Pages

Showing posts with label ini sindiran.harap anda terasa. Show all posts
Showing posts with label ini sindiran.harap anda terasa. Show all posts

Friday, July 26, 2013

kau yang berada di selatan.




UNTUK KAU.KAU YANG KONON BERADA DI NEGERI SELATAN.

bebanan hutang yang kau tinggalkan akan aku langsaikan.

segala cacian yang kau ungkitkan,aku telan.

walaupun aku hina,kau juga apa kurangnya.

bulan RAMADHAN kau buat sabar aku hilang.

mari cepat istighfar.istighfar.istighfar.astaghfirullah.

walaupun aku menjadi mangsa,tapi aku lagi takut berhutang sampai akhirat.

niat aku cuma satu.

harap hutang yang kau tinggalkan tidak mencari aku di akhirat.

owh ya.jangan berlagak tak tentu hala,mati kau nak bayar semua hutang.

mujur aku hidup sederhana asalkan tiada yang meminta hutang.

kesiannya kau.aku rasa kau sedayus yang semua orang tak nampak.

memang aku marah.dan kau harus tahu aku marah akan bertukar jadi perempuan yang kau tak pernah kenal.

meluap sudah benci aku pada kau.

dan sesungguhnya,aku akan pastikan,aku tak akan jumpa kau walau di padang mahsyar.










Wednesday, November 30, 2011

bang-ang





im so mad right now.damn shit.

i dont have any PTPTN or scholarship.indeed.memang dalam akaun bank ada lapan belas ratus juta kat dalam akaun.come on.jangan sebut terlalu susah sebab saya juga susah.saya pernah rasa susah.pernah rasa berjimat.tapi kalau awak hidup dalam komuniti,lepas tu perangai macam batak-ing tengok benda yang pelik-pelik,apa kejadahnya?macam bang-ang saja.*sila baca bangang*

kedekut sangat.rezeki tu sama-sama.kalau awak taknak share rezeki awak,jangan la sibuk share dengan rezeki orang.tersangat annoying tahu tak.ANNOYING.sumpah macam bang-ang.*eh.sila baca bangang lagi*

jangan la awak tu sibuk cari kelemahan orang.saya rasa nak lempang je walaupun bukan saya yang kena.apa awak ingat awak tu sempurna sangat?kalau awak tu muka jerawat,hidung kemek,telinga capang,kaki hitam,gigi kuning,bontot pinggul  besar,awak tu pun sama macam orang lain.ceh,sama sangat.masalahnya,awak tu tak sedar diri.awak tak tahu ke semua orang menyampah dengan awak?zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.dah kedekut,tak cantik pulak tu.dah la tak cantik,perasan cantik pulak.dah la perasan cantik,asyik tengok kelemahan orang.dah tengok kelemahan orang,nanti esok lusa dapat suami lemah syahw*t,baru tahu.nanti lemah syah*at,susah nak dapat anak.bila tak dapat anak,susah nak dapat REZEKI ANAK-ANAK.apa awak ingat semua tu tak relate ke?

jap,ni apa kejadahnya cerita pasal lemah syah*at ni.ok fine.saya pun rasa saya macam bang-ang.marah sangat gamaknya.









Tuesday, November 29, 2011

s**t






run.run.run.  
 i need to do this.

WHAT A SHIT DAMN THING IM FACING RIGHT NOW????










Monday, November 21, 2011

untung la~







iye.iye.iye.

kita tahu awak ada boifren.

tapi,benda paling menjengkelkan kat dunia bila awak dok sibuk mengadu domba,cerita buruk-buruk pasal kawan awak kat BOIFREN awak.

allah...apa awak ingat kawan awak tu teruk sangat ke?habis, BOIFREN awak tu baik sangat?

come on.

ok.kita ni tak ada boifren.awak je la ada boifren.untung la~~~








Saturday, September 24, 2011

dont mess with me.can you?



rasa mahu menangis.im so worried right now but i dont know i may to talk with who.im so worried right now.i swear it's my fault.but, currently i want to fix it.

damn shit.

salah orang lain,kita yang kena tanggung.you're such an asshole.

damn.u cant sleep.tomorrow have a briefing about LI.come on aieen.sleep tight please.

Wednesday, July 27, 2011

jangan selalu mendabik dada




i read something on her blog.

she's so beautiful.i admit.

but,babe...untuk rasa dihormati,susur galur arah percakapan dan penulisan itu kena betul.

menekan setiap huruf di keyboard,menutur kata di mulut haruslah tersusun.

buatlah sesuatu dengan ikhlas.dan jangan terlalu menunjuk kebaikan diri.naik jelak orang nanti

kekayaan yang kau ada,simpan dalam poket.takut-takut kau yang menangis.

kau cantik.tapi alangkah bertambah cantiknya kau kalau kau menjaga percakapan,menjaga adab,menjaga penulisan dan menjaga kekayaan sendiri

sedaya upaya kau letakkan perasaan rendah hati kau bersama-sama dengan orang yang selalu kau sayang.pasti kau akan terasa tenang

iman aku bukan sekuat mana.tapi punya iman yang nipis untuk dikongsi
jangan bermusuhan sesama kawan kau sendiri.
ingat pesan aku,rendahkan perasaan hati.jangan sekalu dabik dada.
pasti ramai yang sayang kau juga












Saturday, July 23, 2011

tengok kiri kanan



hekeleh,den dah raso macam nak lempang je.

bila nak sound orang,tengok kiri kanan dulu tau.

nanti,awak yang menangis bila kita bermulut celupar.

kita ni tak pandai maki orang tau.kita pandai berkata pedas je.

bosang sungguh mung ni.








