Pages

Showing posts with label jejaka. Show all posts
Showing posts with label jejaka. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Sunday, July 14, 2013

5 ramadhan.


assalamualaikum.

Terasa nak bercerita.ini kisah betul yang terberlaku pada waktu yang kurang betul.hihi

SEBELUM RAMADHAN.

Encik yayang..nanti masa puasa tak boleh cakap I love you ke,i miss you ke.kita hormat bulan puasa.tak mau lah cakap macam tu tau.kita kawal perasaan kita tau.

Ok.

Janji?

Ok.janji

KETIKA RAMADHAN.

yayang..tadi kan..lepastu kan..bla..bla..bla..bla..*sedang gosip*

busu.....bla..bla..bla..bla..*nasihat pedoman sikit* (he is a good listener)

Thanks yayang.bla..bla..bla..*sambung gosip*

love you busu.

Haip.tak boleh cakap love you la.puasa.

Eh.sory.ok.ILY.

apa tu?

I love you.

Gggrrrr..ok.ILY2.

Apa tu??

I love you too.

Ggrrrr..

Hahaha.

Pssttt..ini puasa.kita try kawal perasaan.dapat mendidik diri kita masing masing.susahnya.tapi kita cuba.niat tu dah ada :-) 

Masih mencuba menjadi hamba yang baik walaupun sedar betapa besar dosa kita dengan tuhan yang satu.


Wednesday, July 10, 2013

1st ramadhan






assalamualaikum

im typing but he was not here with me.i mean,on the phone either message or calls.he was not here.im feeling wanna cry but idont know why.girls..its all about emotion.

semalam hidayah call.dayah makni.dia call semata mata nak wish selamat berpuasa.itu sudah terharu.lepastu dia cakap nak belanja saya pulak dah.bila tanya sebab musabab,dia nak balas budi baik saya.kata nya,dulu saya selalu bawak dia dan nita kalau diorang ada interview ke,apa ke.lagi satu,saya ni jadi cikgu tak bertauliah la.pernah saya teman dayah drive dari gombak ke puncak alam.then patah balik.gila betul.semata mata nak biasakn diri dengan jalan raya.

then saya terharu lagi sekali.ada jugak kawan nak ingat kita kan ?alhamdulillah ;)

sempat gosip macam-macam.siap cakap....you are my advisor.you knew me well.since childhood ;)

pernah tak rasa bila kamu ada kawan,keluar ramai ramai (act,takdela ramai sangat) then tetiba depa dok cerita cara depa je.kita dok tengah buat taktau.macam....cerita benda yang kita taktau.dah tu kita ni nak interrupt macam mana kan.pernah tak?saya tak suka situation macam tu.kenapa nak layan kawan kita sendiri macam tu kan.sebab tu kadang kadang saya ni diam je.bila diam,maksudnya ada yang tak kena.but wel said,im not perfect too ;)

saya sangat menghargai kawan kawan saya.

end up with friendship discussion.next session.

ok.now jejaka dah kerja kan.dia kerja cara dia la.tetiba malam ni dia kena OT.( i thought so).dari sini,pergi sana.lepastu patah balik.saya risau dia tak biasa.tapi,saya kuatkan semangat dia.sabar dan ikhlas.dan yakinkan dia yang saya di sebelah dia.kalau niat kita ikhlas nak menghalalkan sesuatu tu,insyaallah dipermudahkan.saya harap la ;)

bila nak berbuka,dia wish la.itu la ini la.then i replied,

selamat berbuka lelaki ke********.hope,next 2 years,we will become H & W.

tetiba rasa sedih pulak.

ceh.dia tu touching sokmo.hihi.tapi saya berharap dia kuat la.dengan kerja,dengan itu.dengan ini.sempat remindkan dia pasal terawih.

i told him before.saya nak dia membetulkan bacaan tajwid.dalami betul-betul dan saya nak mengaji dengan dia sama-sama.impian saya tu harap sangat terlaksana.macam mak dan abah saya buat.tengok mak abah mengaji sama-sama,terdetik dalam hati saya pun nak suami macam tu.saya taknak dia fikir dunia saja.saya tak nak dia fikir yang saya sayang dia,dia sayang saya.then hubungan ni bukan perasaan cinta saja.ilmu akhirat tu penting.saya tak nak jadi macam orang lain.kahwin sebab perasaan tapi masih terumbang ambing.yang penting,pimpin saya.pimpin sampai syurga.impian emas untuk diri saya ;) jejaka dah mulakan langkah dia :)excited tau!but im so serious tau.kalau bacaan tajwid dia masih problem,i wont marry him.NO.kikiki.takpe.ugut benda baik kan.hihi.

saya nak reward dia dengan apa yang dia dah korbankan.hurm.maybe nak buat kuih berasaskan coklat coz he loves chocolate.tu la.kena search internet la nieewwwww.

now,dia busy dengan kerja.on my lappy,time showed 1139 pm.i never been in this situation.lonely and sad.yeah.i want him.ya allah..kawalkan perasaan ini.sabarkan jiwa kami bersama.kuatkan hati dia.

kenapa tetiba saya macam sedih sangat ni?

sebelum tidur,dia akan bacakan doa tidur.then akan baca ayat kursi dan 3 qul sama-sama.harap tak mimpi bukan bukan la.tapi...entah.saya selalu je mimpi malam-malam.haha.now,saya kena baca alone.

mungkin saya tak pernah berjauh dengan dia.true.we had never been in this condition.means.we still texting and calling.memang tak pernah la senyap sunyi macam ni.tapi saya pujuk dia.hope dapat bagi dia semangat.ikhlas ;)

takpelah.untuk berbuka,saya pesan kat dia macam saya ni makcik makcik pulak.no ice.stay with plain water.

he is my best gossip partner ;)

even dia busy pun,masih boleh mesej saya.sedapkan hati saya.

you are my beautiful girl in my heart- (JEJAKA, JULAI 2013)

im not pretty enough but the way he appreciated me,is incredible ;)

psstttt....harap baju sedondon bersama untuk raya,saya mahu jubah.i do believe...he will.2 years sweety.







Tuesday, July 9, 2013

21 months.



hai encik yayang.

we have been through together 

21 MONTHS.

we didnt realize right?thanks for your love.love.and love again.and love you more.

Regards,
Me.

Monday, July 8, 2013

let the pictures tell you ;)




assalamualaikum

jejaka dah start kerja tempat baru.kita yang risau.kehkehkeh.dah la sebelum puasa,dengan sebelum dia nak bekerja lagi,berapa hari entah asyik jumpa je.bukan date la.jumpa.kikiki.

so semalam dia nak main badminton sama-sama kat taman metropolitan.appreciate la.sanggup datang jauh demi kita kannnn.hihi.bila ada budak kecik depan kitorang,mulalah dia feeling nak ada anak sendiri.kikiki

owh ya.minggu ni dia asyik ajak kahwin je.gelak besar tau.macam budak kecik.haha.tapi saya...saya..hurm.tak boleh la.maybe 26 kot.masa tu masing-masing dah matang.insyaallah.saya pun dah cakap dengan angah.kalau ada rezeki,mana tahu tahun depan langkah pertama akan bermula.mana la tahu kannnnnnn.tapi angah dah cakap dah.

dik,kau ingat abah nak lepaskan kau macam tu ke.suruh jai sabar.abah tak ready nak lepaskan kau lagi

;( see...my family still fikir kita ni umur 10 tahun.

dia merengek nak kahwin almost seminggu tau.pening nak pujuk dia.

dia ingat kahwin tu macam makan aiskrim ke.

dah nak puasa ni,saya dah cakap dengan jejaka yang tak boleh la nak jumpa kerap mana.hormat bulan puasa.dah tak boleh nak cakap rindu ke apa ke.saya nak saya dan dia cuba menjadi hamba terbaik.kalau boleh terawih tak boleh ponteng.dia dah janji.dan saya tahu dia akan try ;) 

saya tahu saya banyak dosa.disebabkan dosa tu saya nak berubah.orang cakap apa saja.dosa saya dengan allah.dan jejaka..he knew everything.

kadangkala saya terfikir,tuhan bagi cinta dan uji kita.dan tuhan juga mahu uji samada kita cinta DIA atau si lelaki ajnabi.

saya mahu berubah.doakan saya dan jejaka ;)










orang nak belanja makan sempena dia nak bekerja tempat baru tapi dia pulak bayar balik.entah apa-apa entah.

after main badminton,berhenti kejap kat shell kepong den saya suruh dia mandi and solat maghrib.rasa lapang dada.

bila merajuk,dia pujuk

ok.nak marah,marah nanti.sekarang bb  makan dulu ok.nak marah nanti,marah dalam kereta.ni kat depan rezeki kena makan.

*jejaka*

dia lembut je.kita keras suara ke,keras hati ke,dia layan je.memang penyabar sangat...huhuhu

alhamdulillah.

dan lagi sekali nak ucap syukur.jerawat dah takde.parut tinggal sikit je.alhamdulillah ;) bertambah yakin dengan muka sendiri.


















Saturday, July 6, 2013

Berjubah dan bermelayu

Arini mengada sangat tau itteeww..itteeww jumpa jejaka kejap.drive lelaju tapi jammed :-(  so tak boleh drive laju la.hihi

I miss him so badly.i need a friend to laugh with.and,he is the best choices.

I was underpressure today.then we met and he let his ears.i felt calm for while.seriously.he is good listener in our relationship compared with me :-)

Dia lelaki budiman :-)

I think I lost him.might be not.because he still beside me.support me.and...........love me.ngehngehngeh

Yayang..thanks for everything.you made my night and my effort is worth more than everything.thanks again :-)

Owh ye.harini hari jumaat kan.so I wore jubah and he wore his baju melayu.our eid 2012 memories remain.

masa makan tadi tanya jejaka.we watched tv3 news.

Me : Yayang...cuba teka nama ketua polis negara siapa.jangan toleh kat tv okkkk!!

jejaka: Hurm.hurm.nik aziz la ketua polis negara.

me : =.=!!!! Menyampah cakap dengan dia.zzzzz


Tuesday, June 25, 2013

eh.apasal taip panjang ni?






assalamualaikum 

maaflah.busy dengan keadaan di rumah.im in KL.ya.kuala lumpur terchenta.ngehngehngeh.act,im doing something at home.ya.family.

alhamdulillah.sudah 3 minggu kembali ke sini tapi asyik busy dengan keadaan disini.letihnya...adeh.

alhamdulillah.2 minggu lepas dapat perkhabaran gembira.sangat gembira untuk keluarga.syarikat mak saya dapat tender terbaru.total: 2 tender.macam biasa.pembekal makanan sahaja ;) dalam untuk mendapatkan tender ni,macam macam dugaan.tapi along la...along paling sabar.mak pun sama.saya,angah dan abah support dari belakang.

alhamdulillah.itu tender paling terbesar untuk keluarga saya.sangat besar.ditipu oleh pihak lain tapi dapat pula rezeki kali ini.tengok.Allah tu bagi susunan yang cantik untuk keluarga saya.betul.itu tender terbesar kami pernah dapat.syukurrrrrrrr..

tangan mak dah membengkak 4 bulan.saya tengok,saya rawat.mak tak pernah merungut.lepastu saya nangis.dia tetap buat kerja macam biasa.abah dah risau.tapi entahlah.momen paling indah,abah balutkan tangan mak dengan sangat sempurna.terharu ;) kebahagiaan keluarga ada di situ.sebagai anak,mestilah gembira tengok kannnnnnn

mak risau saya tak kerja la apa la.act,ada 2 sebab kenapa saya macam takde mood.

1st, saya takkan biarkan mak abah susah lagi.mereka dah tua.mak tak sihat.along dan angah perlukan saya.tolong uruskan apa yang patut.2 tender.bukan mudah sebab kebersihan paling utama.
2nd, saya macam patah hati sebab terpaksa lupakan QA.saya memang kecewa sebab gaji+ elaun+environment adalah yang terbaik.a place to learn.
3rd, saya kena korbankan cita-cita demi keluarga.
4th, along seorang.angah dengan anak kecil,mak tangan dah bengkak,abah dah tua.ok.sekarang fikir perasaan saya macam mana?i felt guilty okkkkk
5th, im young.capable and flexible.
6th, saya tahu..............................takkan nak hadap RM 3K, if............apa yang saya buat sekarang saya boleh dapat berganda?
7th, adik beradik.we need each other.semuanya perempuan.masing masing menjadi anak perempuan dan anak lelaki.

rezeki kami sekeluarga tak pernah putus.kena aniaya teruk macam mana pun,kami tetap berdiri bersama.amalan parents saya sebenarnya buat rezeki mudah masuk ;) .i shared with you ya.

setiap malam,mak akan bangun.pukul 3 pagi.solat taubat,solat tahajud,solat istikharah,solat hajat.
setiap hari,dalam pukul 9-10 pagi, abah pula akan solat dhuha.solat pembuka rezeki.then mengaji.

dan....takde pun nak guna pelaris ke apa ke.sebab tu duit tu tak pernah habis.saya bukanlah orang senang.bila saya tengok ahli keluarga seronok,bahagia,saya jadi bersemangat.bukan untuk saya.tapi untuk parents saya.dan selalu saya cakap dengan mak..orang nak guna sihir ke,apa ke.yang penting dalaman kita.kuat atau tidak dengan Allah.dan......abah la selalu pesan dengan saya.rezeki yang kita dapat untuk kita seorang.kita kena share dengan orang lain.nasib baik family saya bukan jenis tamak.

along dan mak risau.
angah dan abah sokong untuk teruskan apa yang saya buat.abah bising dah.abah cakap,stay behind family.

saya bukan tak suka.cuma rasa bersalah.ini family business.bukan benda kecil.gaduh gaduh manja sesama sendiri tu biasa la kan.itu memang risiko.tapi...saya dah cakap dengan abah....i have to work with outsider sebab baru kita tahu kerja dengan orang macam mana.nak dapat bonus tu macam mana.plus, family business means,segala jenis keuntungan dibahagikan sesama sendiri.but........kalau saya masuk sekali,nisbah tu akan berkurang.saya rasa bersalah pada kakak-kakak saya.saya bujang.takpe.diorang dah bekeluarga.lain.diorang ada anak-anak.anak diorang tu pulak anak buah saya.untuk sekarang memang masing masing mewah la.kalau gaji 1.8K pun,takpe.sebab saya bujang.tak kahwin.saya bukan nak gaji berlambak pun sebab yang penting ikhlasnya kita dengan kerja.berkat.

lagipun,saya tak ada hutang dengan sesiapa.saya takde hutang kereta.takde hutang rumah.takde hutang pinjaman PTPTN.hidup saya bebas dari hutang.alhamdulillah.keluarga pun sama.sebab tu,kisah pasal duit ni takde dalam kamus hidup.apa lagi yang saya fikir?kumpul duit nak kahwin je.ngehngehngeh.

eh.sebut pasal kereta.if la..if dah tersangat stable,saya terasa nak beli Nissan Almera.ngehngehngeh.tapi tu la.kena deal jugak dengan jejaka ni.i put downpayment.tapi kena high downpayment la.monthly,share dengan dia.hihi.eh.tetiba macam sedang merancang masa depan pulak.haha.i told him,saya tak kisah bersederhana.hidup saya bukan senang tiba tiba.saya tak nak ikut orang.berlagak tak tentu hala.biarlah saya nampak biasa janji saya bahagia ;)

kumpul duit ni.nak kahwin la apa la.saya taknak macam orang lain.nak kahwin cepat tapi pinjam bank.lagipun,pegangan agama saya dan dia belum sempurna lagi.tu tak berani lagi.ape jadahnya kalau masak pun skill tak hebat lagi.hahaha.

saya dah cakap dengan abah.saya kena kerja dengan orang.baru tahu perit nak dapatkan bonus tu macam mana.i have plan mine.before 30,i stopped.because.........saya akan meneruskan legasi keluarga.owh serius.legasi?kau guna ayat bombastic eh aieen?

dah sampai masa.tapi tu la.mak risau saya jobless.act,saya tak risau.saya bukan duduk goyang kaki.saya buat macam-macam.mungkin saya kerja tak sama dengan orang lain.dia cuma risau.tapi saya lagi risau kesihatan mak saya.saya boleh tengok mak.nak buat macam mana.rezeki.berniaga ni dah macam darah daging.dan...saya sangat sayangkan QA di penang.eh.tetiba.

saya selalu cakap dengan jejaka.saya kurang rasa putusnya duit.sebab saya sendiri tak tahu mana datang duit tu dalam poket saya.alhamdulillah.siap boleh simpan lagi.saya tak tahulah orang lain kan.gaji lebih 2K pun,ada lagi tak cukup.adeh.rezeki saya memang ajaib.tiap-tiap bulan saya boleh simpan pulak.no....rezeki keluarga.sebab tu saya bersyukur.

bulan ogos, saya bercuti ke SABAH.then akan terus BRUNEI.
bulan oktober, saya akan ke BEIJING.
hope,lepas raya dapat buat laser mata.dah dapat izin mak dah.
yeay!

jejaka.....saya sayang dia.banyak yang kena set up sekarang.tumpuan pada dia terpaksa dikalihkan.tipu kalau cakap kami tak bertekak tapi dia seorang penyabar.selama hampir 2 tahun ni,dia tak pernah tinggi suara.ya allah..memang penyabar sangat.memang bersyukur Allah temukan saya dengan dia.

detim metim antara saya dan dia terpaksa dibatalkan.bukan tak sayang.saya memang sibuk ;( tapi dalam hati saya setia dengan dia.kalaulah dia tahu dalam hati saya ada apa..haish.

dia dah nak start kerja di tempat baru.yeay!tapi mungkin dia akan busy sangat dah ;(

dia dah berisi tau.dah muncit dah.sebab banyak makan.tapi saya rasa tu comel je.sebab dia dah slow smoking.a step closer to me ;)

pasal kawan-kawan.saya tak terasa sangat.tapi terkilan tu ada.takpelah.kalau ada yang mencari tu,baguslah.tapi pattern lupa kawan ni,saya buat dek je.tu je.hihi.saya perasan ramai yang jadi macam tu.bila tegur,balas macam nak taknak.mungkin saya lama duduk penang.perasaan tu dah terjauh sikit.so,saya macam buat taktau je la.sampai masa,rapat la balik tu.dan kamu..kamu tau kan saya tak lupa kawan kan..prinsip saya mudah.saya cari sekali je.kalau masing-masing sombong,saya buat endah tak endah je.bukan susah nak jadi 'aieen.hihihi

eh.by the way,saya dapat banyak tiket wayang free.bestfriend along setiausaha ahmad idham.makanya,banyak la tiket free.tapi semua dari excellent pictures je la.hahaha.lets watch!

LARIIIIII.by aaron aziz and dira abu zahar.i adore erin malek.ngehngehngeh.MBO sahaja.saya rasa MBO kat ikea kan.perfect place.boleh bermeatball sekali.haha.

benda yang paling seronok adalah benda yang paling free dalam hidup.kahkahkah.

ok.kejap lagi saya kena ke MMC.byeeeeeeee.













Saturday, May 25, 2013

Lupakan itu


Kadang kadang saya sendiri berfikir tentang kisah silam saya.kemudian rasa sebak dan menangis.

jejaka tahu semua silam saya.bagaimana saya kecewa.jiwa kosong.itu dulu.

Saya tahu saya perempuan yang tidak layak untuk sesiapa.terutamanya dia.emosi saya sendiri mengganggu diri

Kemudian saya akan pinta jejaka tinggalkan saya.sebenarnya tak mahu tapi mengenangkan silam itu,saya sebak.

Honeybee...maafkan diri sendiri.maafkan dia.lupakan kisah silam.dan...baru hati menjadi tenang.

Kata dia kelmarin.betapa baiknya dia.lembut berbicara.saya terima segala butir nasihat dia

Entahlah.jiwa kacau.sebab saya bukan wanita yang baik.kisah silam itu selalu datang.saya sendiri rasa bersalah dengan jejaka.

Allah..terima kasih bila KAU izinkan aku bertemu dengan lelaki ini :-) hati dia tak mungkin aku calarkan.


Saturday, April 27, 2013

puteri binari dan jejaka.eh?




assalamualaikum

today is saturday.apa yang perlu kita buat?kita enjoyyy!!!hihi.salah.kita rehat je kat rumah.dah cukup berlambak test kat lab.huhuhu.dari 28 test,sekarang dah jadi 34 test.banyak ;(

minggu ni dan minggu lepas im full.meaning full is im so busy.minggu lepas asyik balik lambat sebab banyak test dan ada benda kena tolong engineer saya.hidup saya hanya dalam lab dan tak kemana pun.hanya fokus dan ikhlas dengan apa saya buat.last saya balik ke KL, mak aloha pesan sambil peluk bahu saya.

;aieen kalau kerja kena ikhlas.tengok si polan bin si polan.jadi cikgu bekerjaya.tapi anak dia tak jadi apa.punca dia satu je...dia mengajar dengan bukan rasa ikhlas.

kenapa mak cakap macam tu?

sebab..dia pernah cakap.."aku mengajar sikit je.budak-budak pandailah nak belajar sendiri.diorang ada mak bapak"

hurm.bila kita tak ikhlas,buruk tu bukan datang pada kita.tapi turun pada anak kita.tu yang saya taknak dalam hidup.

lagipun.sekarang saya dah dapat kepercayaan sikit-sikit dari engineer.senior engineer.dari manager.they trust me.even my friend..ILA.ila pun dah ok.senior engineer pun dah percaya kat dia.seronok tengok dia.plus...saya ada dapat projek untuk knowles.ingatkan dah habis nak buat report atau PSM zaman U dulu.masuk lab pun berlambak report kena buat.aduuhhhhh

owh.minggu ni siap dapat surat reminder dar engineer EHS sebab salah parking.kahkahkah.

bila dapat masa lengang..saya memang tunggu weekend.akak-akak lab ajak berjimba esok tapi saya malas sangat.saya memang penat dan nak rehat.

so...mari tengok apa saya buat untuk hari ini.




nak pergi spa selalu memang tak la kan.duit pun kena berjimat.simpan duit ;) so,untuk setiap minggu atau lebih best dipanggil weekend,saya lulurkan badan saya sendiri.guna benda ni.sapu dan gosok tempat yang sepatutnya then bilas.hihi.wangi dan i feel refresh.saya tak tau nak cakap guane tapi pada saya,tubuh badan tu penting.hilangkan daki tu sikit.dan...saya paling takut jerawat belakang badan.alhamdulillah.saya takde jerawat tu.even muka berjerawat,belakang badan ada jerawat saya boleh nangis ooooooo..


jejaka saya perli saya..mandi lama-lama bukan boleh putih pun.owh..dia gurau kasar tu.gurau kasar tu.ggrrrrrr

tiap malam pakai losyen yang jejaka belikan.owh.ada tips..untuk barang cenggini macam losyen ke apa ke..biar orang kesayangan anda belikan.mesti nak pakai hari-hari.kenyitlah mata sikit.haha


scrub buat saya hilang tension.manjakan diri sendiri dan buat saya relaks.

syampu rambut then pakai conditioner buat anda lebih relaks.

lepas mandi pakai masker kat muka buat anda double relaks.

gosok la kat tumit kaki.dan jangan bagi terlalu kering.

dan untuk kisah jejaka..owh jejaka eh.jejaka eh.we had fun together.tadi berborak dengan dia rasa macam fall in love dengan beliau untuk 150 juta kali.eh.itu kata fynn jamal.sometimes,im so tired.tapi kadang-kadang dia merengek macam alysha.nak cepuk karang,saya sayang.nak silambam tak sampai hati.sabar je lah.hihi

tak la.dia baik.lelaki yang baik.penat gelak dengan dia petang tadi.suka bila saya baring.boleh fokus pada dia dan ketawa bersama.rasa macam hati dan jiwa saya hidup sebentar dengan gelak tawa.sebab saya tahu saya tak pernah rasa bahagia macam ni.

banyak benda yang dia share.saya tahu dia dah mula rasa tekanan.tapi saya tak mampu nak tolong.hanya minta dia bersabar dan saya sedaya upaya mahu duduk di sebelah dia.dia mahu bercerita asalkan saya depan dia.

1 bulan.1 bulan sudah tak bersua muka.nasib ada skype.rindu itu hilang sedikit.

rindu memang hilang.mengada yang bertambah.hahahhaha

rindu kamu encik jejaka ;) sangat rindu.terima kasih untuk ketawa ;) jaga diri dan saya jaga hati disini.semoga Allah mempermudahkan semuanya ;)







Sunday, April 21, 2013

jejaka 2011 vs 2013




nak tengok gambar yang macam kelakar lepastu tetibe macam..macam..macam..macam...kacak tak????

scroll ke bawah tau.


































































































































































kahkahkahkah.ok.itu bukan saya.

sebelah kiri tahun 2011.before he met me.sebelah kanan tu tahun 2013.masa dia ke penang ;) beg kuning tu saya punya.dia sendiri yang willing to nak pakai.sebab...sebab..dia tak suka saya pakai beg bersilang.boleh mencetuskan kontoversi.he prefer to wear that bag ;) hihi.

bila saya tengok gambar ni,saya gelak gila-gila.macam tak percaya.selalu cakap dengan dia.

awat la yayang ni dulu selekeh sangat.dah macam orang ape entah.sekarang baru nampak macam orang.baru jadi rupa manusia sikit.kalau tak macam alien.

eh.boleh lagu tu ke nak kutuk jejaka?

kahkahkahkah.

kelakar kan.tapi nasib baik sekarang dah kacak.

nasib baik ada perunding imej macam saya.hahaha.

owh.setiap manusia ada kisah tersendiri.dulu dia lain.sekarang dia lain.dulu saya lain.sekarang saya lain.

owh.tolonglah gelak sama-sama.tak boleh tahan gambar kiri tu.owh tuhan.please noted that hair.hahahahaha

ya ampun.hahahahaha..

while typing this entry,saya masih gelak.sebab tak boleh tahan cara dia camwhore.hahahahahaha

lepas kenal saya,saya membebel mengalahkan bazooka,bom atom dan segala jenis bahan mortar yang ada di muka bumi,saya teman dia sampai pergi kedai potong rambut kot..tension tengok rambut macam tu

teringat mak aloha cakap.

dulu abah kau tu selekeh je.berjambang dan selekeh.dah tua ni baru smart.

kehkehkeh.mak....i did to a man that i love most ;) im happy for him.more flexible and cleaner ;)

ok fine.jejaka.please namau marah.just rasa nak upload gambar ni.kamu tetap comel di mata saya.

dan bertambah kacak,muka pun nampak bersih.better than few years before ;)

dah.namau nangis.jejaka tampan.

hahahahahahaa.please.noted that hair again.kahkahkahkah








44 kali missed calls




bila ada orang sanggup bersengkang mata untuk kamu.

dia akan call kamu sebanyak 44 kali.lebih rasanya.

bukan apa.dia cuma mahu mendengar suara kamu sebelum dia tidur.baru lega rasanya

lagipun,sebelum tidur,dia mengutamakan untuk baca doa tidur bersama,dan saya hanya mengaminkan.tugas dia mudah.baca doa dan saya aminkan.

saya suka buat dia macam tu.baru saya tahu dia mencari saya.

bila dia mencari,maksudnya dia mahu saya dalam hidup dia untuk esok,semalam  ;) sepertimana saya juga mempunya perasaan yang sama.




Saturday, April 20, 2013

keeping







sometimes i cry a lot because im hurt.
the worst part,i dont know how to show my anger
i keep inside and hoping my heart will calm.
no matter how,always love you.

Monday, April 15, 2013

jejaka yang cool




assalamualaikum

hye dearie.so how's your weekend?you did fine?hurm.well..i did well

alhamdulillah.tengok pada rezeki.i got two.1 for interview.1 for examination.exam tu biasalah..PTD.pegawai tadbir diplomatik.ceh.saya bukanlah bagus sangat tapi exam ni diambil bukan sebab anda nak hafal semua tapi sebab anda tahu pasal malaysia.cukup kalau anda ada terbaca.semua pelajaran dari darjah 1 sampai tingkatan lima ada dalam soalan.menggila.

dah la.namau cakap apa.tengok pada rezeki

cuma nak cakap.nak cerita.

jejaka.lelaki yang paling sepadan untuk masa sekarang.

dia sakit jiwa macam mana,sengsara hati macam mana,diam pendam sebuah duka *aiceceh...lagu apa ni eh * tapi dia masih cool..

cool sebab cool.saya respect dia.dia tak tuduh saya apa-apa mengkhinzir buta.bila skype,dia tunjuk gambar di handphone dia.eh...gambar siapa tu?saya tanya lagi.tenung lama-lama kemudian saya jerit.nak menangis.tu gambar si mantan dulu!!!!!!!!

saya serba salah.nak meleleh airmata.memang dah menangis.

dia tunjuk dan dia senyum.kata dia,bila dia online,ada gambar tu.mungkin Allah NAK TUNJUK.
saya diam.saya nangis.saya taknak kehilangan dia.tapi dia masih acting like a man.very soft

entahlah.saya benci tengok gambar tu.hati pernah terluka dan sengsara.pernah rasa macam-macam.

tapi dia memang cool.
sangat cool.tersangat cool.itu sebab saya cinta dia ;)

dia pinta saya setia.dia harap dia mampu bahagiakan saya.tunggulah jejaka.sampai masa.sampai masa nanti bila kita sama-sama bersedia dan mendapat keredhaan keluarga ;)

jejaka.terima kasih.kamu menjadi lelaki yang memimpin saya ke jalan yang lebih baik.buat saya lebih peka dengan aurat sendiri ;)

minta maaf untuk kesekian kali.kadang kala bila kita bahagia pasti ada yang datang menjengah.manusia itu terlupa bahawa saya memang tak mungkin untuk menerima dia.

ce baca entry sebelum ni.jejaka yang taip.letak gambar kami pertama kali jumpa.dulu dia macam alien sikit mukanya.sekarang dah bertambah kacak bergaya ;) tengoklah siapa jadi perunding imej dia.hihi.malam saya kenal dia,itu kali pertama dalam seumur hidup saya jatuh cinta pandang pertama ;) haha.nak gelak.nanti saya cerita bagaimana kisah saya dan jejaka.next la.next time ;)

bukan apa.hati saya serba salah.yang disini disayang.yang sana gila bayang.eh.retis kau ni 'aieen.haha

ALLAH,semoga KAU meredhai kami ;)



alysha borak dengan jejaka through skype.saya tahu.dia manja dengan uncle dia.siap nak bagi uncle dia gula-gula.nasib baik tak tembus laptop.terima kasih jejaka.kamu nampak manis dengan baju  ala-ala pink itu ;)










Saturday, March 23, 2013

Men from mars.women from venus

Assalamualaikum.

Now,i.let myself lying on my bed.calm and peace.straighten my body and close my eyes.wonderful feelings.i left my QA works behind.

In my room,i read a book.title:MEN FROM MARS,WOMEN FROM VENUS.

A book I was searched since 3 years ago.i borrowed from my company.hurm.why my mind told me to do so?

Men and women are different.it told me completely about men behavior and what they thinking out.truth is,i want be the best for jejaka.i dont want make any mistakes like I did before.

Im trying hard to understand jejaka.he is weird.but I love the weirdness.i dont want this relationship sank into the ship.im serious with this relationships.but,i realized.the greatest of allah's redha are depends on mom's redha.

Im the youngest and not easy my parents to let me to other man.not easy.not easy.

I told jejaka what I read.what I should do and shouldnt.for now,it synchronized btween me and him.he can accept my past and he wants us together walking through in the.future.and..i wont let him go without any reason.

Just,i hope,my family will realized im not a kid.the best is upon knees to your the greatest.im not disappointed.im just waiting the right time to make it out.pray for me and jejaka ok!

Jejaka,thanks a lot.i love u.of course I do love u.


Wednesday, March 6, 2013

kamu sayang dia,kamu kena betul-betul jaga dia ;)




jantung berdebar tak boleh tidur sangat walaupun biasanya saya yang tidur dulu.pukul 540am saya dah terjaga.dok la pusing sini pusing sana nak lelapkan mata sebab pukul 620am nak bangun dah ;(

sebelum tidur,borak dengan jejaka.gosip sini sana.mengadu domba habis.lepastu dia tegur saya

kenapa letak gambar seorang diri di blog?

just,nak letak.saja nak cerita

suka sangat expose muka posing comel-comel tu kan?

eh..takdeeeeelllaaaaaaaaaaa *kembang kempis orang cakap itteewww comel*

haritu yayang taip 'aieen kacak then tekan image.banyak betul gambar.karang kalau orang lain buat apa-apa,tak tau la.

ha/???????????????!!!!!!!!!!!!!serious la.

betul la.tak tipu.gambar dengan orang lama pun ada lagi

whattttttt????!!!!!!!!!!!!why you didnt tell me earlier!!!!!

saja nak perhatikan je.

alar......haritu dan delete la semua entry tu.alar...alar...alar......nanti bb delete semua ok.

ingat kalau dah delete kat blog,kat web still ada la.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

uwaaaa..serba salah.serba salah.owh dia kena tahu saya bangun pagi then nak delete semua kenangan tu then nak jaga hati dia.and betul.banyak gambar ;(

uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!









Saturday, March 2, 2013

tenung apa yang ada untuk esok



assalamualaikum



saya tenung apa yang saya akan buat lagi 3 tahun akan datang

banyak sangat perancangan.

saya mahu itu,saya mahu ini.

kenginan saya sukar dipenuhi.

tiap-tiap hari berdoa dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki.

im trying to be always with you,honeybee- JEJAKA,2013

sebaknya.saya minta maaf.saya mahu diam sekejap.

kejap.itu parut jerawat.dan itu smock yang wajib dipakai dalam lab.tunggu untuk buat reliability test.rindu jejaka.

;(


Monday, February 25, 2013

celaru




assalamualaikum

semalam saya nangis di pasar.tetibe je sebab saya rindu abah saya.meleleh airmata saya tau.mesej angah then angah suruh balik naik flight.harini mak call then mata saya berair dah.kuatkan semangat 'aieen!sedihnya jauh dengan family.baru saya tahu nilai sepuluh sen macam mana.

rindu mak,rindu abah.rindu semua.tapi nasib ada housemate gila kat sini.terubat.

wani dah nak kahwin.saya mintak jejaka teman saya sampai ke johor.masalahnya,saya ngeri je nak naik bas.ngeri la.banyak accident sini sana.mak pun macam bagi tak bagi sebab jauh.prob is,saya baru start kerja.taktau la macam mana nak apply cuti.uwaaaa.celaru sungguh

saya plan nak kerja sini and nak terus sambung master kat USM atau UUM.itu rancang utama.tapi bila abah call suruh balik KL,saya jadi kusut dah.mulalah celaru lagi (T.T)

semalam borak panjang dengan ibu.ibu jejaka.banyak topik cerita sampailah kes pasal kahwin.banyak rancangnya.saya tak tahu nak kata apa.malu pun ada,rasa nak gelak ada.siap bincang hantaran kahwin.alahai ibu....susahnya nak mengerti perasaan saya ;(

jejaka,ada planning pasal kahwin.dia lelaki kan.pandailah dia buat keputusan.apa yang terbaik,itulah saya ikut.biarlah mak dan abah restu saya.tingginya cita-cita dia.ibu pun sama.mak pun sama.abah pun sama.semuanya sama.macam mana plan nak simpan duit la bagai.alahai jejaka.rindu kat kamu ;(

saya try apply untuk SAP specialist kat KL.entahlah.tengok rezeki.saya minat QA,saya mampu ubah hidup dengan SAP,saya nak pegang satu master.

celaru .celaru.celaru.celaru

perancangan hidup saya macam mana?moga ALLAH tolong saya.








Sunday, February 24, 2013

always sweetheart.



assalamualaikum.


he's so lovely.
he did while we have some conversation together ;)
enlarge the pic and you will know why i am still waiting for him.
housemate pun admit kenapa saya setia dengan jejaka sampai sekarang
sebab semua benda yang dia buat.
dia sangat manis dan aku pula dawai besi (150 juta,fynn jamal)
tak payah bagi beg tangan harga beratus,tak payah belanja makan tempat mewah.
cukup sekadar besederhana dan bahagia ;)))))


plus,
sebelum tinggalkan penang,dia bagi sesuatu.
suruh cari perkataan yang dia nak dalam botol.
then i found something,
kertas dia lipat kecil-kecil letak dalam botol.sabar je la dia ni.

siput tu semua kami ambil kat batu feringghi.

sabar sangat.kutip sama-sama.

basically,dia yang kutip semua.saya just simpan.

cantik sangat!

bila dia dapat color hitam je,saya mula la gedik-gedik dengan dia.

yayang!!nak siput color purple boleh???please....... *muka kesian*
yayang!nak color hijau ada?
yayang!nak color biru!

dia carikan sampai dapat.walaupun selipar dia jauh ke belakang.

;)


HONEYBEE 
JAGA HATI 
UNTUK YAYANG

*ikhlas dan tulus*

always sweetheart ;)

dia teman saya drive sampai penang.jangan risau.alhamdulillah.dia tidur dalam kereta dan saya tidur di rumah sewa.hihi.

kenangan sama-sama.indah dan sangat bermakna.terima kasih encik yayang!

tak berhenti bersyukur dengan apa yang saya ada.














Friday, February 22, 2013

my lab in knowles




assalamualaikum


as QA trainee,i learnt lot things here.

QA my passion.SAP my future.

i can do anything.i declined the admin offer.i know i can do better.

see...my lab beside the sea in penang.

i calm here.

yeah.i miss jejaka ;(





Wednesday, February 13, 2013

big apple pada misai


assalamualaikum



misai itu bukan kita punya.

misai itu jejaka punya.

bagi dia makan banyak-banyak supaya dia gemuk.

celebrate for birthday + passed my exam.

kita besederhana tapi kita bahagia ;)