercerita.cukuplah tersimpan dalam hati 

cukuplah kamu membaca kisah gembira.aku simpan kisah duka.

cukup kamu tahu aku sedang gembira.usah tanya sakit di jiwa 








Saturday, January 14, 2012

on 18th January



i bought ticket to go to KL on 17th January.

i think my sister need me.need the strength.i'll try to edit my fyp ASAP.

yeah.i think,i need to sacrifice my time,my fyp and anything as i could.

im so nervous for 18th January.a big day for her :((

jejaka advised me something and im melting.

then i decided,i'll go to KL.


along saya makin kurus kan?hurm~










Wednesday, January 11, 2012

alysha



hari kita mula dengan dapat call dari jejaka.makin banyak keletah dia yang kadang-kadang rasa nak gigit telinga dia.eh.tak boleh.karang capang pulak.gigit jari sendiri la eh.hihi.sebelum dia berangkat nak mendaftar,dia masih call saya.masih berborak macam biasa.kita pula yang excited.ceh

hari ini kita dapat teman yang selalu datang tiap-tiap bulan.SENGGUGUT.dah mula sakit since after breakfast.tinggal berdua pula dengan alysha.abah salleh,mak aloha dan along semua busy di BMI.kita kena jaga alysha pada waktu yang salah.pada waktu kita senggugut teruk macam ni.dengan muntah.dengan pitam semua ada.

alysha yang jaga kita tau.dia tolong ambil toto dalam bilik then dia suruh saya baring.dia ambilkan bantal.dia ambilkan bear kesayangan dia then dia suruh kita peluk.dia ambil selimut sambil selimutkan badan kita.alysha tu keras hati tapi dia tu penyayang :)

bila kita cakap:

alysha..busu sakit ni.nak makan ubat.

dia sibuk pergi dapur cari ubat.siap tanya, busu nak ubat lysha ke,nak ubat mama?*masih pelat sikit*

dia membesar sekejap je.sampai kita tak sedar dia dah terlalu petah bercakap :) kita sapu minyak kat perut,dia tengok je.dia yang teman kita tidur tadi.tapi dia berjaga tengok tv channel 106.ada la dalam 1jam 30minit kita tertidur.sweet betul budak kecil tu.dia yang tolong letak minyak kat perut kita.sakit sangat :(

i texted jejaka.tell him about my condition after he registered.dia call saya tapi saya tak mampu nak berborak dengan jejaka.then,i pass that call to alysha.dia merengek bila dia tau kita cakap dengan jejaka,mesti dia mencelah, "nak cakap dengan uncle.nak cakap dengan uncle". entah apa dia borak pun kita tak tau.nanti selang seli alysha akan kiss phone saya sambil peluk samsung samseng saya."alysha sayang uncle.alysha sayang uncle".alysha tak pernah jumpa jejaka sebenarnya tapi oleh sebab jejaka je yang rajin layan,saya biarkan saja.hihi.

pernah satu hari, alysha berborak dengan jejaka lebih 30 minit.mujurlah call free.kalau tak,memang pokai la poket jejaka tu.kehkehkeh.nasiblah jejaka pandai layan budak-budak.senang sikit hati saya.

masa saya tengah sakit teruk tadi,jejaka dah pesan kat alysha.

alysha jangan nakal-nakal tau.busu sakit.kalau alysha nakal,uncle tak nak kawan dengan alysha lagi.

saya terdengar sebab buat loudspeaker kat phone.sengih dengar dia pesan kat budak kecil umur 3 tahun tu.alysha petah bercakap.sangat petah.kadang-kadang pening layan dia.dia nak membesar kan.pengetahuan tu saya bagi selagi saya mampu.selagi boleh,saya akan ajar dia.saya rapat dengan anak-anak buah saya.even rapat macam mana pun,saya tetap garang.garang kotttttt

3 kali juga jejaka call tanya keadaan kita macam mana.sebab,saya pernah cakap kat jejaka, macam mana si maya karin tu sakit senggugut and then kena pukul dengan aaron aziz dalam ombak rindu,macam tu jugaklah saya senggugut.tapi lebih teruk dari tu.muntah,pitam.mungkin la dia sedang belajar apa yang saya selalu hadap tiap-tiap bulan :)

saya kena tidur awal malam ni.uterus masih rasa sakit.esok akan ada perjalanan yang panjang.goodnight peeps! 








Thursday, January 5, 2012

before ends 2011



here some pictures ill put in here.the memories to be shared with you.

before ends 2011 :))





  my family completed me:))


always missing pangkor's cofffee.siapa penggemar kafein macam saya akan tahu nikmat minum kopi ni.kalau tak,lidah anda telah cacat,hilang deria rasa sedap kopi pangkor :))))





Wednesday, December 7, 2011

langit tinggi rendah


act,semalam ada satu disaster datang.tapi saya kena diam dulu

esok saya ingat nak balik UMP.tapi apa-apa pun,saya kena jenguk abah salleh dulu.doc cakap tadi,takut jantung abah bengkak pula.terlebih air :(

kalau saya balik pun,mesti tak tenang.saya tak tahu nak buat apa sekarang ni.kusut.

harap,keadaan akan lebih baik.

saya dah tak nangis dah.cuma tadi hampir menitik airmata bila suapkan abah salleh makanan.tapi saya tahan airmata.memang tahan.

lepas solat,2 benda saya mintak pada ALLAH.bagi kekuatan untuk mak aloha jaga abah salleh.alhamdulillah.mak tak pernah merungut apa-apa.plus,saya mohon agar abah salleh cepat sihat.itu saja.tadi saya baring atas katil parents saya.ikhlas,saya rindu abah salleh dan mak aloha.rindu nak tengok mereka solat jemaah sambil mengaji sama-sama dalam bilik tu.saya rindu.sekarang,bilik tu sunyi saja :((((

bila tadah tangan menuju langit,baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah.






Tuesday, December 6, 2011

alone.




im here forever alone with abah salleh.

mak aloha penat jaga abah.dia tidur kat surau.angah,adam dan abang fairuz ada tapi terpaksa tunggu bawah.taking something for lunch.tinggal saya sorang kat sini

tekak loya.mungkin perut kosong sangat.sakit pun ada.tapi say cuba tahan sebab nak completekan juga puasa ni.badan saya dah mula panas.nak demam.saya tertidur tapi terkejut sebab abah salleh gerak-gerak.dia nak buang kecil.dia malu.tapi saya tak buat apa.saya tunggu sampai abah salleh cakap dah.baru saya cuci :))

doc jumpa saya.kebetulan saya adalah waris yang tinggal.abah kena infection.itu yang buat blood pressure sangat low.7 saja ok.sebab tu doc tak bagi dia bangun sebab takut dia pengsan dlaam bilik air.

mak lesu.mata saya bengkak.banyak nangis.kepala pening.dengan macam-macam bau kat sini.saya cuba tahan.awak bayang la dengan keadaan kita puasa,perut kosong lepastu macam-macam bau ada.allah..semalam saya memang hampir bukak puasa.hari ni pula kita demam tiba-tiba.mungkin sebab terkejut.

angah suruh buka tadi.dia ingatkan perkataan SUNAT.puasa SUNAT sahaja.jangan memaksa.tapi saya kan degil.sebab tinggal lagi 3 jam saja.

abah dah semakin baik.saya suapkan air dan roti.saya tak tanya apa-apa kat dia.saya nk dia rehat puas-puas.biar dia tidur puas-puas.saya masih kat sini.setia tunggu abah :)








berhenti menangis sekajap



semalam,lepas saya taip entry ini,saya menangis.airmata saya murah sangat.jatuh.saya macam tak boleh kawal perasaan bila baca komen kawan-kawan.bila orang cakap sabar,doakan abah salleh sihat,terus menangis.im so weak right now

after,saya call jejaka.entah kenapa saya call dia even saya tahu dia penat.nasiblah dia angkat.bila saya dengar suara dia,terus lagi laju menangis.i felt...i want to talk with somebody.then,tersedu-sedu saya tahan perasaan.bila dia tanya lagi,kenapa menangis ni..terus saya macam meraung.hurm.

saya cerita semuanya.semua.dia diam saja.tak cakap apa-apa.kemudian saya macam dengar bunyi sesuatu dari jejaka.tapi,saya macam tak pasti.

eh.dia ni menangis jugak ke?
aku nangis.dia nangis.eh..yeke?
alahai..siapa pulak nak pujuk aku ni.kepala migrain tak sudah-sudah.

bila keadaan dah tenang.dia bercerita satu-satu.nasihatkan saya satu-satu.pesannya,tolong jangan menangis depan abah salleh.nanti buat dia sakit

.resource: buku.huhu

sebab dia akan cakap macam ni,

saya pernah baca dalm buku ni bla..bla..bla.
saya pernah baca buku tu.dia cakap bla..bla..bla..

nak gelak pun ada.owh.boleh tahan ulat buku juga beliau ni.

dia buat saya berhenti menangis.untuk seketika.bolehlah saya bercakap sebutir-sebutir.jelas.sunyi betul malam semalam.yang saya dengar,saya menangis.saya tidur lambat.nasiblah saya mampu bangun sahur tadi.sekarang mata saya bengkak.macam tak boleh bukak.sambil bercakap,sambil berniat nak puasa 

baca setiap semangat dari kawan memang boleh buat kita menitis airmata.terima kasih kalian

i need some rest.







Monday, December 5, 2011

praying for better day




tadi suapkan abah makanan.saya nangis.
tadi si akmar datang hospital,saya nangis
tadi si siti nur wani mesej,saya nangis.
tadi kawan-kawan call saya nangis.

kepala saya sakit sebab banyak nangis.bukan minta simpati apa pun.tapi percayalah.kalau awak tak merasa awak tak tahu.

menitik airmata tengok abah kena xray.bila xray,sel badan banyak mati.abah salleh dah la 64 tahun.dalam keadaan umur sekarang dia perlukan sel yang banyak untuk badan dia.sedih.dia makan nasi 2 sudu saja.minum air kosong banyak-banyak.dia lemah.masa makan nasi pun dia nangis.

abah salleh ni senang nak jaga.dia tak arah kita apa-apa.yang da cuma tanya,mak mana?mak mana?sebab dia selesa mak aloha uruskan semuanya.

dia kena pakai pampers tadi.sebab terpaksa.masa mak cuci najis dia,dia nangis.awak dapat bayang perasaan kita macam mana sekarang?baru dua hari lepas dia gelak sama dengan kita,sekarang dia nangis.dan kita lagi lah nangis.

dia nak ke toilet tak boleh.kiri kanan berselirat wayar.itu sebab dia kena pakai pampers dan beristinjak semuanya mak aloha uruskan.kita,angah dan along boleh je nak buat semua tu.tak geli pun tapi abah taknak.dia malu dengan anak perempuan dia ;"(((

saya ingat nak buat lab report tapi sekarang saya sakit sangat kepala.berdenyut-denyut.sebelum balik,kita cium pipi abah kiri kanan.lap badan dia.lap muka dia.lap airmata dia.bukan dia tak redha tapi saya tahu..dia paling tak suka menyusahkan isteri dan anak-anak dia.angah menangis juga tadi.menitik-nitik airmata kita hari ini.itu yang buat kita migrain.

i have short conversation with jejaka.i hope he'll doing well there and im going fine here.insyaALLAH.dont worry.i learn to be strong.saya tahu jejaka juga sedih sebab teringat orang tersayang dia.but what to do?qada qadar ALLAH itu kita tak boleh jangka.

kawan-kawan sentiasa ada untuk saya.alhamdulillah.jasa kalian saya tak mampu balas.setiap kredit yang kalian guna untuk hubungi saya,itu adalah anugerah terindah.maknanya kalian sayang saya.ada masa saya sedih.terima kasih sayang(s).

anak-anak buah merengek manja tadi.

busu,esok buat kek boleh?

i feel like......mahu nangis lagi..tak apalah.kamu masih kecil.tidak tahu erti susah hati yang orang dewasa sedang lalui.satu hari kamu sendiri akan rasa.sebab sedih akan buat kamu kuat.insyaALLAH.

ikutkan hati,saya memang mahu pinjam bahu sesiapa.untuk saya nangis.im not ready to strong.its happened rapidly.saya sangat rapat dengan abah salleh.dan kamu harus tahu,kalau abah salleh sakit,separuh roh saya juga akan hilang :"((((

im hoping a better day tomorrow.








allah uji kita sebab allah sayang kita kan?




masih duduk di sebelah abah salleh di wad HKL ni.first jumpa dia,saya tak salam pun.tengok keadaan dia macam terkejut.lepastu tengok urat wayar berselirat,terus menangis.angah pun menangis.along mata dah bergenang.abang fairuz duduk terjelepuk kat tepi.mak pergi solat.

bila abah buka mata,dia tanya soalan

bila sampai?
bila gerak dari kuantan?
tak ada kelas?

tapi saya tak jawab.bukan sebab biadap tapi saya tak mampu nak jawab.saya mampu nangis saja.

bila tengok mak balik dari surau,mata mak aloha berair.
along suapkan makanan ke mulut abah.
angah urut-urut tangan abah.

saya tak sentuh langsung badan abah.bukan benci tapi saya tak sanggup.saya tak sanggup pegang badan yang pernah peluk saya.nanti lagi saya menangis.depan kakak-kakak,saya cuba kuat.tapi bila libatkan parents,saya selalu kalah.

airmata lagi laju dari semuanya.allah saja tahu perasaan saya sekarang ni.saya dah bawa baju spare.saya nak teman abah malam ni.tak kisah tidur mana pun.abah cakap,semalam mak tidur sebelah dia.satu katil.manis bukan?dah tua-tua pun masih peluk.untuk hari ini,biarlah saya ganti mak pula.mak pun dah penat.dia tak makan lagi.

tadi,masa ahli keluarga tak ada, saya pegang jari abah.sejuk.
saya usik kaki abah,sejuk.
saya menangis lagi.memang habis basah selendang saya.

pergi surau untuk solat zohor.terserempak dengan sorang teman lama,saya terus menangis atas bahu dia.allah itu adil.tatkala saya perlukan bahu seseorang,dia hadirkan seorang teman.saya menangis atas bahu dia semahu-mahunya.depan orang ramai saya nangis tapi saya tak peduli.buat apa nak malu kalau memang hati saya sakit terobek-robek tengok abah salleh sakit macam tu?

saya tarik nafas panjang.airmata saya memang hanya untuk abah salleh sekarang ni.saya rasa kulit dia.hurm.dah usia sangat.tapi semangat dia masih kuat.masih ketawa bila tengok saya menangis.

sempat pesan:

abah tak apa-apa lah.jangan nangis.nasib semua anak perempuan abah ada.

saya tak kacau dia.saya tengok dia sedang tidur.biarlah dia rehat.saya tengok wayar berselirat.mak cakap,sampai 1 jam doc cuba ambil darah abah tapi tak dapat.darah dia beku.

awak dapat bayang tak perasaan kita bila tengok usia lelaki 64 tahun bengkak-bengkak sebab jarum?awak tak faham sebab awak tak merasa.kita redha dugaan kali ini.iman yang nipis ni kita cuba pertahankan dan tak menyalahkan takdir.allah uji kita sebab ALLAH sayang kita.




mata bengkak dari semalam.lepas subuh baru tidur.tolong doakan abah kita eh

ps:terima kasih pada kawan-kawan yang bagi support.siap call,siap mesej.thanks ainaa sebab skype.siti nur wani.ajujut,semua lah.allah saja mampu balas.

terima kasih pada si mantan sebab masih ingat abah salleh.thanks for ur concern.

rabbi yassir wala tu'assir.







boleh pinjam bahu?




im in hentian putra.so tired.i cant sleep well in the bus.a guy overslept and make some noise like KROHH..KROHH..KROHH..ok,its too harsh.

mak aloha called me.she keep praying because raining heavily while bus is on the way going to KL.im so nervous too.

my dad has lowest blood pressure
high diabetes
ada lagi penyakit-penyakit kronik.sampai 4 doctor rawat abah.dia sampai dah pakai tong oksigen :((((((((

boleh pinjam bahu?bahu dah terlalu berat nak dipikul dugaan ni.
boleh pinjam mata?mata dah bengkak sebab asyik menangis.

dugaan hebat kau bagi lagi.mata tak boleh nak tutup.ingat nak puasa tapi dah sakit perut.im trying.







abah


im in terminal makmur.searching my ticket.at 1am.crying while on my way to kuantan.thanks to zila for her help.allah saja hanya mampu membalas budi kamu,sayang.thanks to mira,siti nur aju,dan siti nur umi sebab temankan ke kuantan.hanya allah saja mampu balas budi kalian.

abah salleh sakit.teruk.i texted angah.dont leave abah alone.wait till ill back.maybe im in rush.from pekeliling i will go to HKL alone.maybe by taxi.only my choice.

i cant stop crying.im so worried.i wont let anything happened to my dad.

i texted angah.be there beside abah salleh for me.

she replied

angah tak akan biarkan abah sorang-sorang macam angah pernah buat kat arwah abang dulu.

can you imagine how sad i am?a sister need me but i cant be there.then,i missed my late brother.i swear.

she keep asking my schedule bus.who's accompanied me.am i alone or whatever.she's like my mom.bubbling at the wrong place.angah informed that maak aloha still crying.owh man.how can i let it happened again?since my late brother,mak aloha rarely crying.till this day,angah said mak aloha crying over.hurmmmmmmm

i got presentation but i close my eyes.
i have FYP but i dont care
i have assgnments that i'd need to submit but i left it behind.
i have a lot of tasks but allah challenged me again.

allahhhhh.......

jejaka keep asking too.ajujut and siti nur umi comfort me.bila kau cuba tabah,tapi bila orang cakap "aieen janganlah nangis" secara drastiknya kau mesti menangis.i'd just now.im blurred for now.i dont what to do.

outside there,still got heavy raining.like i let my tears dropped.fast.i cant control myself while angah keep asking when ill be there.allah,bantulah....

jejaka wait for me just now and i declined.i suggested he going to sleep.he's tired since everyday he's wake up early after subuh.its okeyh.he accompanied me for 5 minutes was good enough even i need more.but what to do.

till now,my tears dropped.people around me just looking and trying to get me.but i said,

i miss my dad.

abah,please get well soon.kejap lagi aieen sampai.tunggu.