Tuesday, May 24, 2011

mesti ada yang tersentap punya



aku ada kisah.aku kena sendiri.mula lah rasa geram.ok fine.betul.aku salah cerita kat sini tapi dah geram sangat tadi.

owh ya.insan ini bertudung labuh.bertudung itu dah cantik kan.apatah lagi bertudung labuh.lagilah cantik.kira first time la aku baru jumpa dia ni.memang first time.aku tak tahu siapa nama dia.tapi.......hurm.

semalam,dia jumpa prof aku.prof ada,aku ada dan beberapa orang la kan.amboi..cara dia menegur prof pun,dah tak best.permulaan yang sangat tak best.sebab,cara dia agak biadap.ok.itu baru beginning.

then,dia dok speaking dengan prof.bahasa inggeris.itu pun several terms saja.kiranya,budak umur darjah 4 pun boleh cakap cenggitu.bahasa rojak pulak kan.prof gua yang sensitif,cakap slow,jiwa taouching ni pun dok berbahasa melayu kat situ.gila kekwat.isi kandungnya,dia baru lepas master.nak ajar kat universiti kesayangan aku tapi UMP tawarkan PHD.dia taknak.dok komplen komplen.dok sibuk tanya prof universiti luar negara mana yang  bagus,mana la.alahai....dah la suara meninggi.prof pun terkejut kot dengar suara macam tu.itu point kedua.sumpah dia tak respect prof gua.gua dah macam panas je.gua pun tak pernah nak biadap dengan prof macam tu.itu point nombor 3.

masa aku tengah key in data dalam SPSS,dia bersuara kat belakang.

siapa nama 'aieen eh?

saya.kenapa kak?*senyum*

owh.awak ke aieen?sayang betul prof razak dekat awak ye?

erk?

*ini punya statement bikin gua panas.dia ni main cakap lepas je ni*


masa aku nak solat,dia dok tepi.dengan suara lantangnya.suara macam petirnya.hadoi.beliau cakap dalam telefon,

eleh...walaupun "laki" aku student,tak kerja lagi,dia nak bagi duit beli hantaran pun dah bagi 3 ribu.beli barang.

mak,kalau **** nak beli barang hantaran, nak beli beg yang mahal ke,yang murah eh?hari tu tengok beg bonia 300.tu baru beg.belum kasut.mungkin kasut tu 500 ringgit,bla..bla..bla..

"laki" merujuk kepada tunang beliau.

amboi.berlagak betul.aku dah nak solat.dok tepi telinga orang,memekak macam dia sorang je ada handphone.tak reti hormat orang nak solat.haish.memang ganas betul cara beliau riak.

satu masa yang best,aku pulak yang kena.

*sedang susun barang laptop.tetiba beliau datang dari ceruk mana entah*

eh..ini blackberry ke apa?*sambil ambil nokia merah aku*

tak lah.nokia je.*senyum*

*dia dok belek-belek handphone aku*

lah..nokia je ke????????ingatkan blackberry.nokia sekarang ni nak tiru blackberry je kan?*suara tinggi*

*muka gua dah panas ni*

taklah.ini nokia c3 je.saya takde banyak duit nak beli blackberry.orang kaya mampu la pakai.canggih sangat pun,saya tak pandai pakai.eh...akak punya bukan nokia jugak ke?model lagi lama dari saya punya kan?

haah.beli lama dah.*senyap*

lalalalalala..ha kan..aku cakap simple je.tak tinggi suara pun.kau tersentap kan?

paling best,lepas makan tengahari,beliau korek-korek gigi.lepas tu makan balik tahi gigi tu,jilat masuk dalam mulut.lepastu dia kesat kat baju kurung yang dia pakai.allah......aku dah rasa nak muntah..............ada jugak perempuan macam tu kan?bertudung litup.berbaju kurung.bersopan pada zahirnya.tapi........hadoi..pening tau tak dengar suara dia sehari suntuk................






Tuesday, May 17, 2011

tak suka.tak suka.





just know..feels weird.damn

buka mukabuku,tetiba ada insan itu.mahu menambahkawan.

tapi,tak mahu.tak mahu.tak mahu.tak mahu la.

hurm.let me live in my world please.please.please.

i dont like you.



Monday, May 16, 2011

virus dalam mukabuku




love,i got received this on my PM in fb.

on this evening.i feels like..uh..uh..uh..

cant define.


enlarge this pic.my pleasure.(~.~)

*smile and wave*

can i called it as virus?

maybe it is a virus.

im not sociable.im not get easy with this person.

maybe you get wrong.



angah posted to my wall.

gila la kan kalau tak pergi?gila.gila.gila.

angah,if you're not do so,i fart to you.i fart to you.i fart to you...




Sunday, January 16, 2011

sebenarnya perasaan macam hampagas


eh.hari ini macam nak membebel panjang.baru balik dari suatu tempat yang jauh.sangat jauh.eh.jauh sangat ke.memang dah macam kejauhan saja.memula aku nak touching sikit la memalam ni.haha.touching sikit je.conclusion untuk hari ini.

after we get through all this sucks,finally i know what exactly you want.from the beginning,now maybe the last ending.either happy ending or bad ending.if you think i'm stopping you,i'm sorry.if you think i'm the bad person evil guilty,i'm sorry.i'm trying the hardest as i can to be a best friend.best friend usually cant be a best happy ending right?never mind.maybe i'm not good for you,friend.all the memories,all the sucks,all the best things happened to us,i'll keep it.you're the nearest and now you're too far.i cant reach you again.SORRY.but,truely,i love you.all the words that you used were too hurt.*i'm crying*.you forget me.you forget me.you forget all the memories.terrible sad.you've changed.

susah jugak nak jadi kawan yang baik untuk anda.susah payah itu,kita simpan sama-sama.tapi kau tak pernah tanya kesusahan kepayahan sorang-sorang bila kau takde.harap ada di sebelah aku,kawan.mungkin aku rindu kau yang dulu.itu saja.setiap butir perkataan yang aku baca,menangis.di laman sensawang kau sendiri.alahai..sekarang pun kau dah tak kisah kan?hihi.takpe.*menaip sambil menangis*.apasal la cengeng sangat ni?demmmm. 

takpe.takpe.abaikan.nak cerita lain ni.

owh.tadi bercerita sikit-sikit.cerita perihal orang la.lelaki.bukan senang kan perempuan mengumpat lelaki?haha.ini mengumpat baik punya.ke arah kebaikan.haha.nama yang berkenaan,aku terpaksa samarkan.kira,nama samaran la ni.huhu

aku ada kawan.kawan aku itu berjantina lelaki.lelaki ini mukanya serius saja.aku tak rapat sangat dengan beliau.muka dia serius memanjang ok.agak-agak ada benda penting,aku cakap la.kalau tak de,takde.senang nak mintak tolong dengan beliau ni.tak banyak nak tanya.kengkadang tu banyak jugak dia tanya.pitam aku..aku tak tau la dia ni single ke,mingle ke,pringles ke..tapi..yang aku baru tahu......

dia suruh la carikan beliau girlfren.

nak yang solat.yang penting tak tinggal solat

nak yang sopan

nak yang mengaji.

senang cerita,nak wanita yang baik belaka la nihhhh.kalau tengok karakter dia,aku jamin kau takkan sangka dia akan admire perempuan cenggitu.

motif nak cerita:

even perangai seseorang lelaki itu buruk macam mana pun,mesti dia nak perempuan yang baik untuk dia.perempuan yang mudah sangat terpedaya ni,dia tak layan mana dahhhh.setia ke,tak setia ke,kalau agak-agak perempuan tu bukan golongan yang baik,dia tak de perasaan melonjak nak jadikan kau tu isteri.eh.yeke?

macam tu jugakla dengan perempuan.lelaki nak demand lelebih.nak muka cantik.nak akhlak baik.nak sopan belaka.tapi...persoalan utama..ADAKAH LELAKI ITU JUGA BAIK?

aku ada kawan lelaki.aku kenal since matrik.aku kenal sebelum kawan dengan konfaizel.pada aku,dia ni baik.rajin la puasa sunat la,mengaji la.dulu aku selalu la marah dia apasal selalu letak earphone kat telinga.memanjang letak.kang rosak telinga tu.satu hari,aku ambil earphone lepas tu nak dengar lagu apa yang dia dengar.lepas tu..lepas tu..rupanya suara orang mengaji dalam hp tu.rupanya dia nak hafal surah al quran.huhu.segan ok.segan.sampai mati aku ingat cerita tu.

tapi..tapi..dia memilih perempuan yang bukan dalam kalangan yang baik.wanita itu kuat carutannya.kuat bebelannya.kuat memaki.demmm.tapi dia kata dia sayang.pelik kan?

perempuan pun nak benda yang sama dari seorang lelaki,yang baik.berakhlak,berani imamkan solat,mengaji,tutup aurat,jaga kebajikan mak ayah dan yang paling penting TAK TINGGAL SOLAT.

aku sebagai manusia juga terlupa tentang benda yang wajib itu.tapi..tak pula aku selalu tinggalkan.5 waktu sehari semalam itu cukup penting.tapi..lelaki sekarang....................................

mampu ke seorang lelaki itu mengawal segala amarah dn sentiasa adil?hukum menyamakan isteri dan ibu adalah zihar.tetapi..wanita juga mahu lelaki itu sebagai PROTECTOR.tak kisahlah dari sesiapapun walaupun dari keluarga sendiri.

aku muhasabah balik diri sendiri sampai nak menangis.daif betul aku ni.aku tak suka ingat perkara lepas.haish.hina betul.

haish.rasa nak senyum.semua orang nak yang baik belaka.tapi...

jangan bermimpi mahu isteri sesempurna fatimah az zahra kalau diri sendiri tak sebaik saidina ali.wallahualam.


motif cerita: roomate saya cakap,kalau nak pilih lelaki,haruslah lelaki itu seorang yang selalu bangun pada waktu subuh untuk solat fardhu subuh.lagipun,saya suka tengok lelaki pakai kain pelikat.nampak kacak dan tampan.betul.tak tipu punya.mulai sekarang,pakai la kain pelikat even ke kelas.huhu.




Thursday, August 19, 2010

9 ramadhan: aku nak berhenti dari duduk di hostel perempuan!

heyp dudes!

aku makin lama makin tak menahan.makin bosan.rasa dah tak nak duduk sini.bukan tak best langsung.suma tidak best sikit la.bukan tak gembira langsung,cuma kegembiraan tu terencat sikit la.bukan benci cuma kalau boleh nak request kat NC kalau boleh la kan...kalau boleh la...kalau boleh nak jugak duduk kat kolej kediaman 2 tu.hari-hari boleh terserempak dengan jejaka kacak kan.tu pun kalau kacak la.....kalau tak kacak,kita abaikan saja.hihihi.fuh..kalau badan dah macam fahrin ahmad tu,gegar jugak jantung den ni,baaaaiiii..hahahaha.ok.tak lawak.meluat.

persoalan:kenapa saya tidak suka duduk hostel?kenapa saya rasa meluat?mengapa pula kadang-kadang saya berasa mereka patut tukar jantina?ha..kritikal bukan?tolong jangan biarkan aku mengarut!

1st: aku tak suka para perempuan yang mandi lebih dari setengah jam.kau ingat kau sorang je nak bersih?kau tolong cuci lantai toilet tak?of kos jawapan adalah TIDAK!so,tolong la mandi cepat sikit.beringat sikit dude.

2nd: aku tak suka para perempuan yang dok sibuk basuh baju kat dalam toilet.means,while keep bathing,dengan selamber badak diorang basuh baju dalam toilet.aku nak tanya simple je...kau tak geli ke dengan lantai toilet tuh?gila.dah berkerak-kerak macam tu pun kau sanggup lagi nak basuh?apa la agaknya kegunaan bilik basuhan tu?sekadar nak tayang kepala paip yang berkilat tuh?

3rd: aku tak suka para perempuan yang suka sidai kain tanpa nak guna hanger.tau tak tempat tuh terhad?!meh aku kira kan untuk kau berapa ramai pulak makhluk dalam 1 aras ni.1 bilik ada 4 orang.1 aras ada 12 bilik.cuba kau darab jap ada berapa ramai pulak PARA WANITA dalam 1 aras ni.kadang-kadang,bila aku nak basuh baju,aku kena pikir pulak ada kosong ke tak.HAMPIR semua para wanita tak pakai hanger.dah tu,aku nak sidai mana?dalam bilik kau?arrrggghhh..tekanan.kalau ikut hukum fizik pun,kita haruslah menambahkan luas permukaan baju tuh.dapat jimat sikit.guna hanger la deeeyy!

4th: aku tak suka para perempuan yang dah basuh baju kat bilik basuhan tapi dengan penuh kooonnppiiddeeennye tak basuh air lebihan sabun tu.kira,sini sana dok berbuih.kang i tergolek kang,i suruh u angkat i sampai hospital tauuuuuu....i ni rinngggaaan je..

5th: aku tak suka para perempuan yang basuh pinggan kat bilik basuhan tapi tak buang sisa makanan.ok...cuba kau imagine eh..kau masak megi kan.megi tu memang la antara makanan yang sedap time puasa neh kan...tapi...dah makan,kau basuh la kan..tapi...bila ada sisa megi tuh,boleh pulak kau buat tak tau.tak payah geli la.makanan kau jugak.kang tersumbat,aku suruh kau korek.lantak la kau nak nanges ke apa.janji tak tersumbat!

6th: aku tak suka para perempuan yang malas nak basuh pinggan mangkuk cawan gelas periuk nasi dan segala jenis bentuk alas makanan.aku tau pinggan kau cantik.aku tau cawan kau cantik.tapi tidak perlu anda tayang segala perkakas anda depan mata orang kan.adoissshhh..ape ke pelik nauuuu la kan..kau nak rendam periuk nasi elektrik tu ke,nak rendam cawan tu ke,perlu ke sampai 3-4 hari?aku..aku..dah macam nak campak kau punya periuk nasi tu kat bawah.biar masak nasi ramai-ramai pulak.adesss.tak ke macam kotor air yang kau rendam tuh?nasi berkerak tuh pun dah kembang-kembang dah..

7th: yang ni bukan aku tak suka..cuma aku pelik..para perempuan memang suka baldi.sebab apa?kang 1 baldi untuk baju kotor.1 baldi lagi untuk basuh baju.cuba kau bayangkan kalau PARA PEREMPUAN ni ada 2 baldi?meh la datang aras saya.cantik tersusun je baldi tu kat luar.dah macam boleh jual pulak.hihihi.owh..aku pun sama jugak!hahahaha.tapi,aku pun tak tau apasal aku kena buat macam tu.undefined!

8th: aku pelik bila setiap rak kasut kat depan bilik mesti penuh..PENUH.PENUH.DAN PENUH LAGI.cukup-cukup la aku highlight kan perkataan tu.kang ada tersentap pulak.para wanita memang aneh..kang selipar toilet,lain.selipar nak pergi pasar malam,lain.kang kasut kuliah,beli lain.kang baju tak macthing dengan kasut,nak beli lain.kang kasut ni tak de wedges,nak beli lagi.ehhh..kang ada pulak kasur tak de wedges,beli lain pulak.kasut tak bertutup,kau nak lain.kasut bertutup pun,kau beli lain.kalau aku,relaks je.kasut kaler merah,baju kaler oren pon aku tak kisah pakai.janji nampak ok.takde makna orang nak tengok kita atas bawah.orang pandang lain,lantak pi la.biar kite je nampak kita ni cantik!nak ikut sangat kehendak tu,susah tu,bhaiii..

9th: adeh.ni kritikal ni..apasal kalau dalam bilik,kau tak bukak tingkap?adehhh..kau tahu tak betapa anehnya bau yang akan timbul?betapa harruummnnyyaaa bilik kita kalau tak bukak tingkap?adehhhh...ya allah.kang tilam bersepah.makanan bersepah.rambut bersepah.ok.tak pe.tu bilik korang kan..

10th: PARA PEREMPUAN ni nak nampak cantik kat muka je.kulit nak lawa.baju nak lawa.badan nak wangi.nak jumpa boifren lawa-lawan.baju nak mahal-mahal.tapi..tapi........attitude untuk kebersihan tu,hampeh!betul kan?

gua cakap apa gua nampak depan mata.lu terasa,gua mintak maaf.lu tak nak orang berkata dalam hati,lu jadi pembersih sikit.tak banyak...sikit je...huuhu


sesape budak SMKSK,mesti yang dah lupa cikgu ni kannnn..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
tetiba mahu menitik air mata ni.








Thursday, August 12, 2010

2 ramadhan.ini bukan keaiban.ini keputusan!


heyp dudes!


tengok tajuk,mesti ada yang berasa aneh kan.tak seaneh mana.cuma mahu berkongsi.tidak bercerita,hanya menaip.tidak bercelupar mana,hanya berpendapat.kau,aku,dia haruslah bijak.bijak macam mana?bijak secara lahiriah.bukan zahir.usah berpeningan mana kerana aku juga mula pening.pening untuk berfikir masalah rakan-rakan.mula-mula,aku rasa masalah aku sebesar ikan paus.rupanya,masalh orang lain lagi besar dari ikan paus tu.lebih kurang macam ikan paus goreng tepung la.

hurm..1st,biar aku cerita sikit kisah aku kat kelas tadi.agak sadis ya,rakan-rakan.nama aku telah di "up" kan oleh lecturer MOT tadi.aku dah macam nak menggelabah dah.ahhhhhhh...ni yang aku tak suka.kalau lecturer dah tahu nama kita,susah.kang nak datang lambat kang,kena aimed.kang kalau kuiz dapat rendah,kena aimed.kang kalau test dapat sikit,kena aimed.kang senyum sampai comel pun,kena aimed.ahhhhh...tu yang malas tu!tak..puncanya,aku tanya soalan pasal industri automobil kat negara kita.kalau kau nak try,jawab la.kenapa orang malaysia sendiri tak beli barang malaysia?kenapa malaysia pasang kereta dari jepun but kereta still tahap hampagas?siap tayar boleh tercabut?apasal malaysia dok canang "pertanian moden" tapi malaysia sendiri beli cili benggala dengan harga murah?petani malaysia macam mana nak survive?ha.....yang part tu,adjunct professor dato' ahmad tasir lope pihie yang jawab.aku tanya dalam 1 kuliah besar.lepas tu,jawapan still tak puaskan hati aku.jawapan lecturer aku jugak paling best.malaysia tak pandai manage langsung semua teknologi!tapi...bila dah kena aimed macam tadi,aku cuak.hahaha.hampeh punya 'aieen!

ok.orang serba maklum aku insan biasa.kau juga.dia juga.tapi..aku kesian.seorang sahabat bernasib malang.aku cuba buat dia tenang.mungkin tenang.tapi setenang sungai gombak.yang paling kotor kat semenanjung tu.hihihi.aku bukan "good advisor" ya rakan-rakan.tapi,mungkin boleh meluahkan apa yang patut.







dia tanya simple saja."aku obses dengan kekasihku sendiri"."tapi,kekasihku curang"..adoiiiiiiiiiiiiii...soalan ni,aku dah letih nak jawab.den pon poning,nyahhh.tak pe,demi kau,aku jawab jugak.

1st: kau tak payah nak jadi macam makhluk aneh ya.kau tak payah nak bertukar jadi incredible hulk ke,jadi shrek ke,jadi avatar kebiru-biruan.aku risau jugak kau bertukar.kalau nak bertukar pon,jadi la sailormoon ke,patung barbie ke.ha....comel sikit kan.kau tau dia curang,kau cool saja.relaks.sabar dulu.aku belum start bagi tips ni.

2nd: tarik nafas dalam-dalam.lepaskan..fuhhh...agak stylo jugak macam tu.confirm kau akan tenang.

3rd: kurangkan perasaan memaki hamun.pada aku,kurang bijak.tak yah la nak memaki neh.buat tambah dosa saje.aku yang mendengar pun,boleh cair taik telinga.

4th: kau tak payah nak berdendam ke apa.buang karan saje.selagi kau berdendam,selagi tu hidup kau tak bahagia.ha..buang masa je nak balas-balas dendam ni.macam kuman.sekali dah terhinggap,susah nak besihkan balik.so,bersihkan hati kau je.baca quran banyak-banyak.

5th: barang-barang dia bagi,kau tak payah la nak simpan ke apa.buang je.once kalau lelaki dah curang kat kita,sampai bila-bila dia akan buat balik.kau tak yah berharap la dia nak berubah.batu caves runtuh tumbuh balik pun,belum tentu lelaki tu nak berubah!

6th: stop untuk cari apa punca dia cari perempuan lain.kau tak yah tanya la.buat malu saja.dia nak menduakan kau,dia tak fikir perasaan kau.ni,dia dah ada perempuan lain,kau sibuk nak tanya,"apasal buat sayang macam ni?".."apa kurangnya baby dari perempuan tu?".."abang dah lupa janji kita?".aku suggest,kau tak payah tanya.kang jawapan lelaki bagi,"abang tak sengaja.abang sayang baby."ha kauuu.kalau aku,aku boooo je.ape ke pelik nauuu la..pikir maruah kau.tak yah gedik-gedik tanya.lelaki macam tu,kau sepak je.tapi,sepak dalam hati la.

7th: kalau dia ajak jumpa,kau jumpa la.tunjuk sikit kau ni kuat.yang penting,kau benci macam mane pon,jangan tunjuk sangat.bila kau cool,mesti bf kau terkejut punya la.bila kita kawal marah,orang respect kita.

8th: kau tak payah nak buruk-burukkan dia dengan perempuan tu.lantak dia la.dia nak tergolek,nak joget-joget,nak guling-guling,lantak pi la.yang penting,diri kau.lelaki tu tak nanges,takkan kau nak nangis?buang karan saje.

9th: mulai hari ni,kau tukar imej kau.dulu couple,kejap rasa terkongkong.kang pakai ini tak boleh.buat tu tak boleh.buat ni tak boleh.sume tak boleh kan.so,since now,kau kena ubah semua benda.biar kau jadi hot-hot gitu.biar terjegil biji mata boifren kau tu.hahahaha

10th: langkah terakhir.ok.macam ni aku lagi suka.kau jumpa perempuan tu.kau cakap,"kau nak amek si polan tu,amek la.aku tak heran sangat.kalau dia boleh curang dengan aku,dengan kau pun,tak kurang jugak!".ha....tak yah la nak hadap sangat lelaki macam tu.anggap macam kurap terlekap kat dinding saja.nak diusik,geli.nak dipegang,takut berjangkit.maka,tinggalkan saja!

p/s: perut sakit sangat.abah rindu aku.



Wednesday, August 4, 2010

aku juga tidak sebagus mana.



heyp dudes!

bangun pagi,aku dah frust.member aku dah berkahwin pulak kan.aku macam tak caya saja.kahwin kat mana?kahwin kat fb saja.damn.dia tak tunggu aku.huhuhu.tak pe la.dia jumpa jugak lelaki yang baik untuk dia.aku?gigit jari je!caca..tolong jangan gelak-gelak.aku cepuk nanti.dengar dia gelak terbahak-bahak dalam phone,buat aku mereng saja.arrrggghhh..

owh.first,siapa yang ada fb aku,mesti dah geli status aku."happy hour.it wasn't complicated.~baju itik~"tak payah geli la.tak jiwang mana pon.aku sedang pakai baju itik lagi.lagipon.aku tengah dengar lagu happy hour by cheryl cole.silalah dengar!alarrrr...baju digi saja.comel.sedara aku bagi.pedulik la kan.baju digi ke apa.cuma aku suka pakai.itu saja.tak payah nak buat kontroversi ke apa.aku tidak hot.huh!

hari ini langsung tak de kelas.sila bulatkan mata kau.iyeeeeeeeee..memang LANGSUNG TAK DE KELAS.bukan nak riak,bukan nak sombong.bukan nak cakap bangga,bukan nak dabik dada .semua jadi tiba-tiba.harap anda jelez~hahaha.bukan juga menunjukkan yang lecturer UMP tak nak kitorang pergi kelas.bukan jugak lecturer menyirap ke apa.cuma,lecturer tak nak kitorang terlalu letih pergi kelas.tiap-tiap minggu ada kuiz statistik.itu dah cukup buat aku nak bunuh diri.tutor pulak tinggal 10 soalan dari 30 soalan.walaupon nampak nombor 30 soalan,kau bayangkan kalau semua soalan ada anak-anak soalan pulak.tak macam dekat 70 soalan pulak kannnnn..jari jemari halus neh dah malas nak buat.padahal esok kuiz!'AIEEN!!!tolong la sedar!neh kalau mak aloha tau neh,confirm kena bantai lagi dengan getah.mak..pukul la mak...adik neh pemalas.tolong la mak..huhu..abah..duit elaun tak masuk lagi ke.semalam penat dah shopping.ehhh..apasal tersebut duit elaun neh.abaikan~

bukak jugak fb tadi,ada 2 meeting.waktu yang sama.tempat berlainan.heaven kan?siap pesan kena bawak rm26.student UTHM nak datang berbalas lawatan dengan UMP.aku tak tahu apa peranan aku.mungkin sejenis kotak besar bercolor hitam yang ada jaring depan permukaannya.senang juga dipanggil SPEAKER?ah....kacau la.hari tuh kata nak datang lepas raya.kalau datang lepas raya,bukan je boleh berbalas lawatan.tapi boleh jugak berbalas kuih,berbalas rendang,berbalas pantun dan..berbalas hantaran.ehhh..neh apasal gedik sangat nak hantaran neh.kang kena cepuk dengan daddy shariman,tak macam sia-sia je kan.silap-silap,dia cakap "apa kejadahnya nak hantaran,hantar porche dah la".aku risau meroyan pulak nak cari kereta tuh.owh.daddy shariman neh pernah ajar subjek cad/cam.masuk lab memang bosan.orang suruh guna lukis jeraji besi guna cad/cam,aku rasa aku lukis jadi aiskrim paddlepop versi colourful.aku hebat kan?tapi betul.bab lukis-lukis neh,aku failed.jangan tanya.tak de la sehebat mana kan.aku orang yang paling kabut bab lukis-melukis neh.kalau kau berani,suruh la aku lukis gambar kau.tak payah tunggu lama.kang gambar tuh terus jadi gambar kucing,kau jangan nak bising.ok.tak kelakar.

sebenarnya,dari semalam lagi aku macam tak puas hati.tapi aku diam je la.dah seminggu pulak kan.aku diam,makin tertusuk and menikam jantung banyak kali.lebih kurang macam neh la.kill-kill.die-die.ahhhh..lebih kurang macam mona fendey la.haha.kalau dia datang dalam mimpi kaumalam neh,jangan salahkan aku.ok.tak lawak.bukan.entah.apasal tah aku rasa ada yang aneh.ingat entry pasal "bercakap mengenai sahabat?".aku meluahkan apa yang aku aku tak suka.sebab tuh aku guna blog.aku nak cakap apa yang aku nak.kalau aku nak bercakap depan-depan,perit telinga nak dengar.silap-silap berdarah.aku marah,aku menangis.aku sedih pon,confirm la menangis kan.hampir tergolek-golek.ssshhh...diam.tak lawak.

tak.aku pelik sangat apa punya mangkuk ni nak sibuk sakitkan hati aku yang serba suci neh.cakap pulak macam tak nak kecik kan.beliau neh asyik nak cakap besar je.ahhh..asyik tak boleh orang lebih dari dia.apa kejadahnya.kadang-kadang,otak ada tapi akai tak dak.haprak!kenapa aku nak jauh diri sikit-sikit?sebab aku tak tahan dah perangai dia.tak pernah bagi moral support.asyik nak meng"kondem" je.tuh ke namanya kawan?bila aku mengadu kat kawan aku,semua cakap,"kau pedulik je la dengan insan tuh.aku rasa dia cemburu dengan kau"

CEMBURU?hahahaha.aku tak boleh terima la.betul.apa yang aku ada?baju aku semua murah-murah saja.tak de mahal mane pon.semalam aku beli shirt ladylike kat ECM.rm30 for 3 shirts.aku tak de pon beli seed ke,padini ke,and entah apa jenis baju lagi.aku jenis simple saja.murah janji chanteekkk.kalau mahal,kau jual berkurun lama pon,aku tak nak beli.membazir!aku tak tau apa yang di jeleskan.aku masih macam neh.hidup masih bersederhana.aku tidak sekaya mana.tidak semewah mana.tapi..kalau berkawan,aku kawan dengan ikhlas gila tauuuu.aku tak nak sakitkan hati orang tu.bab kawan,aku memang sanggup buat apa saja.sumpah.but...kalau kau dah asyik buat aku bengang,takkan aku nak tampar kau pulak even kau cakap tuh boleh buat semua orang bunuh kau?

aku memang pelik gile.apa yang aku ada?lemak kat badan neh ada la.takkan aku ada banyak lemak pon kau nak jeles baiii..aku neh besar gedabak macam ni.aku kan gemuk lepas tu hitam pulak.mata pon sepet.mata hitam.muka tak chantek.pipi besar.dagu pon besar.gigi lagi lah besar.rambut pon macam lionel messi.hidung kemek.banyak jerawat.pendek pulak.aku kurang bijak.tidak pandai langsung.kening lebat.bulu mata lentik.ehhhh..neh apa pelik nau neh?lentik ke?getik ada la.hahaha.ok.kelakar kan?huh!

owh.kalau jumpa aku pulak,kau punya muka tak macam mintak orang sepak kau kan.aku tak tau la.aku hebat dari segi emosi kot.aku memang sedang riak neh.hahaha.aku marah ke,terbakar ke,dah rentung ke,sedih sampai rasa hampir bunuh diri ke,aku boleh lagi SENYUM~sebab tuh la jangan nak masam-masam muka.memang boleh buat orang tumbuk muka kau.kita jumpa orang ramai,banyak cara kena guna.kalau kau pendiam,aku bercakap dengan kau cara lain.kalau kau jenis mulut bising,aku berborak dengan cara lain.but,kalau kau jenis suka nak mencarut je,aku malas nak cakap dengan kau.buat tambah dosa saja.meluat la perempuan asyik macam tuh.huduh perangai.sikit kang nak cakap babi la,pant** la,motherfuck la.ape entah.aku meluat.takde rasa malu ke kak?tak.serious.kalau berkawan banyak caranya.sahabat tuh huduh @ teruk macam mana pon,kita ikot cara dia berkawan.jangan ikot cara dia bersosial.tuh namanya budussss tu..elakkan la aku macam tuh ya ALLAH~

lagi 1,kau neh berkira sangat la.tuh yang payah ni.tuh yang aku rimas.tu la yang paling aku rasa nak cekik leher kau.adessss...tak pe la.kau kemut je la.aku tak kisah dah.mak abah aku pon dah kasik cukup duit buat aku belanja kat sini.siap boleh enjoy lagi.haiissshhh..masalahnya,dengan ilmu pon kau nak kedekut jugak.apa kes?

kau mesti tak sedar yang kau memang banyak sakitkan hati aku kan.tak.aku memang dah bengang la.kau asyik nak cakap besar je.aku sampai nak muntah darah.kau buat boleh,orang lain buat tak boleh.apa kejadahnya?lepas tu,sibuk pulak nak tau hal orang.kau buat apa-apa,semua orang diam je tau.SEMUA ORANG.kau nampak aku highlight tebal tuh?berapa ramai pulak manusia kau buat diorang sakit hati?

ok.kau kutuk-kutuk aku,aku cool saja.diorang yang sibuk back-up aku.sebab apa?sebab kau fikir kau bagus kot.padahal,kau tak sebagus mana,kawan.percayalah aku cakap.kau tak sebagus mana.aku ingat lagi.ada sorang hamba ALLAH ni,mike bukan nama sebenar, dok komplen pasal kau punya attitude and cara kau berpakaian.kau punya melenting,entah pape.lawak pulak aku rasa.sebab kau nak orang semua puji kau kan?geli taik hidung aku tau tak!haha






entah la.aku rasa kau jeles bila tak de orang nak ambil berat pasal kau neh.kau sakit ke apa,semua buat bodoh.bukan.bukan tak nak ambil berat tapi dengan cara kau yang sombong tuh buat aku meluat.aku pon tak tahu nak cakap apa.aku cakap elok-elok,ada saja kau nak cakap sakitkan hati.adesssssssssssss.menjengkelkan la kau neh.kau tak de pon nak ambil berat pasal kawan.sibuk dok fikir benda lain.sekarang baru kau tahu kawan tuh apa kan..penting kan?

bila aku sedih,aku tengok kau senyum.bila aku sedang bahagia pulak,aku tengok kau cebik bibir.kau ingat bibir kau cantik ke.hahaha.tapi aku tak kisah derrrrr...kau tunjuk la perangai kau yang sebenar sebalik tudung kau tuh.baru betul!aku tak cerita apa-apa.aku diam saja.1 hari,sampai masa,semua orang nampak.sekarang neh,dah ramai pulak orang meluat dengan kau.kalau kau kena pulau ke apa,aku tak tau.hahaha

dah la.mals nak cerita.mahu solat neh.kumpul jugak pahala sebanyak mungkin.banyak lagi aku nak cerita tapi sudah cukup aku bercerita.even masih banyak lagi.heeeyyyy...semoga kau mampu senyum baca entry neh ya.haha


tengok muka alysha lagi best!

keep cool,busu!

p/s: tadi tertidur dengan chewing gum dalam mulut.selekeh

Sunday, August 1, 2010

makcik berseleng putih


heyp dudes!

aku memang tak cukup tidur hari neh.pagi tadi tidur pukul 430pagi.but..bangun pukul 8 pagi.adesss..subuh ter"burn" macam tuh saja.haissh..*qada' balik* puncanya,siti nur aju call aku on that time.suruh ambil beliau pulak kat times square.ada masalah sikit.aku?okay saja lah.kang dia sesat pulak kat KL tuh,lagi naya...

bangun pagi,turun bawah tengok alysha dah bangun tidur.aku dah tak sedap hati neh.budak kecik degil macam ubi kayu neh tak leh caya.ada je menda dia nak sepahkan rumah.aarrggghh...tapi..tadi,aku golek-golek tepi dia.cubit hidung.gigit pipi.gigit tangan dia.ok.lepas tuh dia menangis.best kan?hahaha.umur baru 1 tahun 4 bulan.aku nak pujuk dia,aku ambil buku PA&MA.entah bulan berapa punya edisi pon aku tak tahu.majalah kanak-kanak kan..most of the pictures,credit to babies.BABIES.saja highlightkan.stylo kan?hahaha.tetiba,aku dengar alysha cakap:


berenang la kat dalam bilik guna pelampung tuhhh

BABY!!BABY!!BABY!!.

ah sudah..dah pandai baca dah dia neh.but..bila dia banyak kali sebut,dah jadi lain dah.dah macam nyebut binatang haram tuh je.OK.tak pe.proses pembelajaran.kalau tak,mahu jugak kena titik dengan aku tuhhh.sebut la banyak kali.BABY!hahaha.

dah puas aku golek-golek dengan anak buah,along ajak breakfast kat pasar selayang.memang best jugak makan kat sana.aku suka mee bandung muar saja.suka!so,aku dengan bestnya merempit dengan along sambil diikuti oleh alysha.eehhh..sebok je budak neh.ceh

aku sampai saja,terserempak pulak dengan mak aloha dan abah salleh pulak.neh peluang best neh.mata aku pulak tak dapat nak lari.depan mak aloha ada MEE BANDUNG!!!ok..tak excited.belakang meja kitorang pulak,ada 4 orang lelaki.tak perasan kacak sangat ke apa but yang aku perasan semua bajet kacak kotttt...nak pergi pasar pon pakai kasut nike,bergelang-gelang pulak tangan tuh.selekeh!konon urban kot.pooddaaahhh.muka tak macam riak pulak kan.huh!
busu and alysha.ok.nakal.BABY!

tiba-tiba:

from: siti nur aju
messages: aku dah sampai times square.

ahhhh..mati dah selera aku.cepat betul budak neh sampai.aku kat pasar lagi la.ahhh..ok.mee bandung dah selamat masuk dalam perut.alkisahnya,datang pulak seorang makcik neh.lebih kurang umur macam mak aku jugak.pakai baju putih,selendang putih but...pakai kain batik biru cair.alarrr...tak best.kalau tak,mesti korang ingat kuntilanak kan?hahahaha.ok.tak lawak.lalalala.ok.macam biasa saja.dia seorang peminta sedekah.but along main peranan penting.

makcik selendang putih: *tunjuk tangan minta mahu duit*

along: kalau makcik nak makanan,saya boleh bagi.kalau nak duit,saya tak boleh bagi.lebih baik dapat makanan dari duit. *along neh..kang dia nak pizza kang,kau pergi cari sorang-sorang!*

makcik selendang putih: *geleng kepala sambil jalan kat budak lelaki 4 orang tuhh*

aku dah malas nak amek port lagi.biarlah along setelkan.aku dah ambil helmet.kendong helmet kesayangan abah tuhhh.jap. aku perasan something.makcik tuh pergi kat meja budak-budak lelaki tuh.tadah tangan nak minta duit.selamba badak je sorang laki tuh sound:

orang malaysia takkan mintak sedekah.kau larat mintak sedekah tapi malas nak kerja!!nak makan pon aku susah!!berambus la kau!!

dia neh nak menjerit-jerit neh apahal.meroyan ke apa.sumpah la.memang kuat kot.ok.aku terpana sekejap.aku dah la tak suka dengar orang jerit-jerit tak tentu hala neh.aku memang bengang dah.kurang ajar punya jantan.aku dah macam hampir nak mencarut kat depan muka laki tuh.nak mencarut kang,mak aloha ada pulak depan mata.kang dia cepuk pulak mulut aku neh..ahh...lagipun,tak tahu nak mencarut apa.cehhh.makcik tuh dah tunduk dah.menangis mungkin.abah salleh suruh aku blah cepat bila tengok muka aku dah berubah.rasa nak bantai je dengan helmet kat tangan aku.tapi aku risau pulak.kang dia bantai aku dengan meja ke,kerusi ke.ahh..tak jadi la nak pukul dia.huhuhu..badan dia berketul-ketul.adessssss

bodoh gila lelaki tuh.aku assume dia tuh tak de tamadun langsung.memang lelaki paling bodoh la pernah aku jumpa kot.kau kaya ke,kau apa ke,aku tak heran.aku marah,tengok cara dia.jangan hina macam tuh.kau tak nak bagi duit,lantak la.jangan nak maki-maki orang tua.gila kesian kot.aku dengar pon,dah tak sampai hati.ahhh..aku pon hampir nak menangis tadi.marah dah meluap-luap.aku sempat jeling kat lelaki bodoh tuh.BUDUSSSS...yang kawan-kawan dia tuh boleh pulak senyap sambil makan and buat tak tahu.tak ke macam sengal kuasa lapan belas juta kali??apa nak jadi dunia?

pada aku la kan,lelaki macam tuh,kalau dia boleh pulak berkurang ajar dengan mak orang lain,tak mustahil dia boleh berkurang ajar dengan mak kita kan.ahhhh..memang tak layak jadi lelaki la.sok lusa,kang biar dia pulak terkena.biarkan!


selalu sayang mak aloha and abah salleh.doakan keluarga ini bahagia selalu ya!

p/s: maaf.termarah tadi.tak dapat kawal perasaan emo tuh

Thursday, July 8, 2010

jiwa sakit.



p/s:kan aku dah cakap.aku tak sayang kau.sumpah aku ngah letih.kau tolong paham boleh?

Friday, July 2, 2010

kau nak jadi shakira

heyp dudes!



pagi-pagi dah macam moody sikit ya.malam tadi tidur lambat.den letih.ada la buat kerja sikit-sikit.kepala otak den letih la.haissshhh..kreatif itu harus dipraktikkan tapi bila asek tak jadi,rasa nak guling-guling.*hurmm..sangat comel kan?*


mak aloha suruh aku beli beras,aku belikan.mak aloha suruh aku cari kelapa sebijik,aku carikan.mak aloha suruh aku sapu sampah,aku buatkan.mak aloha kempunan air teh o yang aku buat,aku buatkan.tapi...bila si alysha (my younger niece) tuh melakukan aktiviti perkumuhan,neh yang aku lemah neh.ok.aku basuhkan ok.tak payah la kau nak teka-teka ke ape.ha...aku makcik yang best..




ini buku saya.jangan curik



mak oii..i kagum dengan you~~



haha..tadi aku tengok tv.belek punya belek punya belek,aku picit-picit punat remote,finally aku decide mahu tonton AMERICA'S GOT TALENT.*aku masih orang malaysia ya*owh...ramai je peserta aneh-aneh datang audition semata-mata nak dapat 1 million dollar.kau jangan cakap banyak.cuba kau convert duit malaysia sikit.berapa juta kau boleh dapat?tak ke dalam almost 4 juta?*aku boleh mereng tengok duit banyak sangat neh*yang paling best,ada peserta neh gelarkan diri dia BOY SHAKIRA.anda juga harus dimaklumkan bahawa beliau bukan anak sedara shakira ke,bukan anak dia ke,pakcik shakira ke.oh..bukan-bukan.beliau hanyalah insan biasa yang suka menari gelek even hakikatya beliau adalah lelaki.siap pakai pakaian wanita dowwhh.errr..lengkap la.dari anak baju hingga ke bapak baju.*owh...eewww!sexy mak,nyah*hahaha.sila bayangkan ok.*harap anda tidak koma selepas ini*aku tak nak cakap pasal tarian dia ok.it was worst.rasa nak bunuh diri tengok dia gelek-gelek.lepas gelek,dia berani gila lambai-lambai kat audience.gila riak seeyyhh...*seperti paris hilton.aku hampir muntah*


jangan terkejut ya.dia pakai baju atas pusat ok.atas pusat.*tak perlu aku spesifikkan*beliau sangat kagum untuk tunjukkan pusat beliau pada audience.ha kau..pikir la sanggop ke tak nak tengok.*terkejut*aku pon tak sempat nak scan berapa besar dia punya pusat.owh.agk kehitaman ya!*err...*


dulu,masa kecik-kecik,aku suka beli buku tunas sains.ha..gila banyak info aku tahu dari buku tuh.but now,aku agak ketidaktahuan akan kewujudan buku tuh.rasa macam dah menapouse kot buku tuh.owh.maybe dah ter"pause" oleh penerbit buku tuh sendiri.tak yah cakap banyak la.kau pon tak tau ape-ape kannn...piirraahh..ok.bila kita ada pusat,pusat kita memang comel.comel mase kecik-kecik je.bila kau dah besar,pusat tuh pon jadik besar la kan.masalahnya,bukan semua orang pandai jaga pusat.pusat kau tuh pon dah cukup hitam kot.owh.aku paling ingat info neh.kau jangan berani-berani nak korek pusat kau yang kotor tuh.guna "cottonbite" ok.basahkan molek-molek and then pusing 360 darjah masihi.*tidak kira pusing arah jam@lawan jam.kau nak pusing ke utara pon boleeehhh.*confirm bersih seyyhh.dijamin selamat dan berkesan.hahaha.and,kita pon dah jaga salah 1 bahagian penting badan kita iaitu PUSAT!*tak payah segan la*please la.lepas kau baca entry neh,aku harap kau tak stay pada tabiat lama iaitu korek pusat.geli dowhhh.*istighfar*

maka:baju atas pusat ini masih diamalkan di negara kita kan.kau tak payah kelentong la.jangan muka je cantik tapi..tapi...pusat terjojol+agak kurang bersih.aku tak dapat nak bayangkan kalau manusia dalam dunia neh asyik bertindik pusat.apasal kau tak tindik biji mata kau je?

p/s: tadi belikan mak cupcake.chantek